Saturday 10 March 2012

~up and down~

Assalammualaikum geng -.- Hari ni hujan. Yes! Yes! Yes! |haha| tetibe~ ala, sebenarnya memang kat sini selalu hujan. Almaklumla perubahan monsoon. Ni aku suka ni |geografi| Time form6 dulu, urmmm bekas ye, tak habis pun amik form6 dulu, aku lebih rela amik geografi berbanding sejarah. Sebab apa? sebab aku lagi suka alam sekitar berbanding sejarah. Sejarah adalah fakta dan ia tak boleh berubah tapi geografi, alam.. Alam sentiasa berubah-ubah. Lagi pun geografi boleh auta. Pendapat aku la kan. |haha| Satu lagi, aku pening belajar sejarah. Banyak kena hafal. Maybe aku dah muak mengadap sejarah dari form1 hingga form5. Cukup. Bagi nafas baru untukku mengenali geografi :) Tak ramai kawan-kawan aku amik geografi, dieorang lebih cenderung untuk memilih sejarah.




Hari ni aku ikut family ke majlis kahwin anak tok su. Maybe itu panggilan yang patut aku panggil. |huhu| Majlis tue just dia buat kat rumah je. Macam biasa, rumah kampung, memang meriah la kan. Sampai je rumah kenduri, hujan turun. Lebat la jugak Hampehh. Tak pe, rezeki kan. Allah merahmati majlis tersebut :) alhamdulillah.Makanan alhamdullilah. Boleh la dimakan. Yang pentingnya aku nak tengok pengantinnya, anak tok su. Anak dia perempuan. Waa,, tema sama colour dengan baju kurung aku pakai la. Kelabu. Cantik jugak colour tue. Tapi kesian dekat pengantin, hujan kan. Mungkin dieorang tak selesa. Cobaan. |huhu| Apa-apa pun tahniah la, semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat. ~kenduri kahwin saya jangan lupa datang pulak ek~ insyaAllah.

Dalam perjalanan tue, banyak jugak aku tengok majlis perkahwinan kat rumah tepi-tepi jalan tue. Macam-macam tema. Merah la. Pink la. Biru la. Kelabu la. Tak kesah la warna apa pun janji dieorang bahagia. Aku just cuci mata je. Pilih warna apa yang cantik. Wah, dah ada perancangan ke? |tue,, no comment| Bagi kakak aku lepas dulu. :P |No More| < ----- Mati aku kalau dia baca. |hoho| Tak pelah, semoga jodoh akak cepat ditemukan. |Amin| :)


Okeyla, sampai disini sahaja untuk kali ini,, :) Nanti aku tulis lagi ye. Untuk peminat setia itu,, mengidam ketam ye? |huhu| insyaAllah, ada rezeki awak, dapat la tue makan. Semoga anda sentiasa dipelihara olehNya. Amin.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)