Amazin' Ramadan Special - Celebrate heriatge flavours with a modern & healthy twist!

Thursday, 31 May 2012

Free Delivery. No Extra Charge.

Assalammualaikum :)
Sebenarnya, aku tak tahu nak update apa? |hahaha| boleh pulak cakap macam tue. Tapi betul la, Tak ada idea nak tulis apa. Fikiran agak LEM sikit sejak kebelakangan ni. Kenapa tah?! |huhuhu| Oleh itu, aku ungkit balik la kisah atau cerita yang aku kira, agak. Agak dah lama jugak la.




Ni haaa,, aku nak cerita.. Aku, Ainis, Intan dan Eha pegi makan benda alah ni laa. Dah lama dah pun. Tapi kenangan itu still masih segar dalam ingatan. Perut pun still kenyang makan pizza hari tue. |hahaha| Nampak sangat penipu kan? Okeyy, aku tipu je. Alhamdulillah, dapat makan pizza orang belanja, memang best giler la. Kita orang pergi sebelum dapat result semester empat :)




Sedap tak? Sedap tak? |hahaha| Sedap tau lagi-lagi bila dapat makan free :) Alhamdulillah. Rezeki Allah kan? Makan je la. Time Ainis ajak makan ni, memang tengah lapar, memang elok sangat la kan. Dahla, malas nak tulis lagi. Ntah apa-apa je yang aku merepek :p





Tue roti la. Makan roti cicah dengan sos. Sedap la jugak. Besar pun besar, Banyak pun banyak. Terima kasih Ainis Salwani. Terima kasih kawan-kawan. Okeyy la. Mengantuk sudah. Pening kepala bila mengadap laptop lama-lama. Dah la tengah gila game dekat fb tue. Ntah la. Selamat malam. Jaga diri elok-elok. Jaga kesihatan. Jaga perangai. Jaga akhlak. Assalammualaikum :)

Wednesday, 30 May 2012

Alamak aiii -.-



Assalammualaikum awak-awak :)
Dah lama sangat aku tak update blog ni. Lama ke? |hahaha| Malas la sekarang ni nak tulis-tulis. Dulu bukan main rajin kan update. Rajin ke?|hahaha| Entahla ek. Aku sendiri tak ada jawapannya.
Okeyla kawan-kawan, jaga diri. jaga akhlak mudah-mudahan selamat dunia dan di akhirat. InsyaAllah :)
Yang penting, senyum :) 
Cuti sampai  empat hari, tak tahu nak buat apa, kalau still duduk Kluang, dah lama aku hilang dari bumi Inspen ni. |huhuhu| Nasib badan la.
Senyum.
Senyum.
Senyum :)
Assalammualaikum. Selamat malam.

Wednesday, 23 May 2012

Silapnya . . .




SILAPNYA SEORANG WANITA ialah :

✿~ bila dia percaya, maka dia TERLALU PERCAYA..
✿~ bila dia menyayangi, maka dia MENYAYANGI SEPENUH HATI..
✿~ bila dia memberi, maka dia BERIKAN SEGALA-GALANYA..
...
Kerana itulah, apabila BERHADAPAN dengan SEORANG LELAKI, wanita perlu lebih BERHATI-HATI, janji manis di bibir itu..mungkin menjadi SEMBILU yang akan MENGHIRIS HATI bertahun lamanya, impian dan harapan indah itu..mungkin menjadi selumbar yang MELUKAKAN..

makanya,
SELAGI BELUM PASTI, jangan memberi sepenuh hati
Selagi belum memiliki dan dimiliki SECARA HALAL dan SAH, JANGAN MEMBERI segala-galanya, bila kita terlalu mudah memberi..maka kelak nanti kita akan SANGAT SUKAR MELEPAS PERGI..

p/s : Wahai wanita yang disayangi..dirimu amat MULIA, maka..untuk dapat merasakan BAHAGIA hadir di sisi, kamu perlu LEBIH TABAH dan BERHATI-HATI dengan dugaan di sekelilingmu..♥♥
 
 
 
LAMAN MUKA BUKU.

Tuesday, 22 May 2012

Hari Ini.



Assalammualaikum. Senyum. Senyum. Senyum la :)

Hari ni dah masuk tiga hari aku kat rumah bersama keluarga tersayang. Siapa cakap tak gembira bila dah berkumpul bersama keluarga? Tipu la kan. Bagi aku, ofcourse la happy giler. Tapi Sabtu minggu depan aku dah nak balik Inspen semula dah. Tak lama pun aku kat rumah.


Mana taknya, kepala otak asyik duk fikir pasal assignment je. Macam mana ni? Cuti dihabiskan dengan buat assignment dan tutorial je la -.- Tak bestnya. |hahahaha| Alhamdulillah. Aku boleh buat assignment tue tapi tue la, line berukband kat sini lembab sikit. So, ia merumitkan dan melambatkan segala kerja aku. Jangan sampai aku berputus asa sudah. |huhuhu|


Kebanyakan maklumat assignment ni aku dapat dari Offical Website Ministry Of Rural And Regional Development melalui pro@rurallink.gov.my. Yelah, soalan assignment pun berkaitan dengan rural planning strategies. So, jawapannya banyak dekat website ni la. Ada jugak maklumat lain macam maklumat tambahan tapi dekat website lain la. Cari je, gerenti jumpa. Kepada kawan-kawan SPHT 2010/2011 good luck untuk assignment town and country planning korang :)


Yang penting :

Use own words.
Own ideas.
Own creativity.

To enhance the quality of the project report :)


Tapi kalau nak meniru pun apa salahnya :P

.Sekian.

Monday, 21 May 2012

Four Point 0. YEAHHH! :)



Alhamdulillah. Tiada kalimah apa yang terkeluar dari bibir melainkan syukur.
Semester empat merupakan semester yang bermakna bagi aku dan kawan-kawan.
Four flat. Bukan senang nak dapat.
Alhamdulillah sekali lagi.
Usaha kami memang tak sia-sia.
Tahniah Anis Khalilah Bt Abdul Rani.
Tahniah kawan-kawan semua.
Terima kasih kepada semua yang membantu.
Nanti aku update lagi okeyy tentang four point O ni.
.SEKIAN.

Saturday, 19 May 2012

Rindunyee :]


Bukan gatal.
Bukan tak sabar.
Bukan. Bukan dan bukan.


Bukankah NIKAH itu menghalalkan.
Bukankah NIKAH itu indah.
Bukankah NIKAH itu seronok.


|HAHAHA|
|HAHAHA|
|HAHAHA|

Jika jodoh muda.
Aku terima.
Jika jodoh dalam masa terdekat ini.
Aku terima dengan hati terbuka.



:) Alhamdulillah.
:) Syukur.


Jodoh itu telah ditetapkan olehNya sejak kita berusia empat bulan lagi.
Hebatkan?
SubhanaAllah.



.Sekian.

Friday, 18 May 2012

f.a.i.r.






Fair. Dua-dua dapat. Alhamdullillah. Ibu saya dapat dan ibu awak pun dapat. Tue dinamakan rezeki. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh dapat idea nak beli set cadar itu untuk kedua-dua ibu. |hahaha| Yang penting, bakal zauji setuju, alhamdulillah la. Tak payah fikir panjang sangat. Just pening pilih warna cadar je la. Dia pun, ok je. Angguk and senyum. Lelaki, macam tue la perangainya. Tapi bakal zauji cakap,, |hehehe| ibu aku punya set cadar lagi cantik :P
p/s : Atas, ibu KA punya dan bawah, ibu aku punya.
Sekian.

Monday, 14 May 2012

Cukup. Fullstop!!


|hahahaha| Terasa ke? Tak payah nak terasa sangat okeyy :) Mulai sekarang. Jam ini. Saat ini. Detik ini.


Aku tak nak ingat lagi yang aku kawan dia.
Aku tak nak ingat lagi dia jiran aku.
Aku tak nak ingat lagi yang aku pernah tolong dia. Hurmmm bukan nak mengungkit. 
Aku tak ingat lagi apa dia buat kat aku.


Dia tipu aku.
Kecewa giler dengan sikap dia.
Mintak maaf jika sikap aku menyakiti kau
tapi..
Memang. Memang. Aku tak nak tengok muka kau lagi.
Sebab bila tengok muka kau
Hati aku sakit.
Hentikan permainan kau.


Sekian.

Sunday, 13 May 2012

Aku.Kau.Dia.Kamu.



Malam ni tak ada apa-apa nak buat. So, kita enjoy. |hahahaha| Ainis dan eha dah balik, so dapat la kami meluangkan masa bersama sebelum menjelangnya cuti mid semester. Nanti seminggu tak dapat jumpa. Mesti rindu. |hahaha| Mengada.

Oleh itu, intan ajak la dieorang-dieorang ni layan movie. Tajuknya Snakes On a Plane. Padahal hari sabtu aku dan dia dah tengok pun. Best jugakk la cerita tue walaupun kita orang agak ketinggalan zaman. Tak apalah, janji dapat mengurangkan kebosanan malam ni. KA pun cakap yang dia dah tengok dah cerita tue tahun lepas. Pehhh, memang agak ketinggalan zaman la aku ni.

Okeyy la, aku nak join kawan-kawan aku tengok movie tue walaupun ia untuk kedua kalinya :) Jom. Jom. Jom. Join sekali. Meremang aku tengok ular banyak-banyak ni. Geli kot. Aku memang geli sikit dengan ular ni. Sampai ke hari ini, geli tue tak hilang. Sekian.

Saturday, 12 May 2012

tolong jangan bina tembok didalam hubungan kita. please.


Ha, cerita panas. Panas sangat macam goreng pisang dekat warung depan sana tue :) Apa-apa pun assalammualaikum diucapkan kepada semua. Ketenteraman diganggu setelah ombak badai menyerang. |hahaha| Ntahla ek, tak tahu la siapa ombak badai tue. Siapa yang salah dan siapa yang betul. Dan siapa yang tersepit kat tengah-tengah tue. Mulut orang, memang susah sangat nak ditafsirkan.

Dekat sini aku tak tuduh siapa-siapa dan aku tak salahkan siapa-siapa. Biarkan je la hidup dia. Tak perlu disibuk-sibukkan. Yang penting, izinkan dia bahagia. Aku pun, dah malas nak fikir. Halalkan je la apa yang dia pernah buat kat aku. Semoga Allah bagi petunjuk kepada dia. Amin.

First tahu, memangla bengang giler tapi, rasional la. Tak kan nak pergi serang budak yang baru setahun jagung tue. Tak patut. Tak patut. |Dengan aksi menggeleng kepala| Apa aku buat, sabar je la. Mana tahu, bukan dia yang buat ke. Orang lain ke yang buat. |hahaha| Pulakk dah. Yang penting, aku masih buta untuk menilai sikap seseorang walaupun aku belajar penilaian. Dekan sekali manapun, aku tak pandai menilai orang. =.=

Kecantikkan dia. Kelembutan dia. Pemakaian dia. Membuat aku terpesong jauh. Jauh. Dan aku menafsir dirinya seorang yang baik. Baik sangat. Aku harap sangat, bukan dia yang buat cerita semua ni tapi.. Ntah la. Anis. Anis. Anis. Dah terang pun, kau nak menangkan dia lagi. Kenapa Anis? Aku hanya tersenyum.
Apa-apa pun, aku dah maafkan kau :) Tapi tolong, jangan tipu lagi orang yang tak bersalah. Kesian dieorang.

Aku harap jugak, kami empat orang ni tak terputus macam tue je. Sayang kot. Dua tahun, terputus macam tue je sebabnya salah faham. Perselisihan faham. Yang nak marah sangat kalau sebab orang lain. Yelah tiba-tiba ada orang kelima |huhuhu| AWAS! Kawasan bahaya.

Dahla, malas nak bebel panjang-panjang. Mudah-mudahan hubungan yang di bina ini terjaga olehNya kerana ia terjalin juga kerana Allah Taala dan ia tercipta tanpa kami sedari. InsyaAllah. Amin.
Sekian. Assalammualaikum.

Take Note Adam.

Air mata tu memang kawan baik seorang wanita. Sekental mana pun dia, sebrutal mana pun dia, dia tetap tak kan boleh nafikan yang air mata memang dah di takdirkan jadi 'kawan baik' dia sebab itu Allah dah jelaskan sendiri dalam hakikat penciptaan Hawa dari rusuk Adam..

Setiap Hawa akan mengalirkan air mata di saat dia sangat gembira, terharu, over bengang dan kalau sedih, itu seakan WAJIB juga baginya untuk menangis. Cuma yang pasti, air mata itu hanya jatuh untuk sesuatu/seseorang yang penting. TAPI KENA INGAT.. Bilamana air matanya tak jatuh lagi untuk yang penting itu, that's mean yang penting itu TIDAK LAGI penting buatnya..

Aku copy ni bukan suka-suka tapi ia memang bermakna untuk diri aku mungkin juga mereka-mereka diluar sana. Tapi semenjak dua menjak ni aku memang gembeng sikit. Sikit je. |Alohh| Gembeng je. KA yang cakap aku macam tue. Aku mana tahu, dah memang  gembeng, nak buat macam mana. |hahaha| Ntahla. banyak sangat benda yang dipendam kot. Bukan ke air mata boleh mengurangkan penderitaan di hati? Betulkan? Yang penting, tabahkan hati dan bersedia memaafkan seseorang yang telah menyakiti :)


Thursday, 10 May 2012

Where are you?! -.-

.Assalammualaikum kawan-kawan.

Malam ni. Malam ni. Sangat-sangat tak best :) |Hahaha| Sesuka hati aku je.
Dua orang kawan aku pergi tengok wayang. untungla member :p So, tinggal la aku dengan budak bucuk angah eha ni. Tadi dia ajak aku buat assignment TCP (Town and Country Planning) Dengan senang hatinya aku menjawab, aku malas buat. Mood dah tak ada. Sesuke hati aku je kan? Sebenarnya aku dah bosan dan mengantuk dah ni.


Ya, aku dah dapat dah pun assignment town and country planning. Hurmmm.. sebulan yang lepas. Minggu depan dah nak kena hantar. Ya. Aku dah mula dah menaip untuk menyiapkan assignment tue tapi baru sikit. Sikit je :) Banyak jugak maklumat yang dapat. Rural development. Itu tajuk dan soalannya. Maklumat dah dapat, just nak huraikan je. Chaiyok-chaiyok. Terutamanya kepada SPHT student's 2010/2011. Tak percaya ke aku dah mula buat assignment, cer tengok ni...




Buat assignment sambil layan Mujhse Dosti Karoge. Best giler. Padahal dah berapa kali kot tengok. Segala kenangan boleh terungkit balik. Hurmmm. Last-last aku mengeluh sendiri. Bosan. Kenangan tue mungkin boleh buat aku sedih. Sedih. Sedih lagi. Dengan hadirnya perasaan sedih ni, buat dalam otak aku ni kosong. Apa tah yang aku fikir? Bila cuba diteliti, difahami tak ada apa-apa pun yang difikirkan. |Spoil| yang penting, di mana kau? Tak ingat aku ke? Bertuah betul la haiiii.

Terima kasih Haida sebab berskype dengan aku tadi :) Terubat jugak rindu aku kat kau.. Terima kasih sebab tak lupa aku. Terima kasih sebab bagi ruang dan kepercayaan untuk berkongsi apa sahaja yang tersirat di hati kau. Aku hargai sangat-sangat. Apa-apa pun, ko makin cantik dan comel la. Tak ganas macam dulu dah :p Apa rahsia kau? Boleh kongsi? |hehehe| Macam ni la, yang penting, kau ikhlas kawan dan tegur seseorang tue. Kalau kau rasa dia tegur kau bersebab, buang la sifat tue. Jangan sedih-sedih. Senyum! Okeyy la. Sekian. Assalammualaikum.

Tuesday, 8 May 2012

~spoil


Heiii budak rambut tercacak imissyou. Kenapa la bagi hilang hanfon tue. Aiiyaa. Dugaan.

Monday, 7 May 2012

Iklan. Iklan. Iklan.




Bagi mereka yang masih tercari-cari pekerjaan, cer try isi borang ni.
Mana tahu ada rezeki.
Cuba la. Tak cuba tak tahu.
Good luck :)

13 Ogos 2011

Agak tarikh apakah? Ada kena mengena dengan hidup atau mati ke? |hahaha| Ya, ada kena mengena tapi dengan yang hidup la :) Tarikh ni memang bermakna bagi aku dan mungkin juga bagi dia. Dia? Siapakah? |hohoho| Awat la banyak sangat persoalan ni. Aku sendiri pun tak tahu. Yang penting dalam otak aku ni banyak sangat persoalan yang masih tidak dapat dijawab dan diselesaikan. Okeyy fine! Malas nak fikir. Serabot kot. Haishhhh!




Okeyy fine!! Dah tahu kan apa maksud tarikh tue? |hahaha| Special to my ex senior. Bahagianya la. Seronoknya la. Best giler. Memang tak boleh digambarkan masa tue :) Kau, aku rindukan kau! Kau, tiba-tiba aku teringatkan kau. Kau, aku tahu kau pun rindukan aku. Ingatkan aku.


Huiiii. Huiiii. Huiiii. Jangan tinggalkan aku lagi macam kau tinggalkan aku dan pergi singapura tahun lepas.. Aku tahu kau bukan pergi suke-suke tapi.... Sungguh. Sungguh aku tak merelakan Huii. Huii. Huii. Menderita hidup aku. Jangan izinkan aku menangis lagi. Kesian kat aku :') Aku pun tak tahu kenapa la aku sedih sangat bila dengar suara kau tadi. Ya Allah. Kuatkan aku.

Hebatnya cinta dia tapi hebat lagi cinta Pencipta kami.
Segala perancangan Allah adalah yang terbaik buat kami :)
InsyaAllah.

Saturday, 5 May 2012

Raja Sehari :]


Selamat Pengantin baru diucapkan kepada sesiapa yang baru bergelar pengantin baru.
Hari ini.
Semalam.
Kelmarin.

Mudah-mudahan jodoh itu berpanjangan hingga ke Jannah.
Hingga ke anak cucu.
Hingga ke akhir hayat
InsyaAllah.

Untungla dapat jadi raja sehari :)
Tidak lupa juga ucapan  ini buat ibu dan abah.
Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke 21.
Semoga perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke akhirnya.

Terasa macam semalam baru lahir. |hahaha|
Rupanya usia perkahwinan ibu dan abah dah 21 tahun.
5 Mei 1991 sentiasa dalam ingatan. 5.5.1991.
Lima Mei sembilan belas sembilan puluh satu.

Tenang. Tenang. Tenang.


Ketenangan itu milik setiap insan.
Ya, aku adalah seorang insan.
Dan aku patut merasai ketenangan itu.

Malam yang ku kira sunyi. Sepi. Senyap.
Mengundang perasaan yang aku sendiri tidak mengerti.
Buntu mencari sesuatu yang tidak pasti.

Akal fikiran. Akal otak berkejar-kejaran.
Mencari sesuatu yang mereka sendiri tidak tahu.
Akhirnya mereka berhenti berkejaran setelah aku lemah.

Setelah aku gagal.
Setelah aku jatuh dan.
Menangis.

Egokah aku.
Egokah kau.
Egokah mereka.

Aku sendiri tidak pasti.
Aku sendiri masih mencari-cari dan.
Aku sendiri masih dalam dilema.

Oleh itu
Yaknilah, aku akan terus bangun melangkah.
Menapak, berjalan dan.
Berlari.

Mengejar dan menggapai.
Apa yang ada di hadapan aku.
Berdoalah moga-moga aku tidak menjadi selemah-lemah manusia.

Wednesday, 2 May 2012

mood. sensetif. sokmo.

Assalammualaikum. Sihat ke?
Alhamdulillah. Sihat kan? Senyum :)


Cantik kan senyum macam tue?! |hahaha|
So tak salah kalau nak senyum pun. sori cuaca panas.

Sempat lagi bergambar kan? Yelah, mana tahu tak jejak dah tempat tue dalam masa terdekat ni.
Apa-apa pun, semua ni kehendak Allah. Betul tak?!

Menyesalkah?! Apa barang. |stop|
Walau bagaimanapun, terima kasih kepada pihak yang telah saya susahkan :)

Terutamanya kawan kecil saya tue, nora namanya.
Kesian dia tetiba jadi driver aku.

Ibu dah bilang, jangan menyusahkan orang
Tapi..... Anis Khalilah kan. Macam tue la -.-


KFC je la. Itu je yang terfikir.
Pusing sana pusing sini. Nampak KFC je. Lagi satu, Aku nampak coolblog je.

Air special. Tak percaya, cer tengok =.=
Tak minum air KFC |hahaha|

Yang penting, ayam aku pun aku makan tak habis.
Kenyang. Kenyang dah bila tengok muka cik abang kat depan tue 0.-



Hari last, lepas tengok The Avengers kami makan megi goreng sudah.
Itu pun, lama kot tunggu sampai ke magrib. Tension aku.

Kerana lapar, bagi aku sedap jugakk la megi goreng tue.
Kan KA? Sedap kan |huhuhu|



Okeyy, KA cakap sedap.
Tengok, dia makan tak tengok pun aku :p melampau.

Apa-apa pun terima kasih KA.
Belanja itu la ini la. Ke hulur ke hilir ke sini ke sana.

Dahla menaip, nanti kita jumpa lagi okeyy, nak tolong urut kaki Alia Najihah pulakk.
Assalammualaikum. Senyum Sokmo :)

~Super Hero!



Assalammualaikum. Senyum okeyy. Aku sudah selamat sampai kat Inspen ni. Alhamdulillah. Masa dalam bas pun kerja aku asyik tidur je. Sampai KA hantar mesej pun aku tak balas. |Not in mood| Cewahh. |hahaha| Bukan apa, aku nak tidur. |Penat| Lagipun masa tue hujan. Memang la seronok bila tidur :) Sampai la satu saat dia calling. |amik kau| Dia tanya macam ni, "Awak ni merajuk dengan siapa?" |hahaha| Aku senyum je la. Aku bukan marah atau merajuk dengan dia pun tapi dia yang kena tempias. Nasib la haiiii.





Kepada sesiapa yang ada angan-angan nak tengok The Avengers, aku nasihatkan pergila. Tak rugi apa-apa pun. Tapi hati-hati dalam panggung tue gelap. |hohoho| Jalan cerita memang menarik. Lawak pun lawak. Seronok hape asyik gelak je :p Tapi serius, memang best. Bukan best je, best giler. Aku cerita macam ni pun boleh terkejut-kejut. Maybe sound dia kuat sangat. Cerita ni je la aku dapat tengok time kat Kluang Parade hari tue. Tue pun, balik rumah dah lewat. Andaila keluarga masih ada dekat Kluang ni, aku la orang yang paling bahagia :)


Ibu, jom balik Kluang?! |hahaha| kalau ibu jom aje tapi kalau abah... |hahaha| Orang suruh balik untuk tandatangan jualbeli rumah pun abah tak nak balik Kluang, ini kan pulak sesaja nak balik Kluang. Memang tak la. Abah ohh abah. Okey la kawan-kawan, pukul 11 pagi ni  ada kelas. Nanti aku buat entry baru pulak okeyy. Sebenarnya, banyak cerita lagi. Assalammualaikum <3
Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)
 
 photo an15_zps6q1sivad.png