Saturday 5 May 2012

Tenang. Tenang. Tenang.


Ketenangan itu milik setiap insan.
Ya, aku adalah seorang insan.
Dan aku patut merasai ketenangan itu.

Malam yang ku kira sunyi. Sepi. Senyap.
Mengundang perasaan yang aku sendiri tidak mengerti.
Buntu mencari sesuatu yang tidak pasti.

Akal fikiran. Akal otak berkejar-kejaran.
Mencari sesuatu yang mereka sendiri tidak tahu.
Akhirnya mereka berhenti berkejaran setelah aku lemah.

Setelah aku gagal.
Setelah aku jatuh dan.
Menangis.

Egokah aku.
Egokah kau.
Egokah mereka.

Aku sendiri tidak pasti.
Aku sendiri masih mencari-cari dan.
Aku sendiri masih dalam dilema.

Oleh itu
Yaknilah, aku akan terus bangun melangkah.
Menapak, berjalan dan.
Berlari.

Mengejar dan menggapai.
Apa yang ada di hadapan aku.
Berdoalah moga-moga aku tidak menjadi selemah-lemah manusia.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)