Saturday 12 May 2012

tolong jangan bina tembok didalam hubungan kita. please.


Ha, cerita panas. Panas sangat macam goreng pisang dekat warung depan sana tue :) Apa-apa pun assalammualaikum diucapkan kepada semua. Ketenteraman diganggu setelah ombak badai menyerang. |hahaha| Ntahla ek, tak tahu la siapa ombak badai tue. Siapa yang salah dan siapa yang betul. Dan siapa yang tersepit kat tengah-tengah tue. Mulut orang, memang susah sangat nak ditafsirkan.

Dekat sini aku tak tuduh siapa-siapa dan aku tak salahkan siapa-siapa. Biarkan je la hidup dia. Tak perlu disibuk-sibukkan. Yang penting, izinkan dia bahagia. Aku pun, dah malas nak fikir. Halalkan je la apa yang dia pernah buat kat aku. Semoga Allah bagi petunjuk kepada dia. Amin.

First tahu, memangla bengang giler tapi, rasional la. Tak kan nak pergi serang budak yang baru setahun jagung tue. Tak patut. Tak patut. |Dengan aksi menggeleng kepala| Apa aku buat, sabar je la. Mana tahu, bukan dia yang buat ke. Orang lain ke yang buat. |hahaha| Pulakk dah. Yang penting, aku masih buta untuk menilai sikap seseorang walaupun aku belajar penilaian. Dekan sekali manapun, aku tak pandai menilai orang. =.=

Kecantikkan dia. Kelembutan dia. Pemakaian dia. Membuat aku terpesong jauh. Jauh. Dan aku menafsir dirinya seorang yang baik. Baik sangat. Aku harap sangat, bukan dia yang buat cerita semua ni tapi.. Ntah la. Anis. Anis. Anis. Dah terang pun, kau nak menangkan dia lagi. Kenapa Anis? Aku hanya tersenyum.
Apa-apa pun, aku dah maafkan kau :) Tapi tolong, jangan tipu lagi orang yang tak bersalah. Kesian dieorang.

Aku harap jugak, kami empat orang ni tak terputus macam tue je. Sayang kot. Dua tahun, terputus macam tue je sebabnya salah faham. Perselisihan faham. Yang nak marah sangat kalau sebab orang lain. Yelah tiba-tiba ada orang kelima |huhuhu| AWAS! Kawasan bahaya.

Dahla, malas nak bebel panjang-panjang. Mudah-mudahan hubungan yang di bina ini terjaga olehNya kerana ia terjalin juga kerana Allah Taala dan ia tercipta tanpa kami sedari. InsyaAllah. Amin.
Sekian. Assalammualaikum.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)