Saturday 30 June 2012

Sekelip mata kau berubah



Assalammualaikum :)
Senyuman untuk hari ini pasti ada walaupun hati tidak berapa sihat |cewahhh|
Apa pun kawan-kawan, kita mesti teruskan hidup walaupun apa yang terjadi pada hari semalam.
Hari ni bukak buku baru.Bukak cerita baru. Bukak sejarah baru.
Kuatkan semangat!!


Hari ni mood layan lagu 'Sekelip mata kau berubah' dan 'Izinkan namamu dihati.'
Nampak tak jiwang di situ? |huhuhu| Ntah la, itu la perasaan aku di ketika ini.
Bukan nak ungkit sejarah lalu tapi dia teringat sendiri.
Aku tak pinta pun nak ingat atau ungkit balik.. Tapi...
Semoga Kau bahagia :)


Enam tahun. Lama kan? Hurmmm. Kami tak ada jodoh.
Terputus macam tue je. Terlerai macam tue je. Noktah.
' Lamanya kita berkawan dengan seseorang itu tak menjamin apa-apa pun.'
Hanya sakit di hati ni je. Luka memang boleh sembuh tapi ia  memakan masa yang terlalu lama.


Walau dah setahun berlalu.. Lebih dua belas bulan terpisah,,
Bagi aku.. Aku tak 100% lagi melupakan semuanya. Bagi aku masa. Aku perlukan seseorang dan aku dah jumpa siapa orang itu. Teguh berdiri di sisi ku. Dia suka marah kalau aku cakap aku nak berdiri di belakang dia, dia mintak aku berdiri di sisi dia bukan belakang.


"Jika engkau sedang hidup bahagia
Jangan kau lupakan diriku"

"Mudahnya kau berubah."


Usah khuatir hati. Usah sedih hati. Usah marah hati. Usah berdendam hati.
Bersyukurlah.
Percayalah.
Yakinlah.
Allah sudah atur dan susun perjalanan kehidupanmu yang lebih bahagia selepas ini.
Bersyukurlah. Usah bersedih lagi.
Jangan menyesal dengan sejarah ini semua.
Pujuklah hati.


Aku redha Allah.
Aku pasrah Allah.


Assalammualaikum :')


Aku bahagia dengan dengan kehidupan ku sekarang. Terima kasih bakal zauji :')

1 comment:

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)