Tuesday 31 July 2012

T.A.H.N.I.A.H

Assalammualaikum :)

Allhamdulillah, hari ini dah masuk 11 Ramadhan,, kita semua masih lincah memperbanyakan ibadah kepada Allah. Syukur juga kerana diberi peluang untuk menghirup udara segar lagi.
"Ibu, apa juadah berbuka untuk kita hari ini?" tiba-tiba alat keluli ibu berbunyi.
"Ohhh kekasih hati ibu yang call." aku tersengih.
Selang beberapa minit, ibu mematikan perbualannya dan . . .
"Yeay! hari ini berbuka dengan nasi beriani!" aku melonjak kegembiraan :)
Senang hati la ibu hari ini tak payah susah-susah nak masak walaupun tadi aku tengok ibu dah mula ke dapur. Ibu dah rebus daging, dah potong-potong ayam. Katanya daging nak goreng, ayam nak masak dengan sayur. Hurmmm oleh itu, tukar. Tukar. Tukar. Ibu cakap nak masak time sahur je apa yang ibu cadang nak masak tadi :)
Yelah, kang masak banyak-banyak membazir pulak. So, ibu cakap lagi... Ibu nak buat kuih sikit.

Habis topik puasa dan ibu kesayangan. . .



Dan ini



15 Julai 2012,, genap setahun perkenalan kami. Alhamdulillah.
Apa yang special time 15 Julai ni? |hahaha|
Alhamdulillah. Dapat makan tengah hari dengan ibu KA. Tak terjangka kot. Tak tersangka kot. |huhu| Nampak macam gelabah tapi berlagak cool je la :p
Ya, memang dah lama dan dah lepas pun 15 Julai.. Tapi itula, aku tak ada masa nak update entry ni. Sekarang ni baru berkesempatan. itu pun tak lama. Apa-apa pun semoga hubungan yang ada ini akan diikat kuat dengan ikatan yang lebih sah, kuat dan tersimpul kemas serta rapi lagi. InsyaAllah.


Lastly, all's the best KA untuk temuduga esok. Buat elok-elok. 1st, niat kena betul kerana Allah Taala. InsyaAllah. Pasti kerja yang dipohon tersemat kekal di dalam tangan. Amin. Yang penting, doa jangan putus.

Sunday 29 July 2012

Aku Harus Melangkah :')



Assalammualaikum kawan-kawan :)
Dah lama nampaknya aku tak update entry dalam ni, mungkin dah berhabuk blog aku ni. Mintak maaf banyak-banyak, aku tak sempat. Mana nak kejar dengan assignment, dengan final exam lagi. Tersangat-sangat sibuk. Bila fikir semester akhir, memang tak tenteram dibuatnya. Ofcourse la semua student akhir nak buat yang terbaik untuk final exam dieorang termasuk diri aku sendiri. Apa-apa pun doakan kami semua berjaya :) Amin. 


Usaha sudah, sekarang just berdoa dan bertawakal sahaja. InsyaAllah, Allah akan beri kejayaan yang setimpal dengan usaha kita. Aku harap, aku dapat graduate dengan semua kawan-kawan batch 2010/2011. Amin. Mudah-mudahan :) Tiada apa yang kami mahukan selain mendapat kejayaan bersama. Mana taknya, semua buat sama-sama dalam masa dua tahun, bukan sekejap kami bersama tetapi lama kot. Sama-sama bekerjasama time camping, sama-sama time MJM, sama-sama time Inspen buat progam. Tanpa kerjasama kami semua, ibarat sebuah kereta yang tidak akan berfungsi jika product and material tidak mencukupi. Kami semua saling memerlukan untuk melangkah memajukan diri kehadapan. Memang orang cakap kejayaan itu atas usaha sendiri tapi tanpa disedari tanpa semangat daripada pensyarah dan kawan-kawan macam mana kita nak berjaya? Renung-renungkan la. Kawan-kawan amat memainkan peranan penting bagi kita. Lagi satu, tergamak kah kita untuk meninggalkan kawan-kawan kita jauh di belakang? Bagi orang yang tidak mementingkan diri sendiri, mesti dia tak tergamak. Oleh itu, tanpa kita sedari, sebenarnya kita telah memaut dan menarik tangan mereka untuk seiring dengan kita menuju ke gerbang kejayaan :') Itula yang aku rasa :)


Perkara yang tak mungkin aku lupakan sepanjang bersama batch ini adalah :
  1. 1st masuk Inspen, kami tinggal di Presint 11. Ulang alik ke Inspen dengan bas yang disediakan oleh pihak Inspen. Serius, penat giler. Pergi pagi, balik petang. Setiap hari. Walau penat, kami tetap tersenyum. Ini semester satu punya cerita :)
  2. Time ni final exam semester satu semakin hampir, kami diarahkan oleh pihak Inspen untuk berpindah ke Inspen kampus satu. Memang kelam kabut la time ni. Rasa nak marah pun ada. Tapi nak buat macam mana, kena ikut jugak sebab pihak Inspen risaukan keselamatan kami. Mungkin bila kami berada dalam kawalan Inspen, pihak atasan akan berlapang dada. Yelah, risiko tinggal di luar amat tinggi.
  3. Masuk semester dua still tinggal di Inspen kampus satu yang memang. Memang mewah la tempatnya. Tempat belajar, tempat tidur memang selesa. Mana tak nya kami tinggal di asrama untuk orang yang berkursus. Semester dua, kali ini kuantiti kami sebagai pelajar Inspen semakin bertambah dengan kehadiran senior :) Bila cakap tentang senior je, tiba-tiba bibirku mengukir senyuman :) |hahaha| Ya, semester inila tercipta segala-galanya 'dintara aku dan kau'
  4. Okeyy, masuk semester tiga, sekali lagi batch kami dipindahkan di Inspen kampus dua. Alhamdullilah. Ini baru merasai 'pure' sebuah kampus, pusat pengajian. Alhamdulillah juga kerana semua selesa di sini. Yang paling aku suka, dapat merasai juga semua barang baru tanpa dicemarkan lagi :) Yelah, batch pertama yang dapat rasmikan kampus baru.
  5. Semester empat adalah latihan praktikal.
  6. Semester lima, ya kami masih menetap di kampus dua dan saat ini, aku masih berada di blok siswi. Masih dapat merasainya keselesaan menghenyak katil dan tilam :p

Nampak tak betapa banyaknya kenangan yang disemai di sini? Boleh lupa? Tepuk dada tanya hati. Dia akan bagitahu segalanya. Okey la, malas nak buat ayat taching sangat-sangat. |huhuhu| Tinggal beberapa jam lagi aku akan meninggalkan kampus ini, Ya.. Kenangan yang terbina di sini akan sentiasa tersemat di hati, mungkin ia terletak paling dalam. Terima kasih pensyarah-pensyarah keran sudi mengajar kami tanpa sedikit pun rasa  jemu. Terima kasih kawan-kawan di atas segalanya. Terima kasih staf-staf Inspen kerana masih mahu melayan kerenah kami yang pelbagai.





InsyaAllah kawan-kawan, semoga kita akan ciptakan lagi sebuat pertemuan. Jaga diri. Jaga akhlak. Semoga kalian semua berjaya di luar sana. Semoga kita semua berjaya dengan cemerlangnya didalam final exam dua hari lepas. Amin. Assaalammualaikum. Ha, masih tidah terlambat lagi kan untuk aku mengucapakan tahniah kepada semua Pra u students kerana dapat menyambung pengajian mereka di universiti yang dipilih terutamanya pra u SMK THO, sekarang dah tukar nama sekolah kot kepada sekolah sukan. 'kot' la :) Tahniah! Semoga kalian juga berjaya. Amin

Saturday 7 July 2012

Gumbiranya kami :]

Assalammualaikum :)
Nak pesan ni, tolong hiraukan kecomotan blog aku ni ea? |ahahaha| Harap je amik seni, match warna pun tak reti :p

Hari ini aku nak cerita sikit tentang. . .




Ya, aku baru balik dari sini. Sebentar tadi. Apa yang boleh dikatakan kat sini, best la function ni. Tiap-tiap tahun Malaysia menganjurkan function ni. Function ni start dari minggu lepas lagi sampai 8 hb ni. so, apa lagi join la. Bukan selalu dapat pergi. Setahun sekali je. Aku baru 1st time pergi, tahun lepas aku tak sempat nak join. aku busy buat apa tah. |huhuhu| Sebenarnya, aku malas nak menaip tahu tak?! Tak pelah, aku hidangkan gambar je la buat korang :]


















Bergambar? Semestinya bagi kami. Aktivit paling wajib. |hahaha| Tak sah kalau tak bergambar. Bukan apa, just nak buat kenangan je. Tahun depan, entah dapat lagi ke tidak jejak Putrajaya ni. Alang-alang dah belajar kat sini, tak salah amik peluang. Lain la orang yang dah duduk sini. aku ni bukan orang sini. Selain bunga-bunga, yelah nama pun floria kan.. Tak kan binatang pulak? Disebabkan function ni buat kat berhampiran dengan Tasik Putrajaya, ada jugak pertunjukkan kapal berhias. . . Jom kita tengok. .








Dua gambar ni adalah kapal berhias dari Langkawi. Sorry, silau. banyak sangat lampu kat kapal tue. Lagi satu, untuk amik gambar ni aku just guna handfon murah je. Harap maklum :p |hahaha| Teruja kot tengok benda alah tue. Bukan jakun okeyyy.






Ni pulak dari negeri Johor darul takzim yang diwakili oleh Nusajaya. Pasir Gudang tak ada ke? |hehehe| kalau ikut pendapat aku la, aku lebih berkenan Johor punya tapi, China punya pun cantik jugak. Tak caya, sini aku tunjukkan..





Ni haa... ni dari China. Cantik tak? Memang ada unsur-unsur kecinaan :) Selain dari China, Langkawi, Johor, ada jugak dari negeri 9, Melaka, Perlis, Kenya. Banyak lagi la.. Tak dapat aku nak list kan kat sini Sebab aku tak tengok pun sampai habis pertunjukkan tue. Time tue aku dah lapar, so berjalan kaki la kami ke pasar malam :)




Okeyy jumpa lagi tahun 2013 nanti. InsyaAllah kalau ada rezeki untuk kita berjumpa dan bertemu lagi.
Assalammualaikum. Selamat Malam.

Thursday 5 July 2012

Bila lagi?

Assalammualaikum :]

Straight to the point je la ea? :)
Sebenarnya,
Sebenarnya aku nak kongsi dengan korang gambar ni :]




Dan ini lagi satu :p





Seribu satu persoalan di benak korang?
Betul tak?
Apa-apa pun semoga kami berjaya menempuhi final exam semester ni.
InsyaAllah. Mudah-mudahan. Amin.
All's the best to K.A.M.I :)


Assalammualaikum.










|hahahaha| gambar ni semua just untuk majalah konvo kita orang je. Kita orang konvo 4 Dis 2012. Lambat lagi la :p just jadi pelakon tambahan je. Doakan kita orang berjaya untuk graduate tahun ini. InsyaAllah.
Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)