Wednesday 29 August 2012

Sebuah Masa Depan.

Assalammualaikum kawan-kawan :)

Masih tidah terlambat lagikan untuk mengucapakan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin <3
Harap di ampunkan jika ada tersalah kata, terguris perasaan, tersakit hati, terasa hati. Semua TER la. Sorry, aku juga merupakan manusia biasa.

Syukur sekali lg kepada Allah. Rezeki tahun ni terlalu mencurah. Syukur sangat. Sebab itula aku selalu ingatkan diri bahawa sesuatu kesusahan yang diberikan pasti ada hikmatnya. InsyaAllah. Now, permohonan sambung belajar ke UITM telah aku selesaikan. InsyaAllah kos Pengurusan Hartanah dapat diteruskan jika ia diizinkan olehNya tapi harap-harap kos tue la yang aku dapat. Amin. Kerjaya aku sudah dibidang itu. Amin :)







Okey, ni 'application form' University of Western Sydney (UWS) aku tak isi pun lagi. Nervous plak. |huhuhu| Selain kena apply, pihak universiti juga mintak :

  •  SPM results.
  • INSPENS results.
  • Letter of medium instructions from INSPEN to verify program was taught in English.
  • Your passport biodata and signature page.

So, persiapkan apa yang dimahukan. Ayuh kawan-kawan :)
Sama-sama la berdoa mudah-mudahan tercapai cita-cita kalian untuk melanjutkan pelajaran dalam Bachelor of Business and Commerce (Property) di UWS. Lagipun, senior kita ada yang pergi ke sana, so dieorang boleh, kita ni sebagai junior pun boleh apa. |hehehehe| Anyway para kawan-kawan semoga berjaya ya! Tidak lupa juga untuk tuan punya blog :D


Assalammualaikum.
Semoga kawan-kawan aku di luar sana juga berjaya dalam bidang masing-masing. Amin.

Wednesday 15 August 2012

Sekali lagi. Alhamdulillah.




Assalammualaikum kawan-kawan.
Hari ni dah masuk 26 Ramadhan. Hurmmm. Semakin hampir Ramadhan akan meninggalkan kita. Semoga kita bertemu lagi ye Ramadhan tahun depan? :') Aku akan merinduimu. Semoga Ramadhan tahun depan juga merupakan Ramadhan yang bawa impak besar dalam hidup aku. Amin.


Hari ini 15 Ogos 2012, aku bersyukur sangat kerana Allah izinkan aku lagi untuk menggenggam Sijil Anugerah Dekan. Terima kasih Ya Allah. Aku bersyukur sangat. Hadiah ini aku hadiahkan buat ibu dan abah, ibu serta ayah dan tidak lupa juga buat awak, Khairil Azmi bin Hussin kerana kalian semua tidak putus-putus memberi semangat dan mendoakan kejayaan ini.


Allhamdulillah. semester akhir ini aku dapat buat yang terbaik dalam peperiksaan akhir. Syukur sangat. Walau tak dapat 4flat macam semester empat hari tue aku tetap bersyukur di atas rezeki ini. KA ckp rezeki bulan puasa :) Alhamdulillah. 3.71 mewakilil GPA, ini result untuk semester lima. Dan 3.64 mewakili CPA, ia merangkumi result seluruh semester. See. Syukur sangat kan? Berbaloi-baloi usaha yang dicurahkan.


Ehem-ehem, bukan nak riak or bangga :D nak bagitahu ni,, Account aku dapat A. Percaya tak? |hahhaaa| Subjek yang aku selalu mengeluh susah tue. 'Akhirnya account, aku dapat memiliki kau' Oleh itu, usaha kena lebih untuk subjek yang kureng cekap agar mudah ditakluki. Apa-apa pun, terima kasih lecturer-lecturer sekalian. Terima kasih kerana bagi kami student-student A :)


Terima kasih ibu-ibu. Ya, aku ada dua ibu. Doa mereka didengari Allah dan dimakbulkan. Alhamdulillah.
Ibu aku " kejayaan yang dapat tue berbaloila dengan usaha. Rajin usaha, result pun lagi ok. Yang penting, doa jangan tinggal. Ibu juga akan doakan."
Ibu KA " Anis rajin-rajinla buat solat hajat. Makcik yakin Anis boleh."

Alhamdulillah,, ibu. Makcik. Anis berjaya :)
|hahahaha| Sukanya, macam dapat 4flat. Poyo je lebih.

Okeyla, tahniah juga buat kawan-kawan seperjuangan. Kita jumpa Hari Konvokesyen nanti. Tak sabarnya.
InsyaAllah.
Assalammualaikum. Terima Kasih di atas doa kalian.


Kesilapanku Keegoanmu :')

Assalammualaikum.

Tiada apa-apa berita gembira yang ingin dicerita tapi besar kesilapanku besar lagi kesilapanmu :')
Dah-dah tak payah nak buat ayat taching sangat-sangat la. Muak plus menyampah :p






Apa yang aku nak kongsi, aku dah habis dah baca novel ni. Yeay!! :D
Sebenarnya dah berkurun aku beli kat Kluang novel ni dengan KA hari tue.
Dan time cuti macam ni baru berkesempatan nak membacanya.
Yelah, mana taknya.. Time kat INSPEN, mana sempat nak menelaah.
Game first!! |hahaha| Benda lain aku tak fikir dah.
Tapi.
Bila dah cuti, tak rasa pulak nak b'game. Maybe tak ada kawan-kawan nak bersaing.
So, senyap je la game aku itu.


Okey, 'Lafazkan Kalimah Cintamu'
Memang best giler.
Tersentuh bila membacanya.
Tanpa sedar air mata mengalir laju di pipi.
Penat kot asyik nak lap air mata je :D |okey aku tipu|
Tak rugi la aku beli novel yang berharga RM26.90 |hahaha|


"Besar kesalahanku besar lagi keegoanmu
Berkali ku beri alasan berkali-kali kau menolaknya
Kau ingin ku menyatakan
Diri ini bagai lilin
Dan terbakar oleh perbuatanmu"


Dalam tue jugak ada diselitkan lirik lagu 'Kesilapanku Keegoanmu' dendangan Siti Nurhaliza.
Aikk,, macam terkena dekat batang hidung sendiri pulak.
Tapi sejak aku tengok lirik lagu tue, aku macam tersuka pulak.
So, berulang-ulang aku dengar dekat 'youtube'
Sebak pula mengundang pepagi buta ni.


"Kekasihku cukup engkau buat ku begini
Luka ini usah engkau berdarahkan kembali
Aku masih cinta padamu
Aku masih setia padamu
Kembalilah engkau padaku seperti dahulu"



Dahla Anis, tak payah nak melalut sangat :D
Kang melalut sangat, orang pun jadi pening dan tak faham. |padan muka kau|
Okey, silap aku.
Yang penting kawan-kawan, try la cari dan baca novel tue bagi sesiapa yang tak baca lagi.
Serius korang tak akan menyesal.
Percayala cakap aku :)


Anyway, good luck ye kawan-kawan seperjuangan untuk result semester lima korang. Pihak akademik bagitahu esok result keluar .. So dipersilakan untuk menyemak result korang. Aku minggu depan je la check result tue. Aku nak raya puas-puas dulu :D


Okey, sekian untuk malam ni.
Assalammualaikum.
Aku dah maafkan semua orang ~Tetibe

Monday 13 August 2012

24 Ramadhan 1433



Hari ini 13 Ogos 2012 bersamaan dengan 24 Ramadhan 1433.
Happy Birthday awak yang ke 21 tahun <3
Semoga kebahagiaan yang hakiki akan menjadi milik awak :)
InsyaAllah.
Tiada yang hadiah yang ternikmat melainkan kasih sayang daripadaNya.
Kasih sayang dan cinta ibu & ayah.
Honestly,,
Kasih sayang itu, bukan kita mengemis kat tepi-tepi jalan
Tapi
Kasih sayang itu hadir tanpa dipinta
Dan
Diberi tanpa diminta.

Lastly, jadila anak yang soleh. Amin.
Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)