Wednesday 19 September 2012

The past. The present. And the future. I miss.

Assalammualaikum. Salam sejahtera pembuka bicara <3

Moga kalian semua sihat. Alhamdulillah. Udara pagi masih diberi peluang untuk menyelinap masuk ke dalam setiap rongga tubuh badan. Syukur. Hujan di sini sejak pagi tadi. Tapi rintik-rintik manja je (:
Negeri jelapang padi dibasahi dengan butir-butir rezeki. Ibu cakap, sekarang musim menanam or tabur benih untuk tanam padi. Aku tengok disetiap petak bendang or sawah padi kat rumah tok wan penuh dengan air.. Cantik sangat la tue nak tabur benih. |Teruja|




Malam tadi sibuk fikir-fikir dan cari-cari gambar yang sesuai untuk buat cover photo di facebook tiba-tiba terpandang plak gambar ni.
"Okey set, letak aje gambar ni." di hati berdetik.
Sesaja buat gelap gambar ni, biar nampak romantik sikit |hahaha| Gambar ni cantik :) aku dah cuci dan simpan dalam album dah. I miss that moment. Seriously. :')
Kalau berkumpul lagi macam ni, tak sama dah rasa dan keadaan macam time ni. Rindu serindunya tentang mereka. Keletah mereka yang macam budak-budak. Jadi budak-budak lagi enjoy termasuk la diri aku. |huhuhu|


Rindu,,,
  • Nak belajar sama-sama dalam dewan kuliah dan bilik kuliah macam dulu-dulu. Selalu tersasul DK atau BK. |huhuhu| |Kesian kak Aini|
  • Nak dengar kawan-kawan ketawa bila  class rap perkena kawan-kawan yang masuk kelas lewat. Selalu dia akan perkena kawan-kawan yang datang lewat time kelas batal. Biasalah orang datang lewat, mestilah dia kelam kabut masuk kelas. So langkah je kaki dia dalam kelas, class rap ajak kawan-kawan yang datang awal keluar. Nampak tak permainan dia? |hahaha| Bengang la kawan yang datang lewat tue, better kawan-kawan yang datang awal ni mesej or call je dan bagitahu kelas batal. So, tak ada la yang lewat ni kelam kabut sangat. Ntah mandi ke tidak :p
  • Nak makan sama-sama. Berbuka puasa sama-sama. Bestnya :)
  • Nak dengar Eha menjerit dari tingkat empat ke bawah untuk tanya junior yang baru lepas makan. "Junior-junior, makan apa ek?" dan bila makan ayam baru kita orang pergi makan. |hahaha|
  • Nak masak sama-sama lagi walaupun masaknya seciput tapi suaranya yang lebih.
  • Nak dengar lecturer cakap "Okey, kelas habis." walaupun baru satu jam belajar.
  • Nak dengar lecturer cakap "Okey, kelas batal." Ya Allah. Sukanya la. Yes! Kelas ganti berlambak-lambak. |hahaha|
  • Nak bersama tiga orang kawan yang paling rapat tue. Lagi gamat bila bersatu dengan geng Alia :D Yang normal jadi tak normal :p
  • Nak dengar Alia cakap "Anis, jom main bola tampar. Asyik duduk dalam bilik je." Okey, aku memang malas nak keluar. Lagi-lagi ana, dia leh cakap aku ada kat hostel macam tak ada je.
  • Lastly, aku rindu nak dengar Intan marah-marah dan membebel-bebel. Eha merajuk sampai update status kat facebook. Nak tengok Ainis marah-marah dan lari dari bilik.|hahahaha| |Sumpah! aku tak suka!| just joking. Tak hingin aku nak rindu :p







InsyaAllah. 27 Nov 2012 kita jumpa balik. Semoga Allah panjangkan umur diantara kita. Amin. Semoga hubungan yang dibina tidak terlerai dan terputus macam tue sahaja. Kawan-kawan, korang memang the best, tak kira la SPHT atau SPGT. Dua-dua course sama je. Tiada langsung benteng diantara kita.


" A friend is one that knows you as you are, understands where you have been, accepts what you have become, and still, gently allows you to grow."


Assalammualaikum. Jaga diri baik-baik okey. Jaga akhlak. Kuat. Kuat dan kuat. Terima apa-apa yang diturunkan olehNya dengan hati terbuka. Jangan mengeluh. T.A.B.A.H. (^________^)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)