Monday 29 October 2012

Cerita Sana. Cerita Sini.

Assalammualaikum (^_______^)
Nampaknya, esok adik-adik kita dah kembali ke sekolah. Tapi tak ape, cuti akhir tahun sudah semakin hampir kan? Seronok la tu (^.-) Apa-apa pun tahniah la sebab menutup tirai peperiksaan akhir tahun dengan jayanya. InsyaAllah. Mudah-mudahan memperolehi keputusan yang cemerlang. Amin.


Yes!! Mood raya still terasa lagi ni. Alhamdulillah. Raya kat sini walaupun dah raya ketiga still orang buat makan-makan lagi. Hari ni mak ndak pulak buat makan-makan. Dengar-dengar mak ndak masak mee rebus. Yeayy! Boleh la pergi melantak :p Tadi sepupu tersayang call, dia jemput family pergi rumah diorang. Apa-apa pun, insyaAllah. Kami akan ke sana tapi itulah, en abah tu asyik dengan kebun beliau sahaja. Puan ibu cakap, dalam banyak-banyak orang, en abah lah orang yang paling rajin. Alhamdulillah. Lagi satu, raya kali ni bertambah meriah bila orang Muar balik. Maybe -.- Lagi-lagi meriah bila dapat duit raya :P


Semalam pergi beraya rumah cikgu KH Zulaika (adik no 3) katanya cikgu buat kenduri korban, so kitaorang pun pergilah. Aku pergi dengan Zulaikha, masturah dan Shamiza (Anak sepupu) Pergi dengan dua buah motor. Masturah bersama Shamiza dan aku bersama Zulaikha. Jauh jugak kot. Rumah cikgu tu di Guar. So aku pergi ikut signboard ke Guar Cempedak je la. Ikut punya ikut sampai terlajak, rupanya rumah kenduri dah terlepas. So terpaksalah patah balik. Ya Allah. Cuaca giler-giler panas. Balik je rumah, berdenyut-denyut je kepala otak. Tapi bestnya bila dapat berjalan-jalan.


Jalan ke Guar melalui satu tempat ni, namanya Yan. Okey, kat Yan ni banyak tempat rekreasi untuk seisi keluarga. Masturah ajak ronda-ronda kat kawasan Yan. Katanya tempat tu memang best. Sampai je kat 'Titi Hayun' (nama tempat tu) Pehh, ramainya orang. Tak kan ramainya beruang kan? So, aku hanya pandang sekeliling je la. Masturah bagitahu aku, yang tempat ni ada titi gantung macam kat Gunung Lambak tapi titi gantungnya lebih besar dan lebar. Okey fine, jom kita balik -.-


Balik tu singgah pulak kat 'Sri Perigi' aku tengok dan tengok. Teringat air terjun kat Sungai Pisang. Rindu plak kat Sungai Pisang. Weee (^_____^) Tapi air terjun kat Sri Perigi lagi tinggi kot. Kalu buat abseiling, tak tahu la pukul berapa nak sampai bawah :p Last-last penat macam tu je. Yelah, sakit kot bila muka kena bidas dengan air terjun yang turun dari atas. Apa-apa pun itulah pengalaman time kat Sungai Pisang.


" Sri Perigi "

Kat sini pun ramai giler orang. Yelah. Time-time macam ni la diorang nak bersama keluarga. Anak-anak yang tinggal di kota pulang beraya ke kampung. So ada masa terluang, diorang bawak la family pi mandi air terjun. Lepas buat inspection kat Sri Perigi, kitaorang pun balik la. Masturah ajak pergi Pantai Murni pulak. Pehhh, aku cakap.. Aku tak larat. Panas kot. Mata ni nampak bantal dan tilam je. Tau tak? -.-


Sampai je kat rumah dah pukul 4 petang. En abah cakap, petang ni semua kena pergi kebun sebab nak tebang pokok. Yahoooo T.T musnah harapan nak berehat-rehat macam tuan puteri. |hohoho| So lepas asar, pergilah kami satu family ke kebun a.k.a tapak rumah bakal di bina. Satu lagi kerja, memang penat. Tapi seronok. Seronok tengok budak-budak. Riuh rendah kot time tarik pokok tue.


" Ni la pokok bakal ditumbangkan oleh bala-bala tenteranya "
Nasib baik pokok ni mudah je ditumbangkan. Tujuh orang je kot yang tarik. Alhamdulillah. Semua selamat. Okey, time for angkut-angkut semua dahan pokok dan dilonggokkan kat satu tempat untuk dibakar. Sekali lagi kesabaran ku diuji. Penatlah! Dahlah berat =.= ku gagahkan diri jugak. Dah serupa dengan tukang kebun kat sekolah dah. Yang pulun duk angkut-angkut dahan tu siapa je? Aku dengan masturah je. Zulaikha? Dia angkat yang paling ringan je. Huhh!
  
Bila tiba malamnya. Sambut birthday Masturah kat Tanjung dawai. Perkena ikan siakap tiga rasa pulak. Pehh! Syukur alhamdulillah :D Sebenarnya birthday dia 31/10 tapi disambut awal sebab time 31/10 dia still kat kolej, tak boleh balik lagi. Lagipun dia yang sibuk nak sambut awal. So pn ibu en abah ikutkan je la.

"Okeylah adik tersayang, Selamat Hari Lahir Yang Ke 18. Semoga sentiasa dirahmati dan diredhaiNya. InsyaAllah."

Selamat Hari Lahir!

Nak tunggu makanan sampai punyalah lama. Maklumlah raya, mungkin pekerja kat kedai tu ramai cuti. So tunggu punya tunggu. Menanti penuh kesabaran. Nasibla bawak kek, maka dengan itu.. Bedal kek dululah :D Tak sangka en abah yang tak suka makan kek pun boleh makan kek malam tu. En abah cakap kek ni sedap. Kami sedia maklum, en abah tak suka kek yang terlalu banyak krim.

Salam AidilAdha
KA tanya kenapa gelas yang kedai tu guna macam gelas kat rumah je? |hahaha| Aku pun tak tahu nak jawab apa. Lagipun, ni baru 1st time makan kat kedai tu. Biasanya kat kedai lain. Disebabkan kedai yang selalu en abah bawak pergi makan tu tutup, terpaksalah makan kat kedai ni. Dah dekat Tanjung Dawai, takkan nak patah balik pergi Sungai Petani kot. Setelah perut kenyang diisi, kami pun pulang ke rumah ^__^

Okey, hari raya ketiga pulak..

Merbok ----> Tikam Batu ---> Sik---> Merbok

Berjalan sakan. Pergi beraya rumah sepupu kat Tikam Batu. Lepas tu terus ke Sik sebab nak hantar Masturah balik kolej. Balik tu, singgah pulak rumah tokwan kat Merbok. Malam baru balik rumah. Tu pun Zulaikha suruh balik cepat sebab dia tinggal kat rumah sorang-sorang. Konon-kononya nak jadi guard kat rumah. Tu la.. ajak ikut, dia tak nak ikut. So rasailah duduk rumah sorang-sorang :p

Okeylah, setakat di sini sahaja. Nanti aku update lagi. InsyaAllah. Jaga diri baik-baik. Jaga akhlak. Jaga solat. Pasti semuanya selamat dan tenang. Assalammualaikum (^______^)

p/s : Sorry entry kali ni panjang sikit. Dari semalam kot aku duk menaip. Lepas tu berhenti. Lepas tu hari ni sambung balik. So ia panjang berjela-jela. Sorry!

2 comments:

  1. Seronoknya berjalan! Happy birthday to ur sister :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok!Fiqa mai la sini. Nanti kite boleh jln2. Hee. Ok. InsyaAllah. Nnt akk smpkan kt dia (:

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)