Monday 15 October 2012

Free as a bubles



Assalammualaikum dan salam sejahtera. Sihat ke? Harap-harap sihat la ye (^____^) Alhamdulillah. Aku selsema lah hari ni, mesti kena hujan semalam. Tak pe, terima dengan hati yang terbuka.
Syukur. Sehari lagi Allah memberi kita semua peluang untuk beramal di atas dunia yang sementara ini. Oleh itu, manfaatkannya.

Beginilah kehidupanku sehari demi sehari. Ya. Memang gembira dan ceria tapi kadang-kadang rasa bosan jugak. Yelah, duduk rumah je. So, latihlah diri untuk melakukan sesuatu yang  memanfaat kepada diri sendiri dan orang lain. CEhhhh [hahahaha] Ehh! Betul lah! Adik aku ada bagitahu ada taska tengah cari pekerja. Dia suruh aku call taska tu tapi sampai ke hari ini aku buat selenger je. [huhuhu] Mula-mula dia bagitahu tu memang aku berminat jugak tapi bila difikir-fikirkan.. Macam jauh je taska tu. Macam-macam alasan lah kau Anis! (^.-)

Kehidupan seperti hari biasa, tolong-tolong ibu. Tolong-tolong abah. Dan ajar Auqi, my little brother ulangkaji maths,dia ada ujian. kita ajar dia. Dia ajar kita balik. Budak ni kan. Sabar je lah. (>.<)'' Bayangkan 35 x 7 dia boleh kira semua tu dari 1 x 7 sampai 35 x 7. Ya Allah. Buang masa je dia ni tau. Dia bagitahu aku yang kira guna bentuk lazim, dia dah lupa. Hampehh. Aku tak tahu nak balas apa bila dia cakap macam tu. Tersengih je la bila berhadapan dengan budak yang bijak berkata-kata. (^__________^)

Tadi abah call, "Iye en abah, boleh saya bantu?" Apa lagi, jadi kerani abah lagilah. Taip surat permohonan nak buat akaun bank. So tadi abah bagitahu apa yang patut ditulis dalam surat tu, bukan main.. Suruh aku catit lagi apa yang beliau cakap. [huhuhu] Dahla time tu aku tengah tidur, yang penting abah dapat detect aku tengah tidur. Yelah, suara pun lain. Dah abah suruh catit, aku pun catit la apa yang abah duk bagitahu. Tapi format surat rasmi yang abah suruh buat tu macam pelik je. "Anis, format surat rasmi tentera sama ea dengan awam?" Aku malas nk fikir dengan pertanyaan abah, aku jawab "yup. Sama." [hahaha]
"Okey en abah, format surat rasmi tentera dengan awam mana sama.'' Baru aku tahu, format surat rasmi dalam angkatan tentera lain. Otak abah masih dipengaruhi dengan kerjanya lagi rupanya :) Tentera, tentera lah abah, awam lain. Tak sama. Lepas ni abah kena belajar jadi orang awam ye. (^,-)


Tiga hari tiga malam buat minit mesyuarat milik en abah. Memenatkan. (O.o) Dua tiga kali jugak duk print sebab salah. Ada yang semua huruf besar, abah tak nak macam tu, so terpaksalah print dan betulkan balik. Semuanya untuk en abah. Biar abah puas hati, Lepas ni cik anak sulung en abah ni dah sambung belajar, en abah kena lah pulun buat surat sorang-sorang ye. [hehehe] Puan ibu pun mesti lagi penat sebab kena kemas rumah sorang-sorang. To cik Zulaikha, ringan-ringankanlah berat badan untuk menolong puan ibu dan en abah ye :p

Okeylah, kita berhenti di sini. Nanti kalau aku terlebih rajin lagi aku update la ye? [huhuhu] Sebenarnya, ada cerita yang boleh di update tapi sifat M dah menguasai segala-galanya. Nak buat macam mana kan? Jaga diri. Jaga akhlak. Jaga solat. Jaga hubungan with Allah. Jaga hubungan dengan ibubapa. Dan jaga hubungan dengan orang sekeliling. Jangan banyak sangat mengeluh Assalammualaikum (^.-)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)