Tuesday 13 November 2012

Dari utara ke selatan. Dari selatan ke utara.


Nama saya gemok :]
 Assalammualaikum kawan-kawan. Selamat petang semua. Alhamdulillah :)

Hari ini kerja aku adalah mencuci en abah punya kereta dan sesuka hati aku je bagi nama kat kereta tu. |hahaha| Okey aku ni bukan la rajin sangat pun. Dari bulan tujuh hingga bulan sebelas duduk rumah ni, dua kali je kot aku basuh kereta tu. Nampak tak kemalasan di situ? Penatla basuh kereta tu >.< lagipun time nak gosok bumbung kereta tu bukan aku sampai pun. Dah panjat kerusi dah tapi kerusi tu bergoyang-goyang. Kang tak pasal-pasal jadi nangka busuk plak :]


Gemok ni perlu dicuci bersih-bersih walaupun ia tak sekilat dicuci oleh en abah. Apa-apa pun aku dan Zulaikha dah buat yang sehabis baik. Basuh kereta tak macam mana pun, baju basah je yang lebih :p Okey gemok, lepas ni kau kena bawak aku dan family menjelajah Semenanjung Malaysia. Tak ada la semenanjung sangat. |hahaha| Dari utara ke selatan, lepas tu kau kena patah balik dari selatan ke utara pulak. Sebab tu la aku basuh kau. |hohoho| Enjin dan segalanya en abah dah servis. InsyaAllah tip top semuanya. Gembiranya. (^___^)


Tapi itulah, perjalanan aku hanya sampai di negeri Selangor je. |huhuhu| Family aku tetap meneruskan perjalanan mereka terus ke selatan tanah air. Kesian kat aku kan? :'(  Tak apalah, Allah dah rancang yang terbaik buat diriku :) Yang penting, Kluang . . Tunggu aku okey. Tak lama dah ^_^


24 november 2012 hingga 27 november 2012
Kedah ---> Perak (hantar aku di uitm) ---> Selangor (hantar aku di inspen) ---> Melaka ---> Johor dan patah balik
Johor ---> Melaka ---> Selangor (family hadiri konvo) ---> Perak (hantar aku balik ke uitm) ---> Kedah


Semoga perjalananku dan keluarga sentiasa dilindungi olehNya. InsyaAllah. Semoga Allah permudahkan urusanku dan urusan keluargaku. Amin. Sampai di sini sahaja coretan kali ini. Weee!! InsyaAllah. Kita akan bertemu lagi. Jaga diri. Jaga akhlak. Jaga solat. Asslammualaikum. (^.-)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)