Tuesday 20 November 2012

.darul aman.

Assalammualaikum semua (^.-)
Semoga kalian semua berada dalam rahmat Allah. InsyaAllah. Apa cerita? Okey? Harap okey-okey saja :)

Sekarang aku tengah menghitung hari untuk meninggalkan rumah. |hohoho| Alah, bukan nak tinggalkan rumah terus pun. Yang penting tempat yang aku nak pergi tu tak la jauh sangat pun. Langkah satu negeri pun tidak. Hee (^.^)

Persiapan untuk ke sana, insyaAllah dah selesai ehh hampir selesai la. Just barang-barang je tak excited nak berkemas. Yelah. Dekat je pun bukan nak pergi uws, sydney kan? |huhuhu| Apa-apa pun, alhamdulillah. Yang mana Allah dah tetapkan, itu adalah yang terbaik buat diriku (^___^)

Untuk persiapan konvo 27hb ni, alhamdulillah. Tak sabar menanti detik itu. Tadi Inspen dah call, dia tanya family datang tak? Aku jawab je la family datang (^.-) Tapi itula, surat konvo pun tak dapat lagi. Macam mana nak mintak pelepasan time orientasi nanti? Sejak pindah kedah ni, surat dari Inspen payah nak sampai. Ceruk sangat ke rumah aku ni? Aiiiyaaa. Okey, semoga berjalan dengan lancarla urusanku dan family nanti. Amin (0.-)

Tadi ikut pn ibu p rumah tok dan tokwan. Alah, biasala tu kan. Asyik nak ikut pn ibu je. Laika dan syauqi pun ikut sekali. So, tak ada kerja dan aku pun cari la kerja. Inila kerja aku. . .

okey. padi tak masak lagi.
depan tu ada orang tanam jangung.

:) alhamdulillah

CiptaanNya tiada tandingan.

bumi darul aman.

Just untuk ketenangan.

just smile and smile.

weee (^_____^)

pemandangan di atas sana. subhanallah.




Itula tak ada kerja jadi kerja pulak. Saja nak abadikan ciptaan Allah dalam blog ni :) Semoga kita semua tidak alpa untuk terus mensyukuri nikmatNya. Sesungguhnya bila kita mensyukuri nikmat Allah, Allah akan gandakan nikmatNya buat kita. Percayalah. Jangan banyak mengungkit dan mengeluh sangat. Jangan sedih. Kuatkan semangat.

Kepada bakal zauji, insyaAllah. Tahniah dapat temuduga spa lagi. Buat yang terbaik. Berdoa dan terus berdoa. Usaha kuat-kuat. |hehehe| Kalau gugup, minum air banyak-banyak (^.-) Kepada kawan-kawan Inspen yang dapat temuduga spa. Tahniah kawan-kawan. Buat yang terbaik. Jangan takut jangan gentar, encik dan puan penemuduga tak makan pun korang. Senyum jangan tinggal. InsyaAllah. (o.-)

Assalammualaikum. Jaga diri. Jaga solat. Jaga akhlak. Semoga anda semua berada dalam ketenangan. Senyum. Senyum. Senyum. Tabahkan hati. Kuatkan semangat (^_______^)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)