Tuesday 25 December 2012

Nukilan buatmu bangunan kelabu.



.Institut Penilaian Negara. Fullstop.
Apa yang aku pendam.
Apa yang aku simpan.
Aku nak lepaskan.
Aku amat merindui tempat itu.
Suasana itu. Keriuhan itu.
Kegamatan suara-suara penghuninya.
Gelak ketawa mereka.
Ya. Aku amat merindui mereka.

Apa yang tinggal kini.
Hanyalah secebis kenangan yang dilalui bersama.
Dengan kuantiti penghuni yang sedikit.
Membuatkan hubungan kami ibarat adik-beradik.
Susah payah. Susah senang dilalui bersama.
Ya Allah. Terima kasih di atas hubungan yang terjalin ini.

Syukurku hanya untukMu kerana telah menganugerahkan segalanya.
Kegembiraan bersama mereka.
Kedukaan bersama mereka.
Kawan-kawan sekalian,
Andai masa itu akan kembali menemui kita.
Aku berjanji tidak mempersiakan ini semua
Tapi.
Tapi.
Tapi.

Untuk kembali bersama seperti dahulu.
Amat. Amat. Amat tidak masuk akal.
Kita semakin jauh dan jauh.
Itu yang dapat aku rasakan ketika ini.
Keluhan semakin berat meniti di bibir.
Hati semakin sayu.
Sebak

Adat manusia. Sikap manusia.
Yang tidak pernah menghargainya.
Tak tipu. Tak bohong.
Sikap aku turut serupa itu.
"Alah, inspen tak ada itu."
"Alah, inspen tak ada ini."
"Inspen tak boleh buat itu."
"Inspen tak boleh buat ini."
"Tak best."
Rupanya, sesungguhnya
Tempat itu yang paling terbaik.
Aku sedar, aku yang tak pernah menghargainya.
Selama ini.

Inspen.
Semoga anda terus maju dan megah berdiri untuk membangunkan anak bangsa.
Dalam bidang hartanah yang semakin menjadi buah mulut orang.
Cekal. Tabah. Gigih buat tenaga pengajar yang tidak jemu mendidik.
Terima kasih kerana memperkenalkan bidang yang boleh menjadi kaya di dunia ini.

Group inspen di laman muka buku itu.
Pengubat rindu.
Laju tangan scroll ke bawah.
Semakin banyak kenangan dijumpai.
Hati kembali sebak.

Aku amat-amat bangga menjadi warga inspen.
Walaupun tak sampai dua tahun.
spht07100011.
aniskhalilahbtabdulrani.
institutpenilaiannegara.
Sekian.

2 comments:

  1. huhuhu... yup rindu sgt2 kn.... lumrah la..time ade n dpt... xnk hrgai... dh xde... mla trase khlngan n kptingannye... sme la kte semua kn... INSPEN the best!!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)