Monday, 30 January 2012

s.u.d.a.h.:')



Apapun yang terjadi
Ku kan selalu ada untukmu
Janganlah kau bersedih
Cause everythings gonna be ok

'awak tahu tak saya tak pernah faham apa yang ok nya?'

Saturday, 28 January 2012

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Bismillahirrahmanirahhim
Apa korang faham dengan ayat ni? =.=
Ape maksud dia?
-Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang-



Kat sini aku nak kongsi sikit la apa yang aku faham tentang Bismillahirrahmanirahhim
Tapi kalau salah tolong betulkan ye sebab kita kan sama-sama nak belajar. :-)
Bismillahirrahmanirahhim = Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang
Maha Pemurah adalah sifat Allah untuk hamba-hambaNya ketika di atas Dunia
dan
Maha Penyayang adalah sifat Allah untuk hamba-hambaNya Di Akhirat kelak. InsyaAllah :)
Kenapa aku cakap macam tue?
Sebab aku ada contoh :-| apa barang kalau cakap tak de bukti yang kukuh
Okey-okey
Di atas dunia dan Allah mewakili sifat Ar-Rahman (Maha Pemurah),jika diteliti Allah bagi je kan kemewahan harta, pertanian, kedudukan, kekayaan kat semua orang
Tak kira orang tue islam ke, kafir ke, nama je islam ke dan sebagainya
So,nampak di situ Ar-Rahman?
Tetapi
Bagi sifat Ar-Rahim (Maha Penyayang) dan ini adalah sifat Allah di Akhirat. Allah akan bagi segala-galanya hanya kepada ORANG YANG BERIMAN SAHAJA. Time ni la Allah jadi kedekut sikit. Jadi pilih kasih sikit. Dia just bagi kat orang yang Dia sayang Sahaja
Barang siapa yang tidak ikut perintahNya ketika di atas Dunia dulu, Di Akhirat kirim salam la Allah nak jadikan mereka-meraka orang yang terpilih. :)
Oleh itu, mula la dari sekarang agar kita-kita semua ini menjadi orang terpilih di sana kelak.
InsyaAllah.
.selamatmalamkawankawan. :)

Thursday, 26 January 2012

redhakan kami :)

:)    :) alhamdulillah dapat lagi aku menyibukkan diri dekat blog ni.. |haha| duduk-duduk. Baring-baring. Terkenang kisah dulu. Ini la dinamakan sebuah kehidupan. Kehidupan amat manis jika kita bijak melayari sebuah kehidupan. Bukan la maksud aku bahagia sentiasa. Sebenarnya bila kita menderita. Tak hepi. Mungkin itu akan mengajar kita untuk lebih matang. Macam jugak aku, kehidupan kini lebih bahagia dari enam tahun lepas. Allah amat mengasihi hambaNya. Allah tak kan uji hambaNya lebih dari kemampuan hambaNya itu. Setuju? heee.. -Tetibe-

Ya,syukur dengan pengenalan aku dengan khairil Azmi ni. Bersyukur sangat. Sebab pengenalan aku dan dia tak diduga langsung. Aku tak pernah merancang, bermimpi untuk hidup dalam diri dia. Seriously. Tapi dah tertulis di Luh Mahfuzku yang aku akan bertemu dengan dirinya. Syukur sekali lagi padaMu ya Allah. :)
So, apa yang aku harap kali ini biarkan terus menjadi miliknya yang sah. Yelah. Kiri kanan depan belakang tengah sedap je Panglima Syaiton dok busy menghasut. Nikah je la menghalalkan segalanya. -.-

Family aku dah kenal dah encik Khairil ni. 1st time abah ibu tengok dia time aku dan dia nak balik Bangi. Time tue aku balik dengan dia naik bas. Memandangkan cuti mid sem dah nak habis so dalam keterpaksaan kena la balik jugak Bangi.=,= abah ibu ok bila tengok si dia disisi..hoho. Tapi time ni kami just kawan je. Khairil pun ok..| Hormat orang tua | yang ni aku suka :P

Bila cuti sem makin rajin dia ke rumah aku. Birthday party adik aku la.. So, family aku makin kenal dia. Alhamdulillah. Dia ada ajak aku jugak ke rumah dia. Jumpa ayah ibu katanya :) aku? aku tersenyum je. Huiii.. anak dara nak pergi rumah anak teruna? Malu aku. Pijaknya tapak kaki aku ke rumahnya apabila kami dah diikat dengan tali pertunangan. InsyaAllah. Tue pun sekali dua kali je aku pergi.. Yelahkan,bukan aku nak tunjuk baik tapi tak manis la untuk anak dara. :-| insyaAllah. insyaAllah.

Aku dengan family dia? Alhamdulillah ok. ayah ibu dan adik-adik dia kenal aku. Aku pernah cakap ngan ayah dia tapi sepatah | pakcik,jemput makan kat dalam rumah| cuak giler. hehe time tue,ayah dia tengah berborak dengan abah aku. Rancaknya! Pastu sesi berbalas kunjung mengunjung pulak. Family aku pergi rumah dia tapi time tue aku tak ikut pun family sebab aku dah berkampung dah kat Kedah. Tak pelah. Tak kesah pun. Biarla. urusan family (: semoga ayah ibu. ibu abah merestui hubungan kami. Ibu Khairil rajin jugak mesej aku. Wish birthday aku hari tue. Pesan suruh jaga diri. Luahkan apa yang anak teruna dia rasa time aku tinggalkan bumi Johor. Aku bersyukur kerana dapat mengenali ayah ibu dan adik beradiknya yang comel itu :p

Wednesday, 25 January 2012

.syukurla.

Assalammualaikum kamu-kamu =.=

Dua hari cuti raya cina ni 1 pagi 2 pagi baru aku tidur. Banyak aku fikir sejak kebelakangan ni. Apa tah yang penting sangat tah. Hehe :p macam perdana menteri banyak sangat berfikir. Mungkin aku banyak berfikir tentang kehidupan aku bersama si dia. Mungkin -.- Banyak kot yang perlu difikirkan memandangkan kami tak dekat macam dulu lagi. Teringat time belajar dulu,dia senior aku... aku junior dia :p Malam je jumpa tapi bukan tiap-tiap malam just seminggu dalam 3 kali jumpa. Macam malam cuti,boleh la lepak lama-lama memandangkan esok cuti,xde kelas...So boleh la enjoy seketika ya dak? Selalunya tengok movie. Lantak la movie ape-ape pun janji best ^^ Tapi itu kenangan dulu la kamu-kamu. Sekarang xde dah. aku dah xde dah backup kat Inspen tue. Heee It's ok la... Walau jauh di mata tapi dekat di hati kn? Hoho >.<

Dalam memikirkan kehidupan yang semakin mencabar ni, terdetik jugak hati aku...'kenapalah dengan dia ni? Mood susah nak diduga sejak-sejak ni.' Tapi yang penting aku terasa macam diasingkan. Hati sentiasa memujuk 'xpelah maybe dia nak bersendirian.' orang lelaki kan mungkin dia nak privacy dia sendiri. So,aku biarkan la dia. Mesej pun lebih kurang je. Dia tanya, aku jawab. aku tanya dia jawab. Tiga hari berturut-turut dia berperangai sedemikian. Sumpah aku rindu dia yang dulu. Aku buntu. Pada Allah la aku mengadu. Semoga Allah mengembalikan KA yang dulu. Harap. Harap sangat-sangat (",)

Malam tadi,,akhirnya dia mengaku yang dia ada benda yang dia tak puas hati dengan aku. See,,aku dah agak dah ^^ dia memang macam tue. Alhamdulillah aku semakin memahami dia.Aku call dia, 1st dia tak nak luah. Dia cakap dia tak kuat untuk luahkan segalanya. Aku terdiam.=,= Macam mana la aku nak pujuk lagi nih :) Ok-ok try lagi... Dia dah mula bukak cerita tapi tak sanggup nak teruskan. Fine :-| Suara aku semakin bergetar. Termalu sendiri. :p 'macam mana nak cover?' Aku dengar suara dia slow. Terharu aku. Pujuk kot ;-|

Akhirnya dia luah melalui mesej. Aku jawab sampai dia betul-betul puas. Sampai betul-betul dia tenang. |syukur| finally semuanya terjawab. Aku pun puas. Tiada lagi rahsia diantara kami. .fullstop.Yang dia selalu fikir-fikir. Yang selalu dia pendam-pendam. Yang selalu buat dia memberontak sendiri. ): apa-apa pun sejujurnya dia masih tak boleh terima yang aku dah jauh dari pandangan matanya. Biarla takdir dah menentukan segalanya. Pasti ada hikmahnya. Kita sabar. Kita tawakal. Kita berserah :) Semoga hubungan kita diredhaiNya. Amin. -Khazmin Hanasea-
                                               |
                                               |
                                               |
                                               |
                                               |
                                               |
                                               |
                                              V
                   Credit to Fieyqa | sedap sangat nama tue |



Sunday, 22 January 2012

=Today is Today=

Tenang setenangnya apabila melihat ciptaan Allah
SubhanaAllah :)
Pagi tadi laju sahaja kakiku melangkah ke Wisma Ria a.k.a tempat aku praktikal
Peliknya malam tadi malas gler aku nak pergi praktikal tapi bila dah pagi
Mood malas malam tadi hilang serta merta
Mungkin baru dapat mesej dari cik abg,,
Padahal mesej dia just say 'yunk' -jakun- =,=
Time otw ke tempat praktikal jalan lengang kot
Mybe orang dah cuti nak sambut tahun baru cina tapi kerajaaan still kerja
Macam aku laa... ari ni ahad kerja then esok dan selasa cuti
nasib la aku ada gosok baju kurung lebih
So, tak de la aku kelam kabut nak gosok baju lagi semalam
Penat kot perjalanan dari Gurun ke Sungai Petani
Guna Highway plak tue..Melayang-layang aku kalau lori potong
Pengalaman :)
Sesampai di Wisma Ria,,Uhmmmm memang satu manusia pun susah aku nak jumpa
Dalam pejabat pun staff boleh dikira
Ramai ambil cuti,,so kerja aku hari ni sikit la :)
Harap,,, :p

-Tentang perasaan aku hari ni -
Tak tahu nak cerita dan terangkan macam mana
Tapi dah ok dari semalam kot :)
Alhamdulillah,,,
Tapi cam ada benda yang tak lepas je,,
"aku selalu suke buat org marah ea?" jujur laa,,jujur -,-
Sebabkan aku kan.............................. :')
Tak pelah lah,,janji aku dah buat yang terbaik untuk orang-orang sekelilingku
Orang yang aku sayang
Ok dear....saya akan berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk awak =,=
OUT!!! :)







Saturday, 21 January 2012

Biarkan aku bernafas

Salam kawan-kawan :')
Mungkin penulisan kali ini lebih panjang dari biasa
Mungkin laa..:)
Mungkin kali ini masa yang terbaik untuk aku lepaskan segalanya
Yup, segalanya
Terima kasih encik belog :)
Apa pendapat korang dengan cinta jarak jauh ni?
Apa perasaan korang?heee
Malam ni family balik kampong,
Dan aku  buat keputusan untuk tinggal di rumah saja
Not in mood
Seriously,semenjak dua menjak ni mood aku asyik tak betul je
Aku diganggu 'dia' lagi? uhmmm mungkin
Ntah?
Berbalik pada cinta jarak jauh tadi,,
Sekarang aku mengalaminya sekali lagi
Ye,,sekali lagi
Tetapi dengan dua insan yang berbeza... 
Dengan perangai dan sikap yang berbeza
Ofcourse la wajah yang berbeza kan :)
Buah hati jauh di selatan dan aku jauh di utara semenanjung =,=
Macam mane tue?
Hanya kekuatan sebuah semangat yang betul-betul dituntut kali ini.
'Antara Aku Dan Kau'
Banyak maksud disebalik ini semua,,
Ya Allah,,memang aku rindukan dia saat-saat ini tapi
Sedarlah wahai hati bahawa aku tak layak untuk merinduinya lebih dari aku merindui Kau :')
Sungguh,aku tak layak
Tapi kerinduan yag Kau telah anugerahkan ini, aku bersyukur sangat-sangat
Saat ini satu demi satu kenangan kita melayang diruang ditubir mata saya
Buat insan itu,Khairil Azmi Bin Hussin terima kasih atas segalanya
"Semoga Allah mempercepatkan jodoh kita" salah satu ucapan awak time besday saya ini akan saya ingat buat selama-selamanya. Semoga Allah memakbulkannya. Amin.
Terima kasih kerana banyak bagi semangat ketika hampir-hampir saya tersungkur dulu
Ya,,memang ketika itu kita masih berkawan tapi dalam masa yang sama awak dah ada hati kat saya
Terima kasih sebab buat saya terlupa sebentar kat Mohamad Hisyam Bin Md Zamani
Dengan usaha awak, doa awak, doa kita serta kekuatan dari kawan-kawan
sedikit demi sedikit saya dapat lupakan dia bukan hanya sebentar tapi untuk selamanya


Mesej dari dia tempoh hari betul-betul mengganggu fikiranku kini
"hepi belated bsday. Sori lmbt wish sbb exam" Nyah kau dari kotak pemikiranku!!!
Dengan satu mesej ni,,dengan luahan hatinya nampak sangat dia masih berdendam dengan aku
Padahal siapa yang salah dulu?
Siapa yang pinta perpisahan dulu? Nampak sangat menyesal
Aku? tak kan nak berpatah balik.
Khairil dah depan mata aku,,anugerah dari Pencipta..
Tak kan mudah saja aku nak sia-siakan? :)
Aku akan ingat betapa sakitnya hati aku
Betapa pedihnya hati aku
Enam tahun.Bukan sekejap aku berada dalam hidup kau,,Hisyam
Lamanya sesuatu hubungan tue tak menjamin langsung sebuah pernikahan
Tapi kau sia-siakan macam tue saja. Terima Kasih banyak-banyak
Tapi aku tak pernah nak berdendam dengan kau sebab kita pernah berkongsi kebahagiaan dan kedukaan bersama-sama,,
::Hisyam itu adalah sejarah bagi aku dan Khairil ini adalah permulaan cerita dalam kehidupanku kini::
Senyum la Anis...:)
 Kenangan macam tue buat apalah nak ingat lagi? -,-
Out!!







Friday, 20 January 2012

Mukim : Bandar Gurun

 
Cer teropong peta tersebut dan cari di manakah Mukim/Bandar Gurun.
Cer Cari. Cer Cari =,=
Ni nak cerita sikit,,cuti dua hari ni aku berjalan-jalan ke Gurun a.k.a rumah kawan aku
Kawan seLatihan Industri.. huhu. Cam pelik je ayat tuh.. haha. Forget about it. Tak penting pun.Bukan tue yang aku nak cerita. :p
Walaupun aku ni 'Johor mari' aku tahu tau tentang jalan nak pergi Gurun ni.. Tahu pun sebab selalu pergi inspection kat sana..ha3
Setelah searching-searching kt kawasan ni,,yup ia adalah kawasan yang boleh buat seseorang tue tenang
Almaklumla kawasan kampong kn,,ade ape?
Tengok kiri bukit tengok kanan pokok tengok atas pokok-pokok getah tengok bawah pokok-pokok kepala sawit.
- hijau kot-
1st aku menunggang motor ke destinasi cinta ini..hee,,
Uiiii,,kemain jauh kot..huhu tapi itu la pengalaman
Dapat jugak bawak motor jalan jauh-jauh
-Seronok- (",)
Ibu abah ok je bila aku cakap nak ikut intan balik rumah
Tapi,,T.T
Cik abg,,=,=
Faham-faham la dia tue...
Dia cakap jauh macam dari Kluang ke Batu Pahat atas sikit Batu Pahat,Muar
Haiyaa...Yang penting aku dah sampai Gurun dah :p
Terima Kasih ye Encik KA kerana risaukan keselamatan saya ni =,=
Pandai la saya jaga diri saya ni,,kan saya dah 20 tahun hoho..dah besar pun.
Best jugakk Gurun ni,,dapat jugak aku buat inspection kat kandang lembu tue
Comel you lembu-lembu tue..hahahah

So bagi mereka-mereka yang inginkan ketenangan atau ingin mencari ketenangan Gurun ni pun sesuai jugak
Jauh dari hiruk pikuk bandaraya tue. Sepanjang aku kat sini
aku tak dengar langsung bunyi kereta motor lori bas
kalau dengar pun bunyi motor kereta abah intan..hehe
Sekian
Kita bertemu lagi di lembaran akan datang -,-



Wednesday, 18 January 2012

.ungkit balik.ungkit balik. :p

salam semua!!=,=
Anyway,,thanks kepada mereka2 yang wish besday aku dua hari lepas
Terima kasih kepada family,awak,family awak dan kawan2,,terharu you baca ucapan awak :p
Sekali lagi terima kasih
Setiap tahun, bukan aku tunggu sangat kejutan besday ni tapi aku tunggu sangat ucapan mereka2
Tak perlu hadiah mahal2,tak perlu majlis gler2
Just
UCAPAN...-,-
Terima kasih ya kawan2..
Nanti time besday korang,aku wish plak :p hahaha
Wish je,,hadiah xpayah!!
Alhamdulillah mereka2 xpernah lupa tarikh keramat tue,,
.16 Januari 1992.
Tahun lepas,,mungkin salah satu tahun yang mungkin susah aku lupakan,,
Konon2 nak buat kejutan besday aku tapi sent mesej kejutan tue kat aku..
"Ainis dan Anis" kan jauh beza tue?
hahahaha...Tersenyum sendiri bila ingat balik >,<
"dah pkul 12,,cpt la bwk kek 2"
hahaha sent to Anis
Cantik sgt,,,tergelak2 bila aku baca mesej tue,,
ingat ada orang nak wish.. orang pertama kot 12.00am
Tapi..
:p hampehhh,,salah terima mesej
Si Intan dah terguling2 -tipu jek-
well,mereka2 la kawan terbaik.
-sori kawan2,,ainis,,intan dan eha.. aku puji ikhlas bukan nak hadiah (",)-

out ya!!-,-

Sunday, 8 January 2012

why TUDM??

.assalammualaikum awak-awak.
Tentera Darat Diraja Malaysia
Tentera laut Diraja Malaysia
Tentera Udara Diraja Malaysia
dan aku memilih,,,
TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA,,
Kenape??
Sebab aku teringin sangat nak bawak yang kat atas 2..hehe
Tapi ibu aku cakap *xpayah*
Yelah,,time tue 'bende alah' ni asyik terhempas je...so, ibu aku pun naik takut la..
Xpelah ibu.. *Anis redha*
Oleh itu,aku cuba menyintai bidang hartanah,,
Alhamdullilah..
Aku dah jatuh cinta sama itu bidang,,
*Xkenal maka xcinta*hehe
Kenape TUDM?
Sebab aku nak try berlegar-legar di udara
Sebab aku nak try ape yang dieorang buat.
time LIMA kat Langkawi ari 2..
unik,cantik persembahan dieorang buat kat udara
Kenape TUDM?
Mungkin juga darah pahlawan yang mengalir didalam tubuh abahku turut mengalir didalam nadiku.
Abahku juga merupakan seorang tentera tapi BUKAN TUDM..
Beliau merupakan Tentera Darat yang sentiasa berkhidmat 24 tahun yang dulu.

sekarang,,NOKTAH

.sumpah aku nervous gler.

Salam genggg!!!
Tidak tergambar perasaan aku ketika ini.. Gelisah je kot.
Esok,,Tnggal 9 Januari 2012 bermula la segalanya.. Apa yang aku belajar kat tempat praktikal ku,,
akan aku persembahkan kepada dia,, lecturer ku. Nervous tahap gaban dah ni..
Ya, ya dan ya lecturer ku yang bakal uji aku ni memang, memang dan memang sporting, cool n kadang boleh masuk kepala  tapi...
Mesti ada tapi... tiba-tiba dia buat-buat serius macam mana? Seriau aku Oiii.. Tak tergambar..
Seriously,, aku pernah tengok dia marah..
Aku pun pernah kena marah..Hahaha.. *Masuk kelas lewat..*
Time tue subjek LAW,,, Tapi xla aku sorang... Still ramai lagi lewat. hehe
Kalau aku nak jadi pelajar contoh... xla akan,, ramai lagi manusia-manusia yang berkelayakkan.
ape pun,,doakan aku k... Dapat buat yang terbaik esok,,
Jauhkan sikap gabra ni... dah la aku ni jenis xsuke bila aku buat kerja, orang duk perhati aku..
*menyampah*
Terus aku terkaku,,terbisu di situ...hohoho
now..FULLstop.

Ia merupakan sebahgian dari hidupku kini
                        *Building Plan*

Wednesday, 4 January 2012

wow,she look so beautiful,,

Salam kawan-kawan,,
Huhhh...Sebenarnya,,tajuk tue xde kaitan ape2 pun dengan ape yang aku nak cerita ni..So, xpayah la nak gatal-gatal baca ni..Kalau korang degil,,up to you la dear,,,>,<
Sebenarnya kan... Sebenarnya kan.. ishhhhh malu la nak cakap..
hahahaha... aku xde idea nak tulis,,maap tapi...
ahhhhh lupakan saja ya...

Buat pengetahuan semua, jambatan ni la yang aku selalu duk ulang alik dari rumah ke tempat kerja opsss,,bukan tempat kerja tapi tempat aku berlatihan industri (praktikal). Tetibe jehh aku nih..haha.Pagi-pagi lalu,,woww.. bau asin air laut menyelinap masuk ke dalam rongga hidung... nape? rase2 bau ape? ikan masin? Ikan kering? semua salah.. aku pun xtahu bau ape...
uiii... kalau time bawak moto dalam kelajuan 100 km/h, melayang kot kat atas tue... jangan risau!!
Sehari demi sehari,,aku semakin biasa dengan keadaan tue..
"Anis dok diam2 oiiii...kang termasuk dalam laut!!!" bebel adikku... Time tue, dia bawak moto,,memang seronok laa aku jadi pembonceng.. Alah,,xkan la boleh masuk dalam laut tue lain la kalu memang nak tempah maut untuk masuk dalam tue...
Terlupa plak,,,gambar ni diambil daripada jeti... Kat tepi tue jehhh!!!
Jeti ini adalah untuk ke Pulau Langkawi... Sape2 nak ke Pulau Langkawi..Sila2,,,Boleh jekk naik kat sini,,, tapi kebiasaannya mereka2 naik kat 'Jeti Kuala Perlis' kan?
Dok membebel je.. Korang tahu ke nama jambatan ni? Just call it 'Titi Semeling'
Tak famous mana pun tapi bagi aku,, menarik la jugak... dapat tengok laut.. kadang tue bila tengok ke bawah nampak la sang nelayan tua sedang memaksa kudratnya  mendayung sampan bagi mencari sebutir beras.Tapi aku xtahu laa kalau orang tua tue saje2 je pergi laut then tangkap ikan... mana tahu tue hobi dia ke... padahal rumah kaya raya.

see,,saw
tue la jeti dia.. cantik,,,xtipu...kalau tipu.. ape yang korang akan buat kalau aku tipu?hahaha
so,, last but not least..jom...
Mai la negeri kedah ni...-.-
wassalam,,,

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)
 
 photo an15_zps6q1sivad.png