Wednesday, 29 February 2012

keunikkan seorang wanita :')


Ciptaan ALLAH yang bernama.. WANITA..!!
Malaikat menghadap Allah dan bertanya : "Ya Allah, mengapa memerlukan waktu untuk menciptakan wanita ini..?"

Allah menjawab :
...
"Apakah kamu memperhatikan seluruh keistimewaan dan seluruh sifat yang ada pada ciptaan-Ku ini? Ciptaan ini harus memiliki lebih dari 200 organ yang selalu bergerak agar bisa menjalankan semua tugasnya. Ciptaan ini kelak harus mampu melayani suaminya, menjaga harta keluarga dan menjadi ratu di rumah tinggalnya. Ciptaan ini kelak harus mampu membuat enak segala macam makanan yang dihidangkan. Dia harus kuat mengandung anak dan sanggup melahirkan berkali-kali. Dia harus memberikan cinta yang bisa menyembuhkan rasa sakit. Dia harus bisa melakukan segala sesuatu hanya dengan 2 tangannya."

Malaikat terkejut dan berkata : "Hanya dengan 2 tangan… 2 tangan! ini adalah hal yang mustahil..."

Allah terus melanjutkan ciptaan-Nya. lalu kepada malaikat, Allah berfirman :

"Tunggulah sampai besok aku akan menyelesaikan semuanya. tunggulah sebentar! Ciptaan ini akan segera selesai. Dia ini akan selalu dekat dengan Aku. Dia bisa menyembuhkan dirinya saat jatuh sakit. Dia bisa bekerja sepanjang hari dan malam.."

Malaikat mendekati wanita yang sudah tercipta dan memegangnya, lalu bertanya kepada Allah : "Ya Allah, Engkau jadikan wanita ini sangat lembut!"

Allah menjawab :

"Ya, sesungguhnya dia sangat lembut, tetapi Aku jadikan dia sangat kuat. Kamu tidak bisa menggambarkan sampai dimana kekuatannya, dia mampu menanggung beban dan menahan diri untuk bersabar."

Malaikat bertanya: "Apakah dia bisa berpikir?"

Allah menjawab :

"Tidak hanya berpikir, dia pandai mengambil hati dan pandai berbicara, dia bisa berdialog dan juga bisa berdebat."

Malaikat memegang pipi wanita itu dan merasa asing, kemudian bertanya kepada Allah :"Ya Allah mengapa pipinya ranum dan berkilau..?"

Allah menjawab :

"Pipi itu bukan semata ranum dan berkilau. Di situ tersimpan air mata dan di situ terletak banyak beban berat."

Malaikat bertanya : "Kenapa mengalirkan air mata?

Allah menjawab :

"Air mata adalah satu-satunya cara melepaskan beban. Mengalirnya air mata adalah cara untuk mengungkapkan kesedihan, ketidaksenangan, pengaduan, kekecewaan, cinta, kebencian, kerinduan, kesendirian, kebahagian dan segala macam rasa yang ada dalam dirinya..

Subhanallah. Indahnya ciptaanNYA :')
|Terharu|
Bersyukurla kerana dilahirkan sebagai seorang wanita. Terima kasih ibu kerana ibu merupakan seorang wanita yang kuat, cekal dan tabah. Saya pun nak jadi sekuat ibu :)
 

p/s : copy paste from facebook.
Sekian :)

Tuesday, 28 February 2012

B.E.R.U.B.A.H


Simple sahaja entry kali ni. Just saya nak cakap awak dah banyak berubah. Hati saya yang cakap. |hehe| Bukan saya yang cakap. Tak pe kita tengok langkah seterusnya. Berjaya saya mencari awak yang dulu? Berjaya kah? Saya rasa peluang saya itu sangat-sangat nipis dan tipis. Right? Berdoa dan bertawakal sahaja kerana itu sahaja yang kita mampu. |sabar|

Assalammualaikum peminat setia yang comel itu. Thank you very much ya di atas kasih yang diberi. Semoga anda sihat-sihat saja. Smile always.

Friday, 24 February 2012

:mari berjimba-jimba:



Assalammualaikum kawan-kawan :) Hari ini aku cuti. Yeay! Sesedap rase aku je kan tulis title kat atas tue? |haha| bila mase pulak aku pergi berseronok-seronok? kak yanie bertungkus-lumus buat research, aku boleh berseronok-seronok |maaf kak yanie| tak pe biar kak yanie pening sorang-sorang |haha| |jahat betul aku ni| Yelah, kerja aku just amik gambar je. Memang la aku pergi penang tue just nak berseronok-seronok. Kak yanie sampai pecah-pecah peluh buat research. Yelah untuk thesis master dia. Fuyyo master. Mesti la kajian dia kena yang gempak-gempak kan. All's the best la kak yanie :)


Kat atas tue 1st bangunan yang kami masuk. Banyak maklumat yang kak yanie dapat kat situ. Bangunan tue pun kak yanie nak buat sebagai bahan kajian dia. Hurmmm building defect? aku dah pernah belajar time semester dua. So tak la aku |jakun| sangat bila tengok contoh report kak yanie dan tak la aku pelik atau tertanya-tanya bila kak yanie amik gambar bahagian kerosakkan bangunan tersebut. Oleh itu, terima kasih Inspen sebab buat saya tak jakun. |hoho| Kami berempat pergi penang ni, sorang Jessen gerangan namanya. 1st batch Inspen. Bangga tak? Bangga tak? |jakun| bangga la jugak kan dapat jumpa senior. Sekarang dia dah bekerja kat JPPH Seberang Perai. Pastu aku, then Intan dan last sekali mestilah tuan punya thesis. Ape la korang ni tanya-tanya pulak. :) cukup kan empat?




Bangunan kat atas ni pun bangunan yang bakal dikaji oleh kak yanie and the geng. |haha| tapi bangunan ni masih dalam perancangan nak buat kajian atau tidak,,mesti la kena tanya tuan yang mengajar dulu. Boleh or tak guna bangunan ni.. Korang reti bace tak? Apa nama bangunan kat atas tue? |hehe| memang. Memang buruk bangunan kat atas tue, nama pun muzium kan. Nampak la keburukkan bangunan tue. Tapi ia banyak tersimpannya sebuah sejarah. Kan3? >.< Last pic, jom kite tengok....




 Der, mesti korang tengah dok perhatikan kereta putih tue kan? |stop| aku bukan nak suruh korang tengok kereta putih tue just aku nak bagitahu yang kak yanie amik jugak dua buah kedai tue sebagai bahan kajian dia. Nampak tak? kalau nampak sila angkat kaki. |haha| tapikan, cantik jugak kereta putih tue kan? tokeh kedai punya kereta laa...(: Ape-ape pun dah settle sebuah rumah kedai dari enam buah rumah kedai. |tahniah la kepada kami-kami| |haha| perasan je lebih. Bukan buat research teruk-teruk pun macam kak yanie and Jessen. Jumpa tuan punya kedai semua untuk mintak kebenaran nak buat kajian ke atas rumah kedai mereka. Aku just makan je lebih :P |terima kasih kepada apek-apek yang bekerjasama dengan kak yanie, Jasa-jasa kalian akan terus dikenang| Cehwah.


Okey la, assalammualaikum peminat setia yang suka curi-curi masuk. |hehe| Semoga anda sihat-sihat sahaja. Dipayungi dengan Rahmat Allah. 1st sabar dengan dugaan yang diberikanNya. Dia saja nak try test. |haha| Terima kasih di atas perkataan 'berjimba-jimba' :) seronok guna. Take care ya!!

Thursday, 23 February 2012

~ istikharah cinta ~



Sebut nama mu terukir merdu tertulis dalam sajadah cinta tetapkan pilihan sebagai teman kekal abadi hingga akhir zaman. Istikharah cinta memanggilku memohon petunjukMu. Satu nama teman setia naluriku berkata dipenantian luahan rasa. Teguh satu pilihan pemenuh separuh nafasku dalam mahabbah rindu.
 <3 <3 <3

Assalammualaikum peminat setia yang suke curi-curi masuk blog saye, semoga awak sentiasa diredhai Allah. Take care.. =.= 

Monday, 20 February 2012

he is you :')

Assalammualaikum. Selamat malam semua ('',)

Tak ada apa yang perlu dikatakan atau diceritakan just aku semakin hari semakin busy. Hee :) busy pun busy la janji dapat pengalaman dan dapat result bagus semester ni. |AMIN| Aku tahu makin larut malam ni mesti makin ramai yang dah tidur kan. Kebetulan malam ni di negeri jelapang padi hujan selebat-lebatnya. Syukur. Rezeki tue. Syok je tidur kan. Haha.



Bila aku tengok gambar ni gerenti aku tergelak sorang-sorang. Korang nak tahu pasaipa? Tue ha, tisu dekat  tangan tak pernah lepas kot. 'Bak sini aku nak buang tisu tue? Tak habis-habis dengan tisu dia' satu lagi dialog yang membawa impak besar dalam hidup aku. Sesedap rasa je kan nak buang tisu aku' :p Lawak kot bila ingat balik. Apa la KA ni orang pegang tisu pun nak jeles. Haha. Kan kalau berpeluh senang nak lap. Kalau makan comot ke. Banyak kot kegunaan tisu ni. So, gambar ini untuk tatapan peminat setia itu. Yang selalu curi-curi masuk tengok blog ni.. :) Kite tahu, awak rindu kite kan? hahaha. Ayat tak boleh blah.=.=


Okey la peminat setia yang selalu curi-curi masuk blog kite,,masa untuk tidur. Esok takut tak terbangun pulak nak pergi Wisma Ria. Hoho. Jaga diri elok-elok dan sentiasa ceria setiap saat okeyyy. Jangan marah-marah. Kite tahu sekarang awak tengah darah muda tapi marah-marah tue akan sikap syaiton. So,buang tabiat buruk itu. Lastly, semoga awak sentiasa di bawah lindungan Rahmat Allah. |ILoveYou laaahh|


Friday, 17 February 2012

***Alangkah Manisnya Ia***

Assalammualaikum kawan-kawan ^.^
Mood = Tengah busy buat assignment ni. Sempat lagi buat entry baru. |haha| :) Nak bagitahu ni, praktikal aku tinggal lagi seminggu je sama dengan lima hari.. Tak sabar rasanya..Heee Aku nak post something ni,maybe ia baik untuk aku dan korang. InsyaAllah sama-sama la kita kongsi ye  =.=


………(¯`v´¯)
………..`•.¸.•´ ~ TIPS MENCARI JODOH TANPA ”COUPLE” ~
………(●̮̮̃•̃)..(●̮̮̃•̃)
……… /█\ ♥/█\
…❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*° •✫❤
(`’•.¸ “Habis nnt macam mana nak cari isteri?”
bab nak mencari bakal isteri ni apa susah~
berserah sahaja kepada Allah~
bila MASA sudah sampai~ dapatlah~
...
(`’•.¸ “Bukan kita kena USAHA ke?”
memanglah kena usaha
tak akan saya nak duduk rumah tunggu orang msk meminang pulak kan?
tapi COUPLE is WRONG
baik kumpul duit~ persiapkan diri dgn tanggungjawab~
pergilah meminang seseorang yang berkenan di HATI

(`’•.¸ “Nanti kena REJECT macam mana?”
dah nak REJECT..nak buat apa?
fikir positif lah~ maybe ada yg lebih baik buat kita
Allah kan tahu apa yg terBAIK buat hambaNYA
kita kenalah REDHA dengan ketentuanNYA

(`’•.¸ “Kalau dah berkenan dkt hati macam mana?”
lagi senang kalau mcm tu~ dah cukup duit & persiapan~
teruslah masuk meminang @ lagi best kahwin terus~
tak payah nak berCOUPLE bagai~ buat maksiat sahaje apa guna~
korang nak masuk SYURGA ke NERAKA r?
kalau belum cukup lagi tu~
simpan lah dalam hati~ cuba test berpa lama korang leh suka kat bdk tu?
maybe perasaan korang tu just CRUSH only~

(`’•.¸ “Eleh~ budget ko baik sangat r? Ramai jer yang couple. Boleh jer aku tgk.”
Ye~ Saya tak kata saya baik. Korang yang menilai diri saya ini.
Macam mana korang NILAI or pandang..itu terpulang~
yang penting PANDANGAN Allah terhadap saya nanti bagaimana?
sbb nanti akhirat saya yang kena soal~
kenapa saya tak sedarkan kamu semua?
kenapa saya tak halang or nasihat rakan-rakan saya?
sekarang~ I have DONE my job~
nnt itu antara kamu dan Allah ek~

(`’•.¸ “Mak & ayah restu lah.”
Memanglah mak & ayah restu~
tapi Allah restu ke tak ea?
korang FIKIRlah sendiri~
semua diberi AKAL untuk berfikir
saya yakin korang pandai menilai apa yang baik & buruk
ingat lah~ niat tidak memBENARkan cara~

(`’•.¸ perkahwinan tu satu benda yang SUCI
tapi manusia yang mengotori ikatan ini
oleh sebab terlalu mengukut budaya barat
semua benda yang HARAM pun boleh jd HALAL

(`’•.¸ fikirlah wahai RAKAN
kita ni umat akhir zaman
kiamat tu PASTI
kenapa korang tak SEDAR lagi
or korang tahu just buat2 tak tahu saje?
fikir-fikirkan lah~

✿♫•*¨*•.¸¸❤ ✿♫•*¨*•.¸¸❤❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*° •✫❤

Credit kepada yang mengarangya. Memang aku sokong 100%. Ini semua aku amik daripada laman muka buka. |haha| Harap korang boleh fikir apa yang baik dan apa yang tidak baik. Sama-sama la kita ingat-mengingati. Tak salah kan? -.- Sekarang dah akhir zaman, macam-macam perkara dah berlaku. Dan berlakunya benda-benda ini la buat kita semua lebih matang. :) Aku pun couple,,just aku akan jaga batasan aku dengan KA. Dia tidak halal bagi aku lagi. So, maruah aku dan dia perlu dijaga. Saham dosa semakin meningkat ketika bercouple ni tau.. AWAS!!
Jika pandai menjaga batasannya sebelum menjadi yang sah, InsyaAllah. Semuanya akan manis apabila menjadi miliknya yang sah kelak dan insyaAllah juga akan diredhai dan dirahmatiNya. Percayala :)
sekian.. :)


Thursday, 9 February 2012

thank you very much


Please! Please! and please! Tolong jaga dia macam mana aku jaga dia dulu
Tolong sayangkan dia macam mana aku sayangkan dia dulu
Tolong jangan persiakan dia walaupun dia pernah menyakiti hati kau (Mungkin tak pernah)
Tolong jangan abaikan dia macam mana aku tak abaikan dia dulu
Jangan biarkan dia kesunyian
Aku di sini akan sentiasa doakan kebahagiaan korang
Aku akan pergi bersama si dia dan sentiasa disampingnya InsyaAllah.
Tak kan sesekali berpaling lagi
Selamat Tinggal
22 Julai 2006 -----> 11 Mei 2011

Wednesday, 8 February 2012

stop and stay :)

.Assalammualaikum kawan-kawan.

Ehem-ehem aku bukan nak cerita tentang Pantai Kerachut lagi. |jangan nak perasan| hahaha. Nanti la kalau aku rajin nak menaip dan menceritakannya, aku cerita la ye? :) heee. Dan satu lagi,ia tak de kena mengena langsung dengan tajuk di atas. |boleh tak aku nak cakap macam tue| hahaha


Seperti biasa, kehidupan aku yang sentiasa ceria ditemani dengan orang-orang sekeliling. Syukur alhamdulilah. Sentiasa ceria la kan. Buat apa nak sedih-sedih. Life must go on, right? tak kan nak stop and stay? huhu. Sekali lagi ainis, forget him not until one or two days but forever and ever! aku bukan nak memaksa tapi.... Entah la :) Senyum-senyum okeyyy. Dalam kelam kabut memikirkan sahabat aku yang sorang tue tiba-tiba baru aku tersedar ke mana hilangnya helaian buku log yang sentiasa mendampingi aku setiap saat? |CEH| hahaha. Dah hilang. Almaklum laa orang rajin kan, helaian dalam buku log tue dah habis aku menulis, so aku fotostat helaian baru dan maksud aku, helaian yang baru fotostat tue la yang hilang. Huhhh sempot aku menerangkannya. :) Syukur. Selesai sudah :P Tugasan sudah siap dilakukan. Coretan pada hari itu pun sudah siap aku karang dalam lembaran tue tau. |Masalahnya dah hilang!!|


Lantak la :) Better aku siapkan kes yang diberikan oleh Miss Yong. Macam biasa, kes Duti Setem dan perbandingan perlu dicari melalui VIS dan control File. Best. Dalam lantak-lantak pun fikiran aku tetap memikirkan helaian yang hilang tue. Mana tak fikirnya, Tugasan dari 25 Januari 2012 sampai hari ni kot yang hilang. Kalau tak jumpa la,jenuh aku nak mengarang semula. Lupa kot tugasan yang lepas-lepas aku dah buat. satu kes siap. dua kes siap. tiga kes siap. empat kes siap. Last-last kan.. "Miss Yong, ada nampak tak helaian buku log saya? mana tahu ada terselit kat file kes yang saya buat semalam ke?" tanyaku. Hati makin tak keruan. Takut hilang betul-betul je. Saje tadi buat-buat cool. "Tak pelah,nanti kalau i jumpa, i bagi you." balas Miss Yong itu membuatkan hati sedikit lega. =.=



Dalam duduk menyiapkan kes kelima dan mungkin ia kes terakhir untuk hari ini tiba-tiba "nie siapa punye?" sapa En Iskandar salah seorang juruteknik di sini. Kat tangan dia ada la beberapa helaian kertas Yesss!! hatiku menjerit. Jumpa jugak. Aku dah agak dah. Sabar je tunggu benda tue jumpa. So, aku mengaku la yang kertas-kertas comot tue aku punya. Entah apa-apa yang aku lukis. Yang aku tulis kat kertas lot perbandingan itu. |giler lah| -.- termalu aku sekejap kalau orang-orang itu membuka dan membaca laporan tugasan harian aku itu. Cukup la penyelia aku, Cik Faridah je yang membaca hasil karangan aku tue. |Ntah apa-apa je|

Cukup la sampai di sini dulu :) just aku nak cerita yang helaian tue hilang je tapi alhamdulillah. Jumpa balik dah. huhuhu. okey la take care. Daa...
assalammualaikum. Smile always k and thinking positive :)

Monday, 6 February 2012

monkey beach :')


Apa macam? Cantik tak? Hee :) SubhanaAllah. Setelah kaki jejak kat sini. Seriously, memang cantik. Kali ni tak tipu. Tapi ni tak sampai pantai kerachut lagi. Aku saja upload gambar nak bagi korang-korang jeles terutamanya adik aku *Ainis* hahahaha. Jahat betul aku ni.

| Sebenarnya, aku malas nak story-story lagi. Nanti la time aku rajin nak menaip, aku cerita la ye.. :P | 


Ni jalan permulaan nak hiking, trekking dan climbing. hahaha. | sesuka hati aku jek | tipah tertipu. Aku ingat jalan camni je sampai ke pantai kerachut rupa-rupanya, guna jalan berliku-liku dan dan berakar. Sempot jugak nak sampai ke destinasi yang di tuju tapi kepada kawan-kawan yang nak pergi, usah khuatir,, tak susah mana pun.. hoho :) Harap korang tak jadi macam aku la | Tipah Tertipu |



Gambar terakhir buat korang-korang semua.Time ni atas bot, nak balik dah. Tak larat den nak patah balik lalu jalan trekking tadi. Dah la hutan. Berbukit-bukit. Tadi guna jalan darat dan kini tiba la masa untuk guna jalan laut pulak :) Laut agak bergelora juga ketika ini. Tawakal sahaja. Mudah-mudahan selamat semuanya. Ni nak perkenalkan la sikit. Kat belakang tue tak termasuk tudung purple,(tudung o selendang purple tue tak kan korang tak kenal kot :P) pelajar-pelajar USM. Katanya amik kos Property Management. Aku dengar-dengar la kan. Tak tahu la betul ke tidak. Haha. Yang di barisan hadapan ni pegawai-pegawai aku.

Okey la, nanti aku cerita lagi. Nak sambung cari perbandingan. Ohh NQ Fair, NQ High dan Kasih sayang. Mana kalian-kalian? Laa dalam 'Control Folder' rupanya!! Wow dalam VIS pun ada!! Cantikkk.

Ingatkan aku untuk cerita lagi tentang Kerachut Beach. Assalamualaikum :)

Friday, 3 February 2012

life is fair

Assalammualaikum kawan-kawan ^^ Sihat?

Sebenarnya aku tak tahu nak tulis ape..huuu Idea. Out. :) Tak pe senyum adalah sedekah kan? haha. Sekarang ni dah la bosan. Nak tidur petang takut susah tidur plak malam ni. Nak tulis buku log, malas.. hoho. Nak siapkan report, lagi la malas. hahaha. Apa yang aku rajin pun, aku sendiri pun tak tahu. Entah kawan-kawan yang lain, dah settle kot report, aku? on the way, penyelia JPPH tanya, "report macam mana?" haha aku just jawab "otw" insyaAllah. Siapnya.. Bila mood rajin datang, siap la tu..Meraban dah aku ni :p korang pun tak tolong hentikan.-.-

Tak pelah,aku teruskan kepada point atau tujuan aku yang paling utama. Yang meraban tue hanya pembuka bicara only. heee.=,= kehidupan yang Allah berikan memang-memang adil. First memang la dugaan bertimpa-timpa dan ia amat berat untuk dipikul tapi yakin la, Allah itu sentiasa bersama kita. Dia nak kita merintih dan menangis di hadapanNya. Itu la tujuan Dia menurunkan dugaan buat kita. Redha okey. :)

And to my lovely friend, Ainis Salwani... Sama tak ngan nama aku? haha.. Aku Anis tapi die Ainis. Kesian. Lecturer kami asyik keliru je..:P Kami duduk sebelah-sebelah plak tue. Lagi pening mereka-mereka | STOP | dah habis, bukan tue yang aku nak cerita hee... Bagi aku, dugaan yang Ainis pikul ni lagi berat. Kalau la aku ditempat Ainis..surrender. Aku pun tak tahu macam mana. Tapi ada hikmahnya kan?.. Sekarang pun aku dah tengok die makin happy. Mungkin. Aku tak tahu dalam hatinya macam mana tapi keyakinan ku kuat menyatakan semakin hari dia semakin kuat. Alhamdullilah. Pelajarannya semakin terserlah. Kami naik pentas sama-sama nanti. | Kejayaan | :) Alhamdulillah pemberian Allah lagi ^___________^

Aku harap naik semester lima ni tiada lagi air mata yang keluar dari kolam kecil itu kerana kedukaan yang dirasainya. Cukup la semester tiga dan empat dia menderita. Aku sebagai seorang kawan hanya mampu berdoa dan terus berdoa. | maaf | kerana aku kurang idea untuk membangkitkan semangat kau semula ketika saat-saat kau tersungkur tapi percaya la aku sentiasa ada dibelakang kau, Ainis :') Sekarang kau kena kuat untuk hadapi masa-masa akan datang. Korang berdua memang tak salah. Keadaan yang buat korang tersepit.


Yakin la dengan bisikan hati sendiri setelah bertawakal kepadaNya. Tiada apa yang boleh kita harapkan melainkan petunjuk daripadaNya Ainis. Terima kasih atas kesabaran dan kecekalan anda melalui saat-saat getir ini. Lumrah sebuah kehidupan kan. Jika diuji barula cabaran namanya. :)



# Be the best woman#

Wednesday, 1 February 2012

Hari Dihitung,, -.-

| Assalammualaikum kawan-kawan |
Hari  demi hari dihitung tanpa henti :)
Untuk kami menamatkan latihan industri (praktikal)
Tak kira course Pengurusan Hartanah mahupun Penilaian Hartanah
Kami berganding bahu mengira dan mencongak hari untuk mengakhirkannya
Aku berakhir pada 23/2/2012 manakala mereka-mereka 24/12/2012
Kerana
Aku berpraktikal di Negeri Kedah. So, aku berakhir pada hari Khamis bertarikh 23/12/2012
Yess!! Yahooo!! :)
Macam-macam ragam manusia aku dapat kenali ketika latihan industri sedang dijalankan
Tapi sumpah
Mereka-mereka semua baik hati
Banyak mengajar aku
Tidak lokek ilmu yang penuh didada untuk dikongsikan bersama aku
Kalau bab makan :p
Lagila... Staff-staff ni ramai ajak keluar makan, nak belanja katanya
| maaf | bukan aku sorang k tapi bersama Intan
Alhamdulillah. Rezeki kn...
Out..=.=
Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)
 
 photo an15_zps6q1sivad.png