Friday 25 January 2013

Al-Khitbah


Al-Khitbah bernaksud pintu masuk ke alam perkahwinan InsyaAllah. Mudah-mudahan hubungan yang terjalin ini akan ke gerbang perkahwinan dan seterusnya hingga ke akhir hayat kami. Amin. Tiada apa yang ku harapkan melainkan sesuatu hubungan yang halal. Tapi kami hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya. Lima tahun, lama lagi kot tapi insyaAllah jika niat baik, Allah akan permudahkan. Bersabarlah! >.<

Ketika seorang JEJAKA memujimu MAKA
pahatkan SUBAHANALLAH didalam HATI mu
agar RIAK jauh dari JIWA mu.

Ketika seorang JEJAKA mendekatimu MAKA
alunkan ASTGHFIRULLAH didalam KALBU mu
agar KEINGINAN dihindar dari HATI mu.


Ketika seorang JEJAKA menjaga maruahmu
MAKA zikirkan ALHAMDULILAH didalam JIWAmu agar KESYUKURAN sentiasa dekat di KALBU mu.
Tetapi perkahwinan bukan sesuatu permainan, jika kaki ini melangkah ke alam perkahwinan, kita tak
boleh dah nak melangkah keluar, kiranya perkahwinan ni percaturan hidup kita baik atau tidak. Jika kita memilih seseorang yang sentiasa mengingati Allah, maka selamatlah pilihan dan percaturan yang yang kita buat. Jika tidak, tanggungla sendiri. InsyaAllah. Aku yakin, pilihan yang aku buat ini adalah benar. Aku yakin. Aku tak akan berganjak dengan pilihan ini tetapi jika takdir tidak menyebelahi aku. Aku pasrah :')
Restu kedua-dua pihak keluarga amatlah penting. Sekali lagi aku ulang, sangat-sangat penting. Jangan buat main-main. Kalau dorang say 'No' maka 'No' no la yang kita ikut. Nak bina sebuah keluarga yang sakinah ni bukan mudah. Sebab itula aku banyak merujuk pada yang lebih tua, mereka adalah puan ibu dan encik abah. Apa-apa pun, impian mereka aku akan kotakan sebelum aku menjadi zaujah kepada Khairil Azmi Bin Hussin. InsyaAllah. Aku tekad. Walau apa-apa pun yang terjadi. Segulung ijazah kelas pertama buat mereka berdua akan ku dapatkan. Amin (^.-)
Okeyla, jaga diri baik-baik. Jaga solat. Jaga akhlak. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga hubungan dengan ibu bapa. Jaga hubungan dengan orang sekeliling, maka berbahagialah kamu. InsyaAllah :)
"Seandainya suatu hari nanti aku berjaya ya Allah, tolong hindari hati dan akal fikiranku dari melupakan orang yang selalu mendoakan kejayaan yang aku kecapi itu. Amin."

4 comments:

  1. In shaa Allah, one day ^^
    Semoga berjaya dalam hidup kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah. Amin :)
      tqvm. Fiqa pn.. semoga berjaya.
      Lawan akk ni...
      akk ni tlambat masuk u.. huhu

      Delete
  2. Semoga trcapai la impian kamu tu k... semoga cpat mlngkah ke alam perkahwinan... amin... =)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)