Friday 15 February 2013

. Terima Kasih Kerana Berkunjung .


Assalammualaikum dan Salam Jumaat buat semua <3
Alhamdulillah. Negeri Kedah hujan. Tapi Langkawi cuaca elok je. Seronok la 'orang' tu melancong kan? :P Dari selatan ke utara tanah air. Memang seronok la kan. Sampai line Maxis dan Digi en khairil bertukar kepada line yang digunakan di Thailand. Mungkin. Habis kredit 'bakal zauji' saya. Satu mesej kena charge sampai RM2. Lepas tu, aku pergi call dia pulak kan? Memang laju je la kredit dia. Sorry 'bakal zauji' :')

Selama setahun aku menetap di Kedah ni, semalam 14 February 2013 adalah satu peristiwa yang tak mungkin aku lupakan. Kiranya, ini adalah peristiwa yang paling manis setelah setahun lebih aku di negeri kelahiranku. Ya Allah. Terima kasih di atas segalanya. Semalam, dalam pukul 6 lebih, khairil mesej, dia tanya aku kenapa kat highway dari perlis, tak ada pun signboard sungai petani (selatan) Aku pun, jawabla. Memangla tak ada lagi sebab perlis ke sungai petani jauh lagi. Alor setar pun tak jumpa lagi. Aku tak tahu apa motif dia tanya tentang sungai petani (selatan) tu. Then dia reply mesej lagi, mesej dia berbunyi macam ni " Ohh,,insyaAllah..kami nak singgah sane" 

Terkejut beruk aku. Aku tak sangka dia dan keluarga nak singgah rumah. Tiga buah kereta pulak tu. Macam mana ni?! Macam mana ni?! Macam mana ni?! Terus aku bagitahu en abah dan pn ibu la. En abah dan pn ibu cakap, datang je la :) En abah dan pn ibu relax je. Aku yang serabut. Ntahla. Berdebar. Mungkin dah lama tak jumpa 'bakal zauji.' Lain macam je rasa. |hahaha| Pn ibu tanya aku, family khairil dah sampai mana? Aku cakapla, tak sampai alor setar lagi. Then, en abah terus mintak no hanfon ayah khairil, aku tak ada no ayah khairil. So aku bagi no ibu khairil. Melalui pendengaran bicara en abah dengan ayah khairil melalui hanfon, en abah tanya ayah khairil, "dah sampai mana?" "Gurun!"

"Hoii! dah dekat tu"! hatiku menjerit. Terus aku pandang pn ibu. Pn ibu apa lagi, risau dengan masak la. Mana sempat nak masak dah. |hahaha| Be cool. |Anis dan zulaikha ada, boleh tolong ibu masak :)| Aku dengar lagi perbualan en abah dan ayah khairil, en abah nak sewakan homestay yang selang sebuah rumah je dengan rumah en abah ni untuk pihak sebelah khairil. Alhamdulillah. Ayah khairil setuju. Okey, bermula saat itu, khairil mesej tanya jalan ke rumah. Aku pun bagila petunjuk arah. Tak ada lah professional sangat sebab aku tak mahir lagi jalan kat sini. Maaf. Alhamdulillah. Khairil faham petunjuk arah 'bakal zaujah' dia ni bagi. Just ayah khairil terlepas sikit je dari taman perumahan yang aku tinggal ni. Lepas tu, abah pergi amik family khairil yang berada di simpang tiga itu (^____^)

Kurang 30 minit, mereka-mereka pun sampai. |Nervous giler, padahal bukan apa-apa pun :P| Bila terpandang jejaka tinggi lampai itu, makin kuat debarannya. |hohoho| Dalam hati, "makin handsome awak kan?" Mula-mula aku salam semua dulu okey, baru aku pandang 'bakal zauji' aku tu :D Dinner malam tu, pn  ibu masak kari ikan, sayur campur goreng, ikan masak air asam, ikan masin goreng, sambal telur dan en abah beli satay 200 cucuk untuk meraikan tetamu, insyaAllah akan menjadi satu keluarga kelak. Amin. |Pn ibu boleh masak berjenis-jenis lauk, she is my superwomen| Terima kasih en abah dan pn ibu kerana meredhai hubungan anis dan khairil. Alhamdulillah. Malam tu, family antara family berborak sakan. Aku dengan khairil lagi sakan la kan? |hahaha| en abah dan ayah khairil keluar, katanya ke tanjung dawai. "Good night jiran sebelah." jiran sebelah sementara je (^______-)

Breakfast time!

Pagi 15 February 2013, pn ibu masak bihun goreng dan laksa penang. Pehhh. Best giler kepada penggemar laksa penang. Pn ibu cakap, pn ibu buat laksa penang sebab ibu khairil teringin nak makan laksa penang. So sweet my pn ibu ni. Sekali lagi, alhamdulillah. Pagi tu, family khairil sarapan bersama-sama kami. Berborak-borak tak habis-habis aku dengar. |huhuhu| Tepat pukul10 pagi, mereka semua beransur untuk pulang ke kluang. Semoga selamat sampai. Amin. Jangan serik untuk berkunjung ke rumah kami lagi. InsyaAllah. Sekian.

"Assalammualaikun 'bakal zauji' insyaAllah. kita pasti bertemu lagi suatu hari nanti. Allah dah rancangkan dah yang terbaik buat kita berdua. Awak datang menemui saya bersama family awak. Kiranya, dah beradat sangat awak menemui saya. Alhamdulillah."

at rumahku syurgaku :)

 'bakal zauji' saya. InsyaAllah :D

Thursday 14 February 2013

Sent Off - Dari Bumi Cinta Ke Langit Sydney

Barisan ke 3 : 3 dari kiri (Nasrin) dan 3 dari kanan (Aloy)
Barisan tengah : 6 dari kiri (Najwa)


sent off- dari bumi cinta ke langit Sydney.

sahabat!

terbanglah-
lestarikan cita segigih usahamu
tancapkanlah kakimu dalam-dalam
dalam ikhtiar mengenal kalam

tenanglah-
saat kau buntu
menunjang ilmu
tuhan pasti membimbingmu

kali ini kita tidak lagi berkongsi mukim
namun aku mahu kau tahu
walau padang kita berlain musim
doaku-sentiasa hadhir bersamamu.

salam jaya & selamat berangkat!

Hasil nukilan ini aku copy & paste dari Group Inspen. Ya. sahabat sekelas yang menciptanya. Tika dibaca dan dihayati, ada sendu dihujungnya. Sudah pasti kawan-kawan yang rapat dengan mereka yang telah pun pergi ke bumi Sydney ini sedih. So, terhasil lah nukilan yang sehebat ini.

Semoga korang berjaya di bumi orang. Sudah berjaya, jangan lupa kawan-kawan di sini. Di sana nanti, belajar sungguh-sungguh. Jangan di kepala hanya ingat nak ber'enjoy sahaja. sudah diberi peluang, gunakanlah peluang itu dengan sehabis baik. Semoga Allah merahmati perjalanan kehidupan kalian di sana. InsyaAllah. Assalammualaikum :')

Tuesday 12 February 2013

Perkara Perempuan tak Sempat Bagitahu Lelaki



1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih. Tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.


2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.



3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).



4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.



5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!



6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.



7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.



8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.



9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa melalui Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.



10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.



11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.



12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.



13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.



14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.



15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.



16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.



17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!



18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.



19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.



20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.



21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!



22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.



23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.



24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.



25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.



26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.



27. Senjata wanita adalah airmata!!



28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.



29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah.



30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Tercipta engkau dari rusuk lelaki, Bukan dari kaki untuk dialasi, Bukan dari kepala untuk dijunjung, Tapi dekat di bahu untuk dilindung, Dekat jua di hati untuk dikasihi, Engkaulah wanita hiasan duniawi.

Saturday 9 February 2013

! Heaven !


Assalammualaikum. Hai-hai semua :)

Now, Heaven! |hahaha| Aku dah kat rumah. Bestnya. Bestnya. Bestnya :D
Alhamdulillah. Syukur. Perjalanan yang memakan sampai 5Jam. Amat memenatkan. Padahal kalau diikutkan dari Sri Iskandar ke Merbok, tak la sampai lima jam. Bus tu lembap. |hahaha|. |Salahkan bus pulak| Tak la, sebenarnya, jalan sesak la. Dari terowong kat Sungai Perak tu memang sesak. Kenderaan jalan macam kura-kura. Kot-kot kura-kura lagi cepat. Lepas tu sampai Penang, sesak lagi. Biasa la tu nak Tahun Baru Cina, semua warga kota ambik peluang la untuk balik ke kampung halaman. Kan? Lagipun, Penang tu dah jadi Singapore kedua dah. Tak caya, tengok la pembangunan dia. Hebat :)

Nampak tak sukanya bila aku balik rumah, ini semua tak bermakna aku tak suka duduk kat uitm. Aku duduk kat sana memang seronok, tapi duduk sorang-sorang tanpa family, mestila tak best kan? Hurmm. Macam mana nak pergi uws ni? |hahaha| Tak pe. Tak pe. InsyaAllah. Zauji pasti menemanku ke sana. So dua tahun, tak lama mana pun kalau ada orang tersayang (^___-)

Tengok, dah lari tajuk. Patutnya aku nak cerita benda lain. Lain pulak yang aku merepek. Tolong sedarkan  aku kalau aku merepek je. Semalam adik aku, masturah call aku, time tu aku still dalam bus. Dia bagitahu aku dia kena saman, Guna motor aku plak kan? Memang panas la kan bila aku dapat tahu tapi bila fikir balik, dah kena saman, biar je la |hohoho| Dia kena saman sebab dekat skuter aku tu tak tampal P, memangla skuter aku tak tampal P sebab aku dah dapat lesen yang betul punya dah. Yang dia guna skuter aku kenapa. Memang saja nak cari nahas la kan. Padahal, dia ada motor sendiri, nak naik jugak skuter kesayangan aku tu. |huhuhu| Yes! Aku dah membebel. Sorry :D

Kalau nak mintak kurang jumlah denda tu masturah kena naik mahkamah la, buat rayuan semua. So, bolehla kurang. Apa-apa pun kena ikut pendapat en abah la, malam tadi pn ibu membebel kat masturah. Lepas tu en abah siap buat lawak lagi. en abah cakap, "warta jam 10 dah start." pn ibu pun gelak. |hahaha| aku memang dah tergelak-gelak dah. Lawakla. Oleh itu, ini semua menjamin kebahagiaan sesuatu keluarga itu. Alhamdulillah. Aku bersyukur kerana dilahirkan di dalam keluarga ini <3

Okeyla. Nanti aku cerita lagi kalau aku free |huhuhu| Jaga diri elok-elok. Jaga solat. Jaga akhlak. Jaga hubungan dengan orang lain. To my future zauji and family. |Dengan nada jealous| Untungla orang tu nak p jalan-jalan. Pulau Lagenda lagi kan? :P Okeyla. Semoga selamat pergi dan selamat pulang ke destinasi yang di tujui. InsyaAllah. Hayatilah keindahan ciptaan Allah itu. Tak tipu. Pulau Langkawi memang cantik. Welcome to Kedah Darul Aman. Assalammualaikum (^_______^)

Jika anda mahukan kejayaan. Hormatilah orang lain. InsyaAllah. Kejayaan itu pasti milik anda.

Sunday 3 February 2013

Kadangkala.


Assignment valuation selesai.
Alhamdulillah!
Aku termenung seketika.
Ingatan mula menerawang. Jauh!
Sangat jauh!
Memang itu tabiatku.
Jangan cuba mempertikaikannya.
Memang aku tak ada nak fikirkan sesiapa.
Entahlah.
Sunyi! Rasa tak sabarnya nak balik rumah.
Sekurang-kurangnya bila aku balik.
Aku ada ibu. 
Aku ada abah. 
Aku ada adik-adik.
Ibu setia mendengar segala celotehku.
Abah ada je benda yang nak diusikkan.
Adik-adik ada je benda yang nak dikongsikan,
Heaven!
Patut mereka tak rela lagi untuk melepaskan aku pergi.
Katanya, aku tak matang lagi :)
Wow, the best reason.
Yang penting, mereka tak mahu aku kecewa lagi dalam usia muda.
Cukuplah lapan tahun yang dulu.
Cukuplah. sakit dan pedih oiii!
Sekian.

Friday 1 February 2013

Valuation.


Assalammualaikum semua dan selamat pagi. Jumaat penghulu segala hari. Semoga kita semua akan mendapat keberkatan hendakNya. InsyaAllah. Hari ini aku hanya update benda yang simple dan pendek sahaja. Mungkin. :]

Pagi tadi bangun. Excited nak pergi kelas valuation pukul 8.30 pagi. Almaklum lah kelas asyik cancel je. Mulanya memang suka tapi bila fikirkan kelas ganti yang akan mendatang. Test yang akan mendatang dan final exam yang akan mendatang. Ya Allah. Takutnya. Sedangkan kelas kitaorang baru belajar apa je? Kelas lain-lain dah maju ke hadapan. Terasa giler ketinggalan -.-

Semoga lecturer kesayangan cepat sembuh. InsyaAllah. Semoga anak lecturer ganti ni pun cepat sembuh. Amin. Pagi tadi |sambung balik cerita pagi tadi| Hahaha| dapat mesej, dorang  cakap kelas cancel sebab anak lecturer ganti masuk hospital. Aku terkedu. Dugaannya bagi aku untuk semester ni. Mungkin Allah nak  aku berdikari supaya aku banyak belajar sendiri dari mengharapkan orang lain. Tapi siapa la aku :')

Entahla. "Anis kau kena jugak usaha sendiri. Jangan nak mengharapkan orang lain kalau kau betul-betul nak berjaya. Ya Allah, bantulah hambaMu ini." Okeylah, banyak benda lagi aku nak fikir sebelum cuti tahun baru cina ni. Role play pun aku tak settle kan lagi. Encik ahli kumpulan tolong bekerjasama okey. Aku tak mampu buat ni sorang-sorang. Jaga diri. Jaga akhlak. Jaga solat. Asslammualaikum (^____^)

"Kejayaan tidak datang semudah seperti yang kita katakan tetapi ia datang setelah usaha, doa dan tawakal yang telah dilakukan.Sekian."
Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)