Monday 9 September 2013

kadangkala kesakitan itu membahagiakan ~


Badan mencari katil, mata menunggu sahaja isyarat dari otak untuk lelap.
Ahhh. Mengantuknya.
" Eleh, poyo je.. Siang tadi dah puas tidur. Ni nak tidur lagi. Lemaklah! " Bisik hati.
" Okey-okey. Relax lah. " Minda mencelah.

*                        *                              *                                           *                                         *

Malam tadi, tersentap sekejap. Sekejap ke?
Makan hati berulam jantung lagi.
Silap siapa? Silap sendiri.
Ketuk kepala.

Kenapa pakai baju ketat?
Aku tepuk dahi. Ketat kah?
Melalui realiti dan dalam gambar, tak kan berbeza.
Aku tepuk dahi lagi. ~ Tak tahu nak jawab apa.

Dinner tema apa?
Masquerade.
Hah? Mungkin dia tepuk dahi dia pulak.
Kena pakai mask atau topeng. ~ Aku jelaskan.

Kenapa pakai tudung tak tutup dada?
Hah? Pulak. Kena lagi.
Tutuplah. ~ Aku rasa, aku dah tutup sebaik mungkin. Serius.
Suka hati awaklah.

Sakitnya hati. Diam.
Malam-malam nak tidur. Fikir balik.
Salah aku ke ya Allah.
Ya. memang salah aku.

Setelah aku baca ni . . . ~ Link ku terima dari 'dia'
http://salafus-sholih.blogspot.com/2011/01/dari-grand-dinner-bertukaangr-grand.html?=1

Pagi td, celik mata.
Aku dapat mesej dari 'dia'
Ya. Dari tunangku berkenaan pemakaian mask.
Tepuk dahi lagi. Patutnya kena hindari semua tu. ~ Tapi aku tak tahu.

Ni makan dia bila tak tahu hukum.
Semoga Allah ampunkan aku dan kawan-kawan yang lain.
Amin.
Semoga bermanfaat.

*                                             *                                                *                                      *

Kepala otak degil memang susah la nak dengar. ~ Itu aku.
Lagilah orang tegur aku. ~ Kira macam kurang menyenangkan.
Macam tak dihargai pun ada. ~ Dah berubah kot untuk dinner kali ini.
Lastly, step by step dinasihati.
Lembut jugak akhirnya.

Tak sangka, dalam tak tahu masquerade tu apa.
pantas 'dia' cari ustaz google.
Tahu kebenaran pantas 'dia' bagitahu aku.
Terharu. ~ Gembeng.

Credit tu encik khairil azmi.
 " Selagi saya hidup, saya akan tegur bila apa awak buat, saya rasa salah di mata saya. Bila saya dah tak ada nanti awak tak akan dengar lagi dah saya marah awak buat itu ini. Lagipun, saya sebagai tunang awak, saya kena jaga awak. Nanti kalau ada jodoh nikah dengan awak.. Dah jadi suami awak tak kan saya nak biar kan je awak.. Macam lelaki dayus. " ~ Abaikan dan hiraukan ini. Yang penting ambil manfaat dari penulisan blog jalan salafus sholih. Itu je aku nak kongsi dengan korang. Sekian.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)