Friday 11 October 2013

hitam atau putih. tamat.


Assalammualaikum semua. Alhamdulillah. Selesai semuanya. Dah dua hari aku kat rumah. Final exam? |Hohoho| Hanya gelak besar. Entahlah. Doalah mudah-mudahan aku dan kawan-kawan yang lain memperolehi keputusan yang cemerlang. InsyaAllah. Setakat mana kita usaha, sebanyak itulah Allah akan beri. Fair. Tapi andai kata rezeki tidak menyebelahi aku.. Aku akan terima. Ada la tu kesalahan yang aku buat dan orang tak maafkan lagi. Sebab tu jadi effect pada exam aku. Mungkin. Fikir positif (^____^)

Bila fikir balik tentang exam.. Risau pun ada. Ntah apa-apa je lah yang aku jawab. |Huhuhu| Sengaja tulis banyak-banyak tapi tak tahu betul atau tidak. Okey. Kita tunggu result. Semoga Allah permudahkan. Ibu cakap, doalah banyak-banyak. Dah usahakan? Ibu Khairil cakap, solat hajat banyak-banyak. Anis boleh. InsyaAllah. |hahaha| ~ Teringat pulak ntah bila punya nasihat. Tak silap aku semester akhir time kat inspen dulu. Lama dah kan? Still kuat di ingatan :)

25 Nov 2013 bermula semester baru. Baru semester tiga. Semoga membuka lembaran baru bagi aku. Mematangkan aku dalam kehidupan dan membuka mata aku secelik-celiknya. Jangan takut untuk menghadapi kenyataan di hadapan. Jangan gembeng sangatlah :p ~ Kata-kata memang berapi-api dan berkobar-kobar tapi korang tak tahu kan hakikat yang sebenar? Korang tak kan pernah tahu (^____-)

Okey lah kot setakat ini. Semoga aku lebih tenang di rumah ini. Wajah ibu abah dan adik-adik dah depan mata, terubat segala-galanya. Mungkin tak lah gembang sangat macam kat perak. Sebabnya bila aku teringat, akan keluar semua wajah orang yang aku sayang di minda. Stress kot. Kalau nak gembeng pun kat rumah ni, sikit-sikit je lah kot. :')

Yang penting aku kena kuat. Kuat. Kuat macam lion. Dan garang macam lion. |hahaha|

Jaga diri. Jaga solat. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga hubungan dengan ibu abah. Jaga hubungan dengan orang sekeliling. InsyaAllah. Hidup anda semua akan diredhai dan dirahmati. Assalammualaikum. 

" Sekuat mana pun kita. Suatu hari nanti kita akan rebah dan tersungkur juga menyembah bumi. "

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)