Saturday, 26 January 2013

Belajar Dari Pengalaman.


Assalammualaikum dan hai-hai semua :D
Malam ni aku nak cerita tentang.. Alahai, skema pulak -.-"
Tak ada apa-apa la just nak kongsi je apa yang aku belajar dekat sini. Semester ni aku belajar.. |Berapa subjek ek? Aku sendiri dah lupa.| |Biar aku rujuk dulu| :D

Okey, dalam nota conteng-conteng aku, aku tulis semuanya ada lapan subjek. Banyak tak? Normal la tu kan? |Tak payah nak terkejut beruk sangat| Antara-antara subjek yang tercalon ialah : |Bukan setakat tercalon, tapi sebagai pelajar, wajib kena dapat "A", dengar tak pelajar-pelajar EM semester satu sekalian?|

1. National Kesatria 1 ~ Aku dipaksa masuk JPAM, Lantakla kan. Janji ada kawad-kawad, bersyukur je (-.o)
2. Introduction To Valuation ~ Lecturer cakap, pastikan dapat "A". InsyaAllah. Kalau Allah izinkan :)
3. Introduction To law Of Property ~Lecturer yang sangat berpengalaman. Tiba-tiba ingat lecturer yang dulu.
4. Consolidating language skills ~ muet ohh muet :D
5. Introduction To Economics of Builts Environment ~ Aku fobia dengan subjek ni. Frust giler dengan Economics time kat inspen dulu. Huuu -.-"
6. Fundamentals of Islam ~ Aku hanya mampu tersenyum :))
7. Land Survey ~ Sempoinya. Jangan result aku pun sempoi sudah! Tak rela aku (0.*)
8. Information Technology In Property Management ~ :D :D :D

Apa macam? Boleh dapat semua "A" Sila tanya hati. Sila tanya usaha. Usaha lebih, apa yang bakal kita dapat tu pun akan dapat lebih. Percayalah! Dah berusaha, doa dan tawakal. Ilmu yang ada di dada itu, kongsi-kongsila moga-moga ada keberkatan. InsyaAllah.

Selamat malam semua. Jaga diri. Jaga solat. Jaga akhlak. Jaga hubungan DenganNya, Jaga hubungan dengan ibu bapa. Jaga hubungan dengan orang sekeliling. Semoga hidup anda semua dirahmati. InsyaAllah (^____^)

"If you're tired of starting over, stop giving up."

Friday, 25 January 2013

Al-Khitbah


Al-Khitbah bernaksud pintu masuk ke alam perkahwinan InsyaAllah. Mudah-mudahan hubungan yang terjalin ini akan ke gerbang perkahwinan dan seterusnya hingga ke akhir hayat kami. Amin. Tiada apa yang ku harapkan melainkan sesuatu hubungan yang halal. Tapi kami hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya. Lima tahun, lama lagi kot tapi insyaAllah jika niat baik, Allah akan permudahkan. Bersabarlah! >.<

Ketika seorang JEJAKA memujimu MAKA
pahatkan SUBAHANALLAH didalam HATI mu
agar RIAK jauh dari JIWA mu.

Ketika seorang JEJAKA mendekatimu MAKA
alunkan ASTGHFIRULLAH didalam KALBU mu
agar KEINGINAN dihindar dari HATI mu.


Ketika seorang JEJAKA menjaga maruahmu
MAKA zikirkan ALHAMDULILAH didalam JIWAmu agar KESYUKURAN sentiasa dekat di KALBU mu.
Tetapi perkahwinan bukan sesuatu permainan, jika kaki ini melangkah ke alam perkahwinan, kita tak
boleh dah nak melangkah keluar, kiranya perkahwinan ni percaturan hidup kita baik atau tidak. Jika kita memilih seseorang yang sentiasa mengingati Allah, maka selamatlah pilihan dan percaturan yang yang kita buat. Jika tidak, tanggungla sendiri. InsyaAllah. Aku yakin, pilihan yang aku buat ini adalah benar. Aku yakin. Aku tak akan berganjak dengan pilihan ini tetapi jika takdir tidak menyebelahi aku. Aku pasrah :')
Restu kedua-dua pihak keluarga amatlah penting. Sekali lagi aku ulang, sangat-sangat penting. Jangan buat main-main. Kalau dorang say 'No' maka 'No' no la yang kita ikut. Nak bina sebuah keluarga yang sakinah ni bukan mudah. Sebab itula aku banyak merujuk pada yang lebih tua, mereka adalah puan ibu dan encik abah. Apa-apa pun, impian mereka aku akan kotakan sebelum aku menjadi zaujah kepada Khairil Azmi Bin Hussin. InsyaAllah. Aku tekad. Walau apa-apa pun yang terjadi. Segulung ijazah kelas pertama buat mereka berdua akan ku dapatkan. Amin (^.-)
Okeyla, jaga diri baik-baik. Jaga solat. Jaga akhlak. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga hubungan dengan ibu bapa. Jaga hubungan dengan orang sekeliling, maka berbahagialah kamu. InsyaAllah :)
"Seandainya suatu hari nanti aku berjaya ya Allah, tolong hindari hati dan akal fikiranku dari melupakan orang yang selalu mendoakan kejayaan yang aku kecapi itu. Amin."

Thursday, 24 January 2013

Games in memory.

Happy!
Assalammualaikum kalian. Sorry la, makin busy. Nak update blog pun tak sempat. Sangat-sangat tak sempat. Itu ini. Itu ini. Kelam kabut dibuatnya. Facebook pun online gitu-gitu je. Ada yang lebih penting dari ini semua. Semoga urusan ku berjalan dengan selancarnya. Amin :')

Tadi belek-belek facebook, terjumpa pulak game ni. Korang ingat tak? Mesti dah tak ingat kan? Biar aku ingatkan korang. Ni game yang aku tergila-gila time semester lima kat inspen dulu. Adoii! Tak tahu la, tak boleh tinggal kot game ni. Pagi petang siang malam duk mengadap game ni je. |okey aku tipu je| Dah tentu siang aku ada kelas, mana sempat ber'game ni (^____^)

Game ni kalu main ramai-ramai baru best. Lawan di antara satu sama lain. Syokk giler ^____^ Dulu game ni aku suka lawan dengan eha. |hohoho| Kadang tidur sampai lewat malam semata-mata nak score paling tinggi. Cikgu yang mengajar game ni semesti lah intan. Dia bab-bab game ni memang pandai tapi last-last aku dengan eha dapat kalahkan dia sebab bangunan-bangunan kita orang lagi bernilai tinggi mengikut market value berbanding bangunan-bangunan intan. |cewahh| |hahaha| (-.0)

Bila ingat balik, seronok kot. Game ni tidak melalaikan jika kita bijak mengatur masa. Aku dulu sampai sorokkan laptop seminggu sebelum berlangsungnya final exam. Yelah, takut bila nampak laptop sibuk nak main game. Kritikal betul aku time tu. Alhamdulillah. Game tak ada effect langsung pada result final exam semester lima :)

Okeyla, cukupla melepaskan rindu sekejap. Selamat malam. Jaga diri. Jaga solat. Jaga akhlak. Berdoa dan bertawakal la moga-moga beroleh ketenangan hidup. Lastly, doakan ibu saya cepat-cepat sembuh. Terima kasih sangat-sangat (*.0)

Bila tibanya 16 Januari 2013, terasa bagai kehilangan sesuatu. Apakah itu? Dulu berempat sekarang bertiga. Rasa macam janggal sangat. Imissyou. ehaintanainisanis <3

Sunday, 13 January 2013

Hari ini nak tulis tajuk ape?

Assalammuaikum. Selamat malam semua :)
Malam ni nak cerita campur-campur. Aku nak sumbat je cerita ni semua dalam satu tajuk. |Heee|
Okey. Let's go kita mula :)

My Puteri <3

My roomates :)
Kesian kat aku |waaaaa| Dorang pergi kfc tak ajak aku pun |hohoho| uppss, sebenarnya aku ada program la hari sabtu tu. Dorang ajak just aku je yang terpaksa menolaknya. Dorang pun pergi dan pergi kfc tu. Dengar cerita dorang makan udang. Udang apa, aku tak tahu la kan. Motif dorang pergi makan kfc ni sebab nak celebrate birthday ema. Dia ada dalam gambar kat atas ni, yang sebelah kiri. Comel kan? ;)

Nak tahu tak orang kaya baru yang mana yang belanja? |hahaha| Cik tuan puteri kita la kan? Nama pun puteri, ofcourse la banyak duit. |Weeeee| Aku tengok dorang balik kfc, bukan main banyak barang kat tangan.. Rupanya dorang pergi shopping dulu dekat tesco. Memang seronok la kan.(-.o)

Dorang belikan aku ni :D
Untungla kan? |hahaha| Puteri cakap, di belanja aku dulu sempena birthday aku yang akan datang ni. Untungla kan dah dapat hadiah birthday dulu. Alhamdulillah. Apa-apa pun, terima kasih puteri dan semua roomate yang tersayang. Tidak lupa juga, selamat hari lahir yang ke 18 ema. Semoga sinar kebahagiaan akan terus menjadi milikmu ^___^

Pagi tadi, aku bangun dengan malas sekali. Macam hari-hari biasa, pasti tidurku diganggu dengan benda-benda yang suka mengganggu aku. Apa macam? Faham tak? Tak faham, senyap aje okey. Pagi tadi bangun awal sebab nak settle ptptn, sebab bila pergi awal mesti student tak ramai lagi kan. So alhamdulillah. Ia dapat diselesaikan dengan sempurna :)

:)
Okey, pagi tadi aku settle ptptn kat sini. Bangunan still baru. Best. Tetiba teringat inspen :') Dewan dia serba merah macam dewan jubli kat inspen. Hurmm. Nak bagitahu ni, puteri ambik course OM, so kelas dia banyak kat sini. Untungla kan. Jom tengok FSPU pulak. 

:D

(^___^)
Aku just dapat ANNEX 1 & 2 sahaja. Sebenarnya, ada lagi 1 ANNEX iaitu ANNEX 3. Tak apa la, lain kali aje aku masukkan gambar tu. |huhuhu| Disebabkan FSPU terbesar di sini, bangunan FSPU memang banyak la kan. Lepas jalan-jalan pagi tu, menghirup udara yang segar tanpa terserempak dengan pelajar-pelajar yang bersimpang siur pergi kelas, Rasa macam tenangnya. Sebelum pukul 10, aku balik semula ke blok sebab pukul 10 pagi ada program kitar semula pulak. Nasib shift aku dari pukul 10 hingga 12 tengah hari je.

Pagi-pagi

Kolej indera mulia
Boleh la, program ni dapat sambutan. Banyak jugak barang kitar semula yang dapat dikumpulkan. Mana tak nya,, dapat sticker kan :) Ramai la nak join nya. Oleh itu, terima kasih la kepada anda semua sebab join program ni. Bagi sambutan yang menggalakkan kepada kita orang.

Dah la, lewat dah ni. Aku nak buat benda lain pulak. Okey, jaga diri elok-elok tau. Jaga solat. Jaga akhlak. Assalammualaikum.

"Awak la budak comel yang comot"
Aku suke gler ayat ni :D

Saturday, 12 January 2013

. I will .



Assalammualaikum kawan-kawan (^___^)
Malam ni sebenarnya nak buat assignment tapi itu la, fikir itu ini itu ini, terbengkalai semuanya. Ya Allah. Tapi aku dah buat separuh sebelum-sebelum ni. Tak apalah, malam esok, sambung balik. Semangat! Itu pun kalau rajin. Eh, tak boleh-tak boleh, 16 hb dah nak kena hantar. Asyik hold je assignment, kang tak siap.. Tanggung sendiri. Buat ke lecturer nak buat test pulak. Mati aku -.-'

Okey, aku buat malam esok lepas habis program uitm ni. Ahad pulak aku nak settle ptptn pulak, dengan program kolej lagi. Semua kena handle. Adoii. Tak apa-tak apa. Boleh buat-boleh buat. InsyaAllah. Berdoala semoga aku boleh buat semuanya sehabis baik. Mama pesan, pelajar yang cemerlang dia akan boleh handle semua tanggungjawabnya. InsyaAllah mama, boleh buat ni ^.^

Sebenarnya, aku pening dengan surat perjanjian ptptn ni. Aku kurang faham la. Ulang alik ke HEP or bangunan melengkung tu, penatla. Semata-mata nak mintak cop pengesahan dan tandatangan saksi. Jauh la. Dengan cuaca panas. Dugaan dan cabaran betul. Itu pun, ada lagi benda aku tak cop pengesahan lagi. So esok aku ada program, terpaksa la aku mintak tolong roomate tersayang untuk settle semua tu. Thank you very much roomate <3

Kepala aku ni bukan just fikir tentang ptptn, assignment, test, kuiz dan last final exam. Huhh! Macam-macam aku fikir. Satu persatu masalah bertimpa-timpa di atas kepala. Relax! Tapi orang lain bukan tahu kan, yang mereka tahu nak menghukum sahaja. Itu la situasi aku sekarang. Mesti korang pelik kan, kenapa aku tak cuba kongsi dengan siapa-siapa kan? Betul tak? Bukan aku tak nak kongsi tapi biar la ia dipendam hingga ke dasar hati. Tak terbukak hati langsung untuk berkongsi. Aku nak berkongsi dengan siapa? Orang yang sepatutnya boleh berkongsi pun. Hurmm. Tak tahu la nak cakap apa. Aku tak cakap lagi, dia dah serang aku. So bila masa la mulut ni untuk bersuara? Akhirnya sepi macam tu je :'(

Manala aku tak fikir, orang lain buat hal. Aku yang kena. Tak fair la macam ni. Siapa nak bela aku melainka aku sendiri. Kadang kala, aku nak bela diri sendiri pun tak terbela. Entahla. Aku rela dihentam sedemikian  rupa asalkan 'dia' puas dan menang. Dalam hati, ego bergelora nak menang. Nak menang tetapi hati dan fikiran menegahkan segalanya perbuatan kerana aku tak nak mengeruhkan lagi keadaan. Semoga Allah kuatkan aku. InsyaAllah. Pening kepala bila aku fikir semua ni :')

Ingat Allah. Ingat abah ibu. Itula kekuatan aku sekarang. Biarla apa nak jadi pun, perjuangan aku dekat sini tetap diteruskan. Niat untuk belajar ini adalah kerana Allah Taala. Semoga aku akan menemui kejayaan yang hakiki. InsyaAllah. Bukan apa, ini just untuk menaikkan semangat balik. Aku tak nak dengan sebab aku pening kepala tentang macam-macam ni, semangat aku semakin lemah. Aku tak nak macam tue. Aku tahu, aku tak selemah tu. Aku kuatla! (-.o)


Sorry, entry kali ini terpanjang pulak. Sorry. Aku just nak meluahkan apa-apa yang tak terluah melalui kata-kata. Assalammualaikum. Jaga diri. Jaga solat. Jaga akhlak. Ingat, setiap kesakitan yang Allah turunkan sebenarnya adalah sangat-sangat manis. Allah tahu apa yang Dia turunkan. Barakallah. Sekian.
Aniskhalilahbintiabdulrani anak ibu dan abah yang paling baik. Amin :D
Heii! Jangan sebut ibu abah. Sensetif tahu tak. Rindu! :)


"Saya akan lebih menghormati bakal zauji saya berbanding lelaki lain kerana suatu hari nanti saya wajib menghormatinya sebagai zauji yang sah. Oleh itu, saya perlu belajar untuk lebih menghormatinya."
Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)
 
 photo an15_zps6q1sivad.png