Tuesday, 28 May 2013

2.20 petang

c2202.
Harap-harap la menjadi miliku untuk semester dua ni. Taknak dah duk dengan roomates lain. Kalau duk dengan roomates lain kena kenal balik semula. Taknak lah macam tu. Itulah pasal, orang baik. Macam tu lah. Orang-orang lain semua dah dapat number bilik. Aku? Tunggu balik kolej baru dapat. Padan muka! Haritu tergesa-gesa sangat nak balik rumah. Sampai tak sempat pergi tandatangan kat pejabat kolej. Sekarang. Tanggung risiko sendiri ^.^! issshhh.

Monday, 27 May 2013

Bintang bintang

Mata mengantuk. Kepala pening. Tetapi mata hati masih tidak bersedia untuk memejam. Ahh! Apa lagi yang masih difikirkan? Lafazkanlah wahai sang hati. Agar aku tidak tercari-cari jawapan yang nyata. Senyap. Perasaan ini membunuhku. Hati ini bijak sungguh berdolak dalik. Perasaan ini handal sungguh berpura-pura. Inilah perempuan.
 
Tangan pantas mendarat di atas meja. Buku-buku berfeksyen memenuhi meja sederhana besar. Jari jemari pantas bergerak mencari sesuatu. Dimanakah dan apakah ia? Hati turut mencari tanpa perasaan. Akhirnya jari jemari runcing itu berhenti. Jantung bergetar memainkan irama pop rock. Mungkin. Mata terpana melihat sekeping potret lama.
 
Majlis konvokesyen. Sengaja aku cantumkan antara gambar konvo aku dan kau. Walau majlis konvo kita berlainan tarikh dan masa. Sesungguhnya detik itu kejayaan kita diraikan. Terpegun melihat jubah konvo kemas di tubuhmu. Kacak! Itu yang mampu keluar dari bibirku. Dan aku pasti kau tak akan mendengarnya.
 
Teringat setiap butir kata-katamu. Sayu bunyinya. Aku turut tersentuh. Maafkan aku kerana tak dapat meraikan kejayaanmu. Jangan sedih. Jangan tertekan. Senyumlah. Percayalah setiap langkah kakimu menuju ke pentas. Aku ada di hatimu. Aku juga yakin bahawa disetiap nafasmu. Ada nama aku. Ahh! Lama aku mengelamun sendirian. Lupakanlah kenangan. Agar aku tidak terus hidup dalam kenangan.
 
Potret lama itu diangkat. Wajah kesayangan disentuh. Wajahnya tersenyum. Sama seperti senyuman pertama kali bertamu. Mata bertaut. Bibir tersenyum. Indah. Lima huruf yang digambarkan ketika itu. Doa dalam hati. Semoga kau bahagia dengan kehidupan kau. Walau hakikatnya kau merana. Berhenti. Jangan kau mengeluh lagi. Aku pasti. Kau akan bahagia.
 
Hanya aku yang mencari rembulan masih ada. Mungkin seketika. Walau aku bahagia mengejar bayanganmu. Tak mungkin aku beroleh saat indah dan bahagia bersamamu. Potret lama direnung. Kepala mengangguk dan bibir tersenyum. Puas. Laci meja ditarik. Potret kesayangan. Bersemadilah kau disini. Semoga ada lagi senyuman indah buat aku dan kau selepas ini. Sekian.

Saturday, 25 May 2013

250520130537






Assalammualaikum semua :) Alhamdulillah. Terima kasih kepada para pembaca yang setia membaca blog ini. Terima kasih. Blog ini ditaip sekadar mengisi masa lapang dan berkongsi apa yang aku rasa dalam meniti perjalanan hidupku ini. Bukan mudah apa yang disangka. Bukan mudah apa yang dirasa. Walau pahit, kaki ini terpaksa melangkah. Moga-moga di depan sana aku akan ditunggu oleh sang pelangi yang sangat indah. InsyaAllah. Semua orang mengimpikan sebuah kehidupan yang indah tidak terkecuali aku. Ya aku (^___^)

Petang rabu tu aku balik dari  pasar, terus terpandang encik abah. Bibirku pantas berbicara walaupun wajah tua encik abah tidak memandang ku langsung. Sibuk sangat dengan membaiki kerusi. "Abah, tadi kat pasar ada durian.Durian tu besar sangat. Sedapnya. Abah belilah durian." bila bibirku menyebut panggilan keramat 'abah' pantas en abah memandangku. Bibirnya mengukir senyuman. "Kita makan je buah dari pokok kita." Balas en abah. Dalam hati aku, ntah sempat ke tak aku nak makan buah kat 'pokok kita' tu. Yelah. Kot-kot aku balik perak, durian tu gugur. Melepas aku. "durian musang king kot. Tu yang besar." Rupanya pn ibu tak ketinggalan mencuri mendengar perbualanku dengan en abah. "musang king?" aku gelak. Adoii cik anis, lawak sangat ke nama durian tu? aku dah jakun -.-"

Pagi jumaat, ntah di mana silapnya. Ntah dimana kurangnya, hanfon aku jadi mangsa. "Syauqi, ang marah apa kat kak?" Mungkin aku tak bagi dia main game dalan hanfon aku. |hahaha| tu yang sesedap rasa dia swipe pattern to unlock screen hanfon aku lebih lima belas kali. Lima belas kali dia swipe semua salah. Last-last keluar google account. Sudah! Aku tak ingat langsung email dan password tu semua. Aku keluar bilik, niat di hati nak pinjam hanfon abah, mana tahu boleh ke tahu email dan password google account aku. "Abah nak pinjam hanfon?" perlahan dan kurang jelas didengari oleh telinga en abah? "hahh" aku cuba ulang ayat itu kembali. Kedengaran bergetar. Mula dah. Mula dah. Kali ketiga nak ulang balik ayat tu, air mata dah bergenang. Tak sanggup dah aku nak mintak hanfon. Aku terus masuk bilik. Aiyooo nak mintak hanfon abah pun nak menangis. Mungkin kesedihan aku tu dah bercampur aduk."Tadi hanfon dalam bilik." Terdengar suara en abah di ruang tamu. Ingat tak dengar apa yang aku mintak. Ketika itu en abah lengkap berbaju melayu untuk menunaikan solat jumaat. "Tak apalah, nanti betulkan hanfon tu kat kedai dalam tesco tu." Ada nada pujukan di dalam ayatnya. Bila en abah meninggalkan perkarangan rumah teres itu, aku pantas menapak ke bilik yang en abah maksudkan. Tak ada pun hanfon. Kaki melangkah ke ruang tamu. Aku tersenyum. "Terima kasih abah" :')

Pn ibu banyak membebel kat syauqi. Degil sangat. Syauqi hanya mendiamkan diri. Ya. Dia rasa bersalah dengan kelakuannya. Aku hanya memandang syauqi. Hanya pandangan yang tak punyai apa-apa perasaan. Kosong. Sepatah perkataan tidak keluar dari mulutku. Mati hati. Di tesco aku banyak mendiamkan diri. Bercakap bila perlu. Masih memikirkan nasib hanfon tu. Barang-barang yang dipinta oleh pn ibu aku letakkannya perlahan dalam troli. Troli ditolak tanpa hala tuju dan akhirnya "Anis!" lamunanku terhenti. "pergi amikkan ibu gula tiga peket." aku tersenyum tawar. Lengan zulaika terusku tarik. Setelah sampai di bahagian tepung, gula, roti. Mata aku meliar mencari gula. Tiga peket gula diambil. Setelah meletakkannya didalam troli, aku terpandang en abah memegang sebungkus 'kitkat' yang dalamnya ada dua belas peket kecil-kecil. Aku tersenyum. "Abah, beli yang ni ea?" pantas tanganku mengambil bungkusan 'kitkat' di tangan abah. Sekejap sahaja bungkusan 'kitkat' bertukar tangan. Syauqi ada mintak something kat en abah tapi aku tak pasti apa. Aku hanya kenyit mata sambil tersenyum memandang syauqi apabila 'kitkat' ditanganku. Telingaku dapat mendengar pujukan pn ibu terhadap syauqi "kakak dah amik kitkat dah, cukuplah tu." Tapi bila sampai kat kaunter bayaran. Wow, banyaknya jajan dan coklat syauqi! Mana aci! (^_____^)

Dalam perjalanan pulang ke rumah, en abah singgah pasar. Aku nampak durian. Sedapnya. Sekilo rm12. Mahal giler. Ohh tidak, tunggu aje buah dari pokok kita. Hati berbisik. Mataku hanya memandang durian dan en abah silih berganti. Tak mintak pun en abah beli sebab memang mahal durian tu. Akhirnya, en abah menapak ke gerai sebelah. Alhamdulillah. En abah beli pulut durian. Dapat jugak aku makan durian. Tak 'durian musang king' pun tak apa. Ibu tersenyum memandang ku. Rupanya en abah tak pernah lupa dengan permintaanku. Bersyukurlah kerana ada insan yang masih menyayangimu. Kasih ibu bawa ke syurga. Kasih abah sepanjang masa <3

Selamat petang semua. Jaga diri. Jaga solat. Jaga akhlak. Allah tak akan mempersiakan usahamu. Usahalah keluar dari kepompong kesedihanmu. Keluarlah mencari kebahagiaanmu. Dan jangan pernah lupa, berdoalah dalam setiap langkahmu. Moga-moga ada lagi sinar kebahagiaan buatmu. InsyaAllah.

Friday, 24 May 2013

lumrah.


laptop jahanam.
hanfon jahanam.
lepas ni apa pulak?
moto plak?
sebenarnya bukan apa.
aku bagi muka sangat kat korang.
so korang boleh pijak kepala aku.
cakap aku semua korang tak nak dengar.

Ingat lepas ni aku boleh tersengih
macam dulu ke?
sekali-kali tidak.

peninglah kepala aku kalau macam nih.
fikirkan  perangai korang.
hari ni baru sehari cuti.
belum hari kedua ketiga
seminggu dua minggu.

aku bukan mengeluh tapi..
mungkin akalnya belum cukup
untuk fikirkan mana terbaik.
maafkan kakak.

Tuesday, 21 May 2013

senyumanku adalah palsu.

mungkin Allah tak redha
ya. Allah tak redha
kerana
aku mencintainya secara salah.
jatuh dan tersungkur dari landasanNya
Allahhuakbar
jagalah hati dan akhlak kami.

pagi itu aku bangun
selesai mandi
cermin almari buruk dipandang
hati lebih pantas berbicara dari bibir
anis mesti kuat.

mutiara jernih sudah bergenang di mata
hati tak pernah putus memujuk
anis mesti kuat
jeritnya lagi
kepala laju mengangguk.

hidup sudah diatur sedemikian rupa
laluinya lah dengan hati terbuka
hati tidak pernah jemu berbisik
akal menurutnya sahaja
anis mesti kuat.

hati
walau kau selalu disakiti
kau tetap kuat
kau tetap membisikkan kata-kata semangat
mana datang kekuatan itu.

alat keluli dipandang sepi
sunyi
'saya lepaskan awak'
sebaris ayat membuatkan air mata berderai lagi
lemahnya aku.

sebaris ayat yang tersimpan rapi
kemas di dalam inbox messages
aku akan simpan sampai bila-bila
biarlah
biarlah Allah yang tentukan.

inbox message facebook dibuka
'bidadari saya tak pernah berubah'
'sampai masa nanti saya datang meminang awak'
air mata makin laju mengalir
longlai tubuhku

jika Allah tetapkan dia milikku
pasti kita akan kembali bersama
dalam hubungan yang halal
hubungan Allah redha
hubungan Allah berkati

okey. kesat air mata
senyum. keluar bilik
menonton tv dan kembali ke bilik
menangis lagi
ohh lemahnya aku.

tangisan dalam istikharah tidak pernah berhenti
memohon petunjuk Ilahi
agar tidak dipertemukan dengan orang yang salah
cinta ini biar disimpan sepi
hanya buat suamiku suatu hari nanti.

Tuesday, 14 May 2013

. saya adalah musuh awak .

Jadikanlah air mata yang jatuh di pipimu itu sebagaai penawar dosa-dosamu
. Moga Allah Redha :')



Duhai calon imamku yang tertulis di Lauhul Mahfuz yang masih menjadi rahsia ilahi.. 
Aku akan berusaha mencintaimu dalam setiap sujud gelap malamku,
dalam setiap tasbih cintaku.. 
Aku akan berusaha mencintaimu dalam diamku,
tanpa merosak Izzah dan Marwah diriku.. 
Jagalah aku bila engkau benar mencintaiku kerana Allah.. 
Kerana cinta tidak akan saling merosak tapi saling menjaga.. 
Cintailah aku tanpa harus mengurangi rasa cintamu pada Sang Khalik,
bila saatnya nanti.. 
Ku tunggu engkau dalam gerbang ke halalan yang akan kita bina bersama dan menjalani hidup dalam meraih redha-Nya.. 
Sebelum itu tetapkanlah hatimu dan hatiku menjaga cinta yang kita bina kerana Allah...
Saya adalah musuh awak. Musuh paling nyata. Saya akan ingat sampai bila-bila.

Friday, 10 May 2013

Three in One

Cukup tak nak buat bunga telur? haha. Mengarut!
Assalammualaikum semua. Dah lama tak merapu kat sini. |Huhuhu| Jap jap tengah fikir hari ini nak merapu apa. Tiba-tiba idea hilang di bawa dek angin kipas ni. Okey lah, apa-apa pun tahniah kepada siapa-siapa yang dapat result semalam 9mei2013. Result apa? Result exam la :D Usaha tangga kejayaan. Sebanyak mana kita usaha, sebanyak itulah yang kita dapat. Motivasi untuk diri sendiri jugak supaya jangan banyak sangat main kalau banyak tidur tak apa. |Hahaha| |Motivasi langsung tak boleh pakai!| :p

Kepada yang berjaya teruskan kejayaan anda itu. Jangan lupa ucapkan syukur kepada yang memberi. Yang kurang berjaya, anda dah buat sehabis baik. Tahniah. Usaha kuat lagi. InsyaAllah, anda akan lebih berjaya dari orang yang telah berjaya itu. Allah tak akan sia-siakan usaha anda. Yang berjaya tu jangan pulak bersenang lenang kerana bila-bila masa je anda boleh jatuh. Weii, sakit Ooo bila jatuh! -.-"

Semalam 9mei2013 jugak puan ibu dan encik abah buat kenduri sikit. Just kenduri arwah tok and tokwan dan kenduri kesyukuran. Sebenarnya dah lama berniat tapi ditangguh niat tu. Kalau diikutkan tak baik bila perkara baik ditangguhkan. Betul tak? Encik abah buat kenduri dekat surau je. Puan ibu yang masak. Save budget. Tak gitu? |Hahaha| Makanan puan ibu sediakan dan tang air, encik abah sediakan. Yelah. Orang pakar buat air kan? Serah aje pada beliau. |Hehehe| o.0

Eh, aku dah laparlah. Tapi apa lagi ni nak merapu? |Huhuhu| Terlupa pulak nak ucap tahniah kepada kawan-kawan sama-sama batch kat inspen dulu  untuk result semalam. Kita sama-sama berusaha lagi ye lepas ni. Tapi ada jugak dalam kalangan kita yang dapat result best. Cayalahh! Tahniah diucapkan. Result aku? Tak payah tahu kot tapi bila diingatkan balik. Kelakar la. Lepas exam haritu boleh pulak mimpi dapat result apa. Yang tak boleh blah nya result sama dengan result semester satu time kat inspen dulu. Memang tak boleh blah la kan. Jauh panggang dari api. Bila difikir balik, ada petunjukNya di situ. Alhamdulillah. Result diterima dengan hati terbuka. Bak kata bakal zauj, bukan senang nak dapat result macam tu :D 

Syukur kepada Allah di dalam sujudku. Terima kasih buat encik abah dan puan ibu atas doa beliau. Terima kasih encik awak dan tak lupa juga buat kawan-kawan dan adik-adik sekelas tu. Banyak sangat bagi semangat dan dorongan. Eh! Eh! Menang anugerah apa ni? |Hahaha| Dahlah. Nak p makan nasik pulak. Lapaq dah ni. Jaga diri. Jaga Solat. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga hubungan dengan ibu bapa dan jaga hubungan dengan orang sekeliling. Tanpa Allah siapalah kita. Assalammualaikum \(o.-)/

Terima Kasih encik abah dan puan ibu <3 Tak lupa jugak untuk zulaikha :)

Thursday, 2 May 2013

Amani.


Tangisan sanubari telah terhenti, kala suram suria memancar sinarnya
Pertemuan seindah bayangan firdausi. menjadi zikir kasih yang suci

Lukisan dua jiwa menjadi satu, terkenang detik bertemunya kau dan aku
Santun berhikmah mengingatkan diri, hidup dan mati hanya untuk Ilahi


Mengenggam janji cinta ini, bertemu kasih tanpa jasad
Bicara tanpa suara, hanya tulisan bahasa indah

Mengeratkan antara kita, hinggalah ke akhirnya

Kau ku sanjung kerna pengorbanan, bagai puteri di kayangan
Tika ku lesu hadapi hidup,.kau hembuskan nafas semangat
Penawar hati
Tersentuh plak aku bila dengar lagu dan hayati lirik ni. Serius!! Tak caya, try la dengar sendiri. Lagu ni encik suami cipta buat puan isteri dia. Sweet kan?
Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)
 
 photo an15_zps6q1sivad.png