Sunday, 23 June 2013

salam nifsu syaaban.


Live okey :) SubhanaAllah kuasa Allah. Bulan sangat-sangat terang. Tambahan pula sekarang tengah jerebu. Bila tengok langit macam scary pun ada. Ntah macam mana bila kiamat nanti kan? Lagi takut. Malam ni menghayati bulan yang besar dan terang  pada 15 Syaaban 1434H. Mana tahu tahun depan tak diberikan kesempatan lagi ke. Siapa tahu kan? Apa-apa pun doa yang terbaik aje okey. Maaf untuk semuanya :')

" Dear Allah, I want to take a minute not to ask for anything from You but simply to say thank you, for all I have :') "

Friday, 21 June 2013

welcome back :)

Patutnya ada lima orang. Tapi time tu sorang lagi tengah tidur.  Penat puasa katanya. Ha3
Assalammualaikum semua. Macam mana? Okey? Alhamdulillah. Semoga kalian semua okey-okey sahaja. Ishh. Apa lagi ni nak taip? Sebenarnya  Mati idea :) Hari ni.. Petang ni la kan ada progam kolej. Dua-dua aku tak pergi. Eh, apa motif aku bagitahu korang semua ni. Okey-okey, lupakanlah. Tapi salah satu progam petang ni adalah derma darah. Aku suruh suhaniza, classmate aku. Alah, yang tudung warna kuning dalam gambar tu ha pergi derma darah. Cer korang tengok sat. |hahhaha| Lepas tu dia bagitahu aku, dia tak nak pergi derma. Katanya lagi.. Takut gemukk! Lawak kot. Ada ea orang derma darah jadi gemuk? Aku dah dua kali derma darah. Alhamdulillah. Okey je. |hahaha| Bangga la sangat tu (^______^)

Sepanjang dua tiga minggu ni, pelajaran. Alhamdulillah. Perjalanan pembelajaran pun dah naik gear dua. Boleh dikatakan semakin hari semakin sibuk. Itu belum masuk ada koko, kalu hari koko siaplah balik pukul tujuh. Rasa macam tak cukup nafas je. Tak laratlah main kejar-kejar! Tentang kehidupan aku? Biasalah manusia, Diuji itu perkara biasa. Tempuhi sahaja dengan hati terbuka. Kita layak diuji. Yang penting rindu ibu. Ya ibu. Satu perkataan yang selalu meniti di bibir. Rindu jugak abah dan adik-adik. Tunggulah dengan sabar, seminggu sebelum raya, baliklah saya. InsyaAllah (^_____-)

Tengok gambar di atas, bukan bermakna aku lupa kawan lama aku. Tolong sikit ea. Aku tak pernah lupa kawan yang sentiasa bangun dan jatuh bersama. Maksud aku kawan inspen yang sama-sama menuntut ilmu kat sini. Mungkin bila kelas dah tak sama, kolej kediaman pun dah tak sama, batas pertemuan di antara kami menjadi sangat-sangat limit. Nak amik gambar sama-sama pun jadi tak sempat.|Hahaha| Heii! Aku tak tipu lah! Apa-apa pun, selamat maju jaya kawan-kawan lama. Kalian sentiasa ada di dalam hati. Tak pernah lupa <3

Untuk kawan baru. Bukan kawan tapi adik-adik kot. |hahaha| Selamat maju jaya juga buat kalian. " Bukan senang nak jadi senang dan bukan susah nak jadi susah. " Apa da maksudnya? |Huhuhu| Apa-apa pun, nak berjaya mudah cuma.. Adalah syaratnya. Satu, paling-paling penting ni iaitu usaha dengan rajin. Lepastu doa. Mintak dan terus mintak, Allah akan beri apa yang kita mintak. Dia tak akn persiakan usaha kita. Percayalah :) Lastly, tawakal je. Amalkan surah yasin, ingatan sehari demi sehari akan menjadi lebih kuat. Serius. Ustaz Naim bagitahu, amalkan surah yasin dua kali sehari. Dengar tak adik-adikku? |hahahaha| Jangan nak degil-degil sangat. Kalian kebahagiaan ku di sini AP115 2A ;)  Syukur kepada Allah.

Salam jumaat untuk semua. Semoga anda semua berada di bawah payungan rahmat Allah. InsyaAllah. Hari jumaat, hari penghulu hari. Perbanykan amalan okey. Jaga diri. Jaga solat. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga hubungan dengan ibu bapa dan jaga hubungan dengan orang sekeliling. Ingat tau. Jangan biarkan hidup anda semua berada dalam kesia-siaan. |Ada ke ayat macam tu?| Ahhh, suka hati lah! :D Assalammualaikum.

" Dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan pula kamu bersedih hati kerana kamu paling tinggi darjatnya jika kamu orang yang beriman. "
Al Imran 139

Sunday, 16 June 2013

sama semuanya.

Kata abah kepada anak perempuannya :

" Lelaki itu bukan untuk dibanding-bandingkan ketampanan wajah dan dimainkan hatinya
Sebaliknya untuk
Memimpin iman dan taqwamu."

Kata ibu kepada anak lelakinya :

" Perempuan itu bukan untuk direbut cintanya dan dimegah-megahkan kecantikkannya
Sebaliknya untuk kamu
Lindungi maruah dan kehormatannya."

Friday, 14 June 2013

they are my love.

Ingat semua yang tertulis di dalam ni indah-indah belaka?
Gembira belaka?
Bermacam-macam perasaan digambarkan di dalam ini.
Kesemuaanya perasaan aku dan bukan perasaan kau atau dia.

Perlukah kasihan pada blog? hahaha. Angkat kening.
Aku harap blog ini dapat bersabar dengan karenah aku.
Okey, sayang kau lebih.
Terima kasih atas segalanya.

Ibu,,
Semoga cepat sembuh ya.
Doa untuk ibu tak pernah dilupakan didalam sujudku.
Tanpa ibu. Aku, abah dan adik-adik macam mana lah.
Ibu segala-galanya bagi aku. Ibu sangat-sangat kuat. Rindu ibu.

Abah,,
Tak pernah jemu bekerja kuat. Abah jugak segala-galanya bagi aku.
Rindu abah jugak. Tak pernah lekang buat aku tersenyum dan ketawa.
Tak jemu membebel kat aku. Tetapi bijak memujuk walau bukan secara terangan.
Sanggup berkorban apa sahaja untuk anak-anak.

Adik-adik,,
Sangat membahagiakan aku. Kalau boleh, tak nak langsung berpisah.
Rindu kalian jugak. Kalian jugak adalah segala-galanya.

Semoga Allah panjangkan usia kalian semua. Semoga kalian baik-baik sahaja di sana. InsyaAllah. Tak sabar nak balik rumah walaupun baru seminggu tinggalkan rumah. Hahaha. (^_______^)

Suatu hari nanti bakal imamku juga adalah segala-galanya bagi aku. InsyaAllah <3

Thursday, 13 June 2013

Hope. Hope. Hope.


Assalammualaikum kawan-kawan :) Alhamdulillah dapat lagi jari ini menaip satu persatu perkataan di dalam blog ni dan menjadikan ia lebih menarik. |hahaha| Menarik la sangat. Okey, syukur jugak kerana dapat lagi menyedut udara segar ini. Yelah. Dekat sini mana ada pencemaran. Udara bersih je. Segar bugar kot. (^____-)

Sebenarnya, tak ada cerita apa pun nak update cuma nak bagitahu ni, doa dimakbulkan Allah. Alhamdulillah. Dapat jugak duduk sebilik dengan roomates lama. |hohoho| Sukanya. Okey, classmates pun yang lama punya. So tak payah susah-susah nak melting the ice. Yelah. Asal masuk semester baru, kawan baru, lecturer baru mesti kena ice breaking kan? Lecehlah. Aku kalau benda ni spoil betul lah. My name is Anis Khalilah Bt Abdul Rani. Miss can call me Anis. I am from Sungai Petani, Kedah. Lepas tu tanya kawan sebelah, "nak cakap ape lagi ek?" Sudah! (#.#)! "Introduce yourself" Tetiba kena tegur dengan lecturer. |hohoho|

Semalam lecturer building technology masuk dan edarkan lecture plan, aku tengok tajuk-tajuk yang bakal aku belajar. Tiba-tiba satu perasaan indah dan bahagia menyelinap masuk dalam mindaku. Adoii. Tengok building technology punya subjek pun boleh teringat kau. Ohh bekas senior. |kakaka| Ahh lupakan. Hanya mainan minda di siang hari. Semester dua ohh semester dua. Dah lama berlalu dua tahun yang lepas tetapi masih terpahat di sanubariku. Cewahh. (^_____^)

Semester dua kali ni. Jangan main-main dah. Kang berulang lagi kejadian semester dua yang lepas. Sakit yang menyakitkan bila tak dapat apa yang diimpikan tetapi kita tetap kena bersyukur. Tahu tak kerana apa? Sebabnya, bila kita tak bersyukur, Allah akan tarik balik nikmat yang Dia beri kepada kita. Nak ke macam tu? Sila tanya iman anda. Serius, macam tekanan jugak la bila tengok subjek semester ini. Ntahlah, rasa macam otak ni masih di awang-awangan mengejar mimpi yang tak pasti. ~ tetiba. -.-

Okeylah. Cukup lah kot setakat ni. Kalau aku dah busy lepas ni sorry lah ye. Bukan ku pinta jadi begini, jika takdirnya begini ku terima dengan hati yang terbuka. Pasrah dah redha. Jaga diri. Jaga iman dan jaga akhlak okey. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga hubungan dengan ibu bapa. Jaga hubungan dengan orang sekeliling. Akhlak mencerminkan peribadi kita. Banyakan bersabar. Allah bersama kita. Jangan pernah lupa Allah. Assalammualaikum <3

"Make new friends but keep the old one is silver and the other is gold."

Wednesday, 12 June 2013

aniskhalilah.





Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu,
jika kau hilangkan agama dalam dirimu,
hilanglah cintaku padamu..

Halus perasaan itu 
sehingga aku sendiri susah untuk mentafsirkannya
kadang aku lelah dengan perasaan ini.

Fitrah manusia
Aku sendiri gagal mengelaknya
Makin di elak, makin kuat perasaan ini menghantui ku.

Termenung seketika
aku wajib bangkit dari lena yang panjang ini
agar dapat ku keluar dari kepompong malap yang makin gelap
Muhasabah diri :')

p/s : saya rindu awak. Fullstop <3

Thursday, 6 June 2013

. Tragedi 31mei2013 .


Malam semalam bukak student portal. Ohh ye, kena register course. Mulanya malas giler nak register. Ingat, nanti-nanti je lah. Sebab tarikh tutup lambat lagi, 24hb kot. Fikir punya fikir, daftar je lah. Dah muka pun tercongok depan laptop. Ada berapa subjek ek semuanya? Lupa dah. Tapi subjek koko, aku tak register lagi. Laman web tu kot yang ada problem. Biarlah dulu. -,- muka tapir ke macam nih?

Aku cek subjek untuk belajar semester depan. Garu kepala sekejap. Susahh! Dengan building technology, valuation techniques, economics, law lagi. meraung den macam nih. Sekarang baru sibuk nak cari nota building tech inspen punya dulu. Tapi, aku tak pastilah aku simpan kat mana -.-"

Menghitung hari nak balik perak. Cepatlah habis belajar, aku tak sabar dah nih. Aku nak duduk rumah je sambil goyang kaki. |huhuhu| mau nya kena tarik telinga dengan tok rani. |hahaha| orang suruh belajar pastu kerja bagus-bagus. Aku suka-suka hati nak duduk rumah goyang kaki. Nampaknya, semester ni puasa kat perak la ye. 34 hari je lagi nak puasa balik. (^__-)

Okeylah, aku tak tahu nak taip apa lagi. Semalam dan dua hari lepas ada idea nak menaip apa tapi malam ni dah lupa terus. |huhuhu| So aku stop dulu lah. Mengantuk. Tak boleh fikir dah. Sebelum aku terlupa, takziah buat sepupu atas pemergian isteri tercinta. Semoga arwah berada dalam kalangan orang yang beriman. InsyaAllah. Serius, arwah seorang yang kuat. Aku tak pernah dengar dia mengeluh sakit sedangkan masa tu dia memang betul-betul sakit.

Aku memang ego. Sampai rumah family arwah, aku lihat emak-emak saudaraku semua menangis. Mata aku tertacap pada wajah sepupuku yang baru kehilangan isteri tersayang. Wajahnya merah. Hidung pun merah. Menangis mungkin. Aku melabuhkan punggung di tepi pintu. Tak nak aku pergi kat orang menangis tu. Jap lagi aku pun nangis. Tiba-tiba gadis kecil menghulur tangan padaku. Minta untuk salam. Dia tersenyum. Ahh sudah! Air mataku tiba-tiba bertakung, tunggu masa je nak jatuh. Kuat! Aku kena kuat. Sayunya tengok dia. Usia baru nak berganjak 9tahun sudah kehilangan seorang ibu. Hilanglah doa seorang ibu :'( lepas salam tu terus dia keluar rumah untuk bermain dengan kawan-kawan. Gembiranya dia bagai tiada apa-apa yang berlaku.

"Tiga kali Fatin menangis, Pertama bila dokter cakap mama dah tak ada. Kedua, bila Fatin tengok mama dimandikan dan ketiga bila mama dimasukkan dalam kubur. Lepas tu Fatin dah tak nangis. Abang Alif yang nangis giler-giler." Petah gadis kecil ini berbicara tetapi   semua ini betul-betul mengundang kesayuan di hati. Semoga kalian tabah.
Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)
 
 photo an15_zps6q1sivad.png