Tuesday, 26 November 2013

ibu



ibu sihat?
alhamdulillah sihat. cuma muntahII sikit. tapi ni dah okey.

mungkin muntahII sebab angin kot.
ha. badan banyak masuk angin. doctor cakap kalau dah okey semua ibu boleh balik esok.

waa. cepatnya boleh balik. seronok.
ya. tu pun kalau tak ada apa-apa masalah. kencing okey dan tak muntah-muntah lagi.

alhamdulillah la. tak payah duduk hospital lama-lama.
ya. ibu terasa nak terkencing ni.

ohh. ibu p kencing dulu.. anis tunggu. ibu pas hanfon kat zulaikha.
okey.

*                               *                                       *                                         *                            

zulaikha, kita nak cakap dengan ibu balik boleh? ibu dah keluar toilet kan?
ibu cakap, ibu tak nak cakap.. ibu sakit perut.

okey, tak apalah. biar ibu berehat. ibu tak boleh cakap banyakII
betul tu.

* ibu, semoga ibu cepat sembuh ye dan insyaAllah tiada lagi dugaan buat ibu. Ibu kena kuat semangat kerana kuatnya semangat abah dan semua anak ibu ni terletak pada ibu. Ya, anis ulang lagi sekali semuanya terletak pada ibu :')

Sunday, 24 November 2013

new beginning

ini adalah milik aku dan akan dipakai pada hari bersejarah itu. insyaAllah
Assalammualaikum semua. Apa khabar? Ada baik? InsyaAllah. Mudah-mudahan semua sihat-sihat belaka. |Ye. Aku tahu penggunaan bahasa melayu aku salah. Hoho| Hari ni mendung je kat gurun sahara ni. |hahaha| Macam suram je. Mungkin negeri jiran sebelah hujan. Kedah. Ya! Aku dah mula rindukan negeri itu. Johor? |Negeri tu...Tak pe. Biar aku jawab dalam hati je (^____-)

Hari ni dah nak masuk dua puluh empat jam aku kat perak bersamaan sehari la kan. Heyy tak sabar nak balik pulak 23/12 ni. Hari ni 24/11 bermakna tinggal kurang sebulan je lg. |Hahaha. Siap kira you| Aku harap, biar terasa sekejap je semester tiga ni. Baru semester tiga. |Jerit kuat-kuat!| Empat lima enam belum lagi. Hanya mampu berdoa semoga Allah permudahkan ;')

p/s : Kak fatin cakap, biar kita lambat asalkan selamat. |Eh, ni aku yang cakap| Okey-okey. Kak fatin cakap, biar lambat asalkan kita buat yang terbaik. |Tabik spring lah kat akak! Hee|

Semester tiga, semoga ia membawa semangat yang baru untuk aku dan kawan-kawan agar lebih kuat untuk mencapai kejayaan. Kejayaan bukan datang melayang atau bergolek tapi datangnya melalui usaha. Aku ni pun bukanlah rajin sangat kadang tu datang mood malas, satu apa aku tak nak buat. |Hahaha| Itu aku tapi korang.. Aku tak tahu. Tapi insyaAllah, selagi Allah bagi nikmat untuk aku bernafas.. Aku cuba tidak mengecawakanNya :')

Dengan semangat encik abah dan puan ibu yang aku bawa ini, aku akan buat yang terbaik untuk mereka. InsyaAllah |Alalalala, touching lah pulakkk! Hoho| Segala apa yang aku buat dan lakukan, niatku hanya untuk Allah. Lillahi Ta'ala. InsyaAllah kawan-kawan, pasti ada kejayaan untuk kita walau apa yang kita lakukan. |Heii! Aku tak tipu la!| Tak percaya cuba sendiri. Cuba tau jangan tak cuba pulakk (^_____^)

Oleh itu, dengan ini saya Anis Khalilah Bt Abdul Rani berjanji akan dapatkan sepuluh 'A' untuk spm tahun 2013 bagi mengharumkan nama sekolah ini. |Hahaha. Dah macam berjanji time sekolah menengah dulu la pulak. Padahal tak dapat pun sepuluh 'A'| Okey-okey serius, InsyaAllah, aku sedaya upaya akan lakukan yang sehabis baik untuk semester tiga ni. InsyaAllah. Kawan-kawan ayuhh kita maju! |Semangat. Semangat. Semangat.| :)

Sorry lah antara gambar tak ada kena mengena dengan entry yang aku tulis ni. Cerita tentang kasut tu nanti la ye? Belum sampai masanya lagi nak story. |Huhuhu| Okey lah. Tahniah buat kawan baik aku Siti Norfatihah dan Ainis Salwani sebab. Sebab. Sebab. Korang tanya lah diorang sendiri :p Semoga pemilihan Allah itu akan membawa korang ke jalan syurga. Amin. Jadi isteri yang solehah. |Oppsss! eh belum. Eh belum!| (*..*)

Dahla, makin banyak pulak aku melalut. Jaga diri. Jaga solat. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga hubungan dengan ibu abah dan jangan lupa jangan hubungan dengan orang sekeliling. Penting tau orang sekeliling sebab diorang banyak mendoakan kita. Assalammualaikum awak-awak. Maaf andai terkasar bahasa :]

" Jika kita usahakan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan."

abah
ibu
masturah
zulaikha
syauqi

sentiasa. selalu dirindui.

Saturday, 23 November 2013

sepuluh ringgit.


terima kasih encik bakal zauj
sebab
sebab
sebab
belanja topup. hee

korang nak tahu sebab apa tiba-tiba aku dapat topup free
sebabnya
aku banyak sangat mengeluh. katanya lah.
tapi. aku tak mengaku pun aku banyak mengeluh.
angkat bahu sambil geleng kepala.

alahai. mana aku tak membebel
baru berapa saat bukak intenet
tiba-tiba dah kena tolak rm8
packages apa tah dia bagi.
tak paham betul

anyway
thanks encik khairil azmi bin hussin.
fi hifzillah.

heyy sayang! come on lah!!


hanya kerana dia tidak mengalirkan air mata
jangan kamu sangka hatinya tidak menangis
hatinya mudah rapuh
walaupun luarannya nampak teguh
percayalah
dia banyak bertahan
dan menangis dalam diam
cuma
kamu tidak melihatnya
atau
kamu hanya pura-pura tidak melihatnya
sekian.

Wednesday, 6 November 2013

be strong.



"Jangan tangisi perkara dah lepas kerana ia dah berlalu. Jangan tertekan dengan masa depan kerana ia belum lagi sampai. Hidup tenang dengan apa yang ada sekarang dan jadikan ia istimewa."

suatu perjalanan.

InsyaAllah. Semoga semester depan ada lagi rezeki dari Allah. Amin.
Assalammualaikum semua. Alhamdulillah. Nampaknya bumi jelapang padi ni murah rezeki. Hujan :) Semoga rezeki bertambah-tambah juga untuk semua hamba Allah ni. InsyaAllah. Lama dah aku tak update kan? Biasalah orang malas. Macam tu la. Tambah pulak tak tahu nak tulis apa. So diam je lah. Bukankah diam tu lebih baik? ... Kan? (^____^)

Okey, hari ni aku nak kongsi sikitlah tentang perkembangan aku. |hahaha. Dah macam artis lah pulak. Poyo!| Okey, concentrate sikit -.-" satu nov haritu result exam semester dua keluar. Nak kata berdebar.. Tak lah sangat sebab mungkin dah puas berdebar kot lepas aku buat salah time jawab exam dulu. Mana tak gelabahnya, keluar dewan terus bincang jawapan then dapat tahu jawapan aku salah. Jawapan punya markah bukan satu dua tiga markah cik adik oiii tapi sepuluh lima belas markah. Huhhh. Entahlah. Menangis jugak bila rasa diri cuai sangat tapi nak menyesal buat apa kan? Dah hantar pun buku jawapan tu. Cuma aku amik pengajaran dan terus tawakal kepada Allah. Esok lusa exam subjek lain, tolong jangan ulangi lagi kesilapan yang sama. ~ cakap dekat diri dan bisik dalam doa (-.^)

Ingat lagi masa first subjek, valuation. Valuation ni memang bidang yang aku belajar. So untuk dapatkan dean list kena dapatkan 'A', tak kesah 'A-' ke, 'A+' ke janji 'A'.. Kalu tak, selamat tinggal dean list. Kebetulan valuation semester ni memang pure kira-kira. Aku memang surrender bab kira-kira. Entahlah. Bila kira-kira, aku jadi lemah longlai. |huhuhu| Lepas tu, dulu time kat inspen.. result semester dua, aku memang jatuh teruk. Aku tak tahu kat mana salah aku. Mungkin banyak main. |hahaha| So semester dua dekat uitm ni pun aku rasa tak sedap hati. Aku takut result tu akan kembali muncul dalam diri aku. Susah nak diceritakan bila dah jadi fobia dengan sesuatu. Kebetulan time valuation haritu, satu soalan yang bernilai dua puluh lima markah, aku rasa macam burn macam tu je sebab kecuaian aku sendiri. Tapi aku yakin Allah pasti bantu aku. " Alah Anis, mesti sir baginya lima belas atau enam belas markah untuk soalan yang kau salah tu sebab jalan kerja kau buat betul." Hati sentiasa berbisik positif untuk terus aku kuat. Wahai para malaikat, aku tahu.. pasti kau yang mendorong hati aku untuk berbisik sedemikian :') 

Untuk economics, frust jugak dengan subjek ni. Subjek dua yang terakhir. Bayangkan, balik-balik bilik terus bukak buku economics. Aku cek jawapan. |Hahaha| lepas tu jawapan aku salah. Soalan abcd je yang aku berani cek jawapannya. Dapat je tahu jawapan salah. Aku gelabah. |Padan muka kan. Siapa suruh cek.| Alah Anis, kau salah lima je dari tiga puluh soalan." |hahaha. Pandai pulak sedapkan hati sendiri| Then aku tutup buku. Aku simpan kertas exam economics terus aku study law. " Barang yang lepas tak usah dikenang lagi."

" Ya Allah, jauhkanlah aku dapat 'c' untuk subjek economics, dapat 'b' pun syukur alhamdulillah." Inilah doa untuk aku hilangkan risau bagi subjek economics. Kawan-kawan, sesungguhnya.. Berdoalah. Sebab dengan doa, Allah akan tahu yang kita betul-betul nak kan sesuatu. Dengan berkat doa ini, bukan sahaja doa aku, malahan doa ibu abah, awak, pensyarah dan kawan-kawan semua alhamdulillah, Economics Allah bagi 'b+' bukan 'b' syukur. Semoga aku akan jadi orang yang bersyukur tak kira ketika senaang atau susah. Amin (*___-)

Hasilnya, tengok gambar kat atas. Alhamdulillah. Dean list lagi untuk kali keduanya. Kawan-kawan doakan aku supaya terus dapat dean list setiap semester dan berjaya dapatkan anugerah naib canselor ye? InsyaAllah. Jika rezeki Allah memihak kepada ku. Andai tiada doa ibu abah dan doa kalian semua, bukan mudah untuk dapatkan semua ni. Alhamdulillah. Untuk semester ini, kawan baik aku.. Intan Shafinaz bt Roseland jugak dapat dean list. Syukur. Kegembiraan aku, hanya Allah sahaja yang tahu. Kepada kawan-kawan lain yang kurang berjaya tu, cuba lagi terutamanya adik aku yang paling aku sayang dan tersangat comel tu, Saidatul Suhana. Usaha lagi, kamu hampir-hampir sampai dah di puncak kejayaan. Akak yakin.. Kamu boleh. InsyaAllah.

Kawan-kawan sekalian, Allah maha membantu. Terus yakin kepada Allah. Allah sayangkan kita. Ingat tu. Allah uji kita semahunya tapi ingat, tanpa disangka-sangka Allah bagi sesuatu tanpa kita jangka. Itu adalah hadiah balasan kesabaran kita. Fikir positif. Aku harap, apa yang aku kongsikan membuka minda kawan-kawan semua bahawa doa adalah sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Dan nak berjaya, amalkan solat hajat serta suntik motivasi yang positif dan membina dalam diri. Bukan cakap bukan-bukan kat diri tu. Sentiasa puji dia tapi jangan puji diri depan orang ramai. Tu namanya bangga diri :P

Aku bukanlah terbaik sangat pun. Nak berkongsi sikit-sikit bolehlah. Sama-samalah kita amalkan. Ehem-ehem, nak berjaya jugak.. solat jangan tinggal. Jangan melawan cakap ibu abah. Kalau dah melawan tu, pandai-pandailah p mintak maap ye :) Okeylah, cukuplah aku membebel sampai sini. Habis pulak yes aku ni. |hehehe| Jaga diri. Jaga solat. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga hubungan dengan ibu abah dan jaga hubungan dengan orang sekeliling. Maniskan senyuman di bibir bukan maniskan gula dalam minuman ~ tetiba.

p/s : kepada khairil azmi bin hussin, andai ada rezeki saya untuk dapat anugerah naib canselor, datang jangan tak datang majlis konvo saya. ~ ia juga berbaur ugutan ;) Assalam.
Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)
 
 photo an15_zps6q1sivad.png