Tuesday 25 February 2014

seputih kain kafan.


zikit taubat nasuha
dengan ini, saya mengaku semua ni salah saya. salah saya. salah saya. tapi tak apa. biarkanlah semuanya. biarkan. saya tak larat dah.


selamat tinggal semuanya ;'(
all's the best.

Sunday 23 February 2014

ingatbalik.

sodap!


pepero ni daripada filzah arinah. hee. kad dan jam cantik daripada ain, su dan ecah. Pencil case comel daripada amal! syukur!

Assalammualaikum awak-awak. Okey satu lagi cerita akan di update. Lepas ni aku tak ada dah hutang apa- apa ye? |heeee| Alhamdulillah. Aku dah selamat sampai pun kat blok cempaka 2, uitm seri iskandar. Syukur. |hahaha| Turun je dari bas.. Allah! Bahangnya 'gurun sahara' ni. Apa-apa pun, ada rahsia Allah disebalik ni semuanya. InsyaAllah. Yang paling penting, best sangat dapat balik rumah. Dapat tengok ibu abah dan adik-adik. Lagi satu dapat tengok rumah baru. |Tak boleh blah dapat tengok rumah baru konon.. Padahal baru siap foundation :P| Btw seronok sangat.  Kalau ada lagi sedikit kesedihan di hati itu, biarkanlah. Lumrah kehidupan.. Ye dak? :D

Okey, Sorry lah.. Patutnya kena update entry ni selepas dua minggu birthday aku tapi tak ada masa. Busy sangat. |Tu la orang suka tangguh kerja, macam ni lah!| Sekarang aku just nak cerita, terharu pun ada jugak. |huhuhu| Heii, budak-budak ni.. Ada- ada je yang dorang nak buat kejutan.

" Teringinnya nak makan spaghetti."
" Tak pe, nanti su buatkan kak anis ea? "
Aku tersengih. Yek jek budak nih ;P

Lepas maghrib tu, " happy belated birthday kak anis! " ~ ain dan su
" hah? " aku pulak yang terkejut beruk. |hohoho|

Yang seronoknya tu bila tengok dorang bawak makanan. Bestnya.. Lepas tu dorang bagi hadiah, aku dah dapat agak dah hadiah apa :D Alhamdulillah. Lepastu amalina a.k.a amal datang. Wah! lagi bertambah seronok. Alhamdulillah. Anugerah Allah yang tiada ternilai. Rindu terubat. Tapi aisyah a.k.a ecah tak ada, tapi tak apalah, hadiah tu dari kamu semua kan adik-adik? Ia akan disimpan dan dijaga dengan sebaiknya. InsyaAllah <3

Terima kasih Suhaniza
Terima kasih Ain
Terima kasih Amal
Terima kasih Ecah

Dua orang sudah melangkah dan meninggalkan kami untuk menuju ke arah cita-cita masing-masing, kami di sini memang tak dapat dah cari pengganti persis atau serupa kamu berdua. Memang tak dapat :')
Selamat maju jaya. 

cuti-cuti negeri perak

Kellie's Castle

mereka. teman seperjuangan

Gua Tempurung
Tadaaaa.. Orait. Assalammualaikum semua. Syukur. Dapat juga update cerita yang lebih kurang dah basi. |huhuhu| Ni raya cina punya cerita. Al maklumla, nak balik rumah time tu busy, cuti sekejap.. So nak release tension, berjalan la sekejap sekitar negeri perak. Nasib baik kawan - kawan okey. Alhamdulillah. Dapatla pergi shopping kat ipoh |shopping la sangat| lepastu pergi kellie's castle dan gua tempurung, Serius. Tak tipu. Best sangat-sangat bila dapat tengok keindahan ciptaan Allah dan bangunan bersejarah tu.

Gambar yang atas sekali tu gambar bangunan kellie's castle, rumah lama dan rumah baru kellie. Orang cakap bangunan ni berhantu tapi ntahlah.. Alhamdulillah, ktorang tak terserempak dengan apa-apa pun. Tapi serius binaan bangunan tersebut amat mengangumkan. Okey, sini nak bagitahu.. Nak masuk kellie's castle kena bayar rm5 dan nak masuk gua tempurung kena bayar... aku dah lupa tapi package yang ktorang ambik tak la adventure sangat.. So tak la mahal sangat, bawah rm10. 

Oleh itu, kepada sesiapa yang dah kat perak tu tak tahu nak berjalan ke mana, pergilah gua tempurung. Serius cantik walaupun dalam gua tu gelap. |Gelaplah sangat| Yang boleh aku katakan, gua tempurung ni lebih kurang macam gua kelam kat perlis tu tapi gua kelam tak ada tangga yang tinggi-tinggi macam batu caves tu. So kalu korang nak tahu dengan lebih terperinci, pergilah.

Terima kasih kawan-kawan :) Okey lah kot, Janji update kan? Aku hutang korang satu lagi entry.. Itu tentang kejutan birthday aku daripada adik-adik kesayangan. |dapat makan speggeti you :D| InsyaAllah. Kalau aku tak busy, aku update la ea? InsyaAllah bila dah okey-okey nanti. So sekarang aku nak tidur, esok nak balik dah. |hahahaha| Doakan yang terbaik untuk aku ye? Untuk semester tiga aku ni. Untuk kehidupan aku. InsyaAllah. Thanks awak-awak <3 Orait, jaga diri. Jaga iman. Jaga solat. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga hubungan dengan ibu abah. Jaga hubungan dengan orang sekeliling. Senyum aje okey. Assalammualaikum.

" Sakit tak? "
" Sakit. Tapi tak kan nak tunjuk kat orang? Kita simpan dalam hati aje okey? "

Thursday 20 February 2014

pada awan biru ku melakar kata-kata

thanks to k.a :)
Assalammualaikum semua :) alhamdulillah. Masih lagi boleh tersenyum walaupun berat betul beban di dalam kepala :) Tak apa, Allah kan ada. Syukur! Okey. Cuti sabtu ahad kembali lagi. Nampaknya, semakin hampir sudah dengan bulan tiga. Apa ceritalah dengan semester tiga aku ni? |hahaha| Ntah. No comment (O.O)

Alhamdulillah..
Assignment estate agent beserta presentation : DONE
Assignment land use beserta presentation : DONE
Presentation CTU : DONE
Assignment statistic : DONE
Dua assignment jpam beserta exam kawat kaki : DONE

Cuma tinggal..
Assignment investment beserta presentation dan assignment building beserta presentation. Dan tidak lupa jugak pembetulan assignment CTU. Lepas settle semua ni kena concentrate pada test kedua. Lepas tu final exam. Allah. Permudahkanlah segalanya. InsyaAllah <3

~ Assalammualaikum negeri jelapang padi. Aku harap, kepulangan aku ke pangkuan keluarga esok akan dapat meringankan beban di hati dan di kepala. InsyaAllah. Sekejap je balik tapi ia memberi makna yang amat besar untuk diriku ;')

Friday 14 February 2014

investment test.

Stress aku. Itu je yang boleh aku luahkan dan katakan. Ahh. Di mana silapnya? Ya. Silap aku sendirinya. First kira, confident kot.. Lepastu gone. Hurmm. Apakah?

Cuak bila lecturer duduk depan aku. Terasa macam dia tengok je jawapan yang aku tulis. Padahal, dia tak tengok pun. Mungkin dia tak tengok. Mungkin dia tengok. Mungkin dia tak tengok. Ntah.

Soalan kira-kira satu je kot tapi sampai dua kali aku mengira. Jadi tak confident. Aku asyik mengira benda yang sama, sampai boleh hafal soalan. Satu lagi soalan essay.

Balik test, naik atas katil bertemankan note book, pensel picit, calculator dan pemadam, aku kira balik soalan test tadi. Yes! i get it. Jawapan yang aku yakini betul. InsyaAllah.

TAPI. MASALAHNYA.

Dekat kertas jawapan test tadi aku jawab lain. Kalau yang betul pun cuma sipi-sipi. Ya Allah, idea dekat otak ketika test tak boleh fikir selogiknya. Kesian lecturer yang mengajar.

" sir, saya faham apa yang sir ajar. Serius. Saya tak tipu tetapi bila darah gerumuh saya datang, spoil semuanya. Sir mesti perasan saya asyik buat graf yang sama je. Maafkan saya sir. Sir mengajar memang dah terbaik cuma silap saya kerana mengecewakan sir."

Kenapakah? Ada lah tu aku buat silap dengan Allah, ibu abah atau orang sekeliling. Maafkan aku :'(

Tapi aku susah hati dan sedih sebab test semester ni betul-betul tak memberangsangkan untuk diri aku. Aku kecundang. Kecundang.

Final exam. Bagaimanakah? Aku harap, ada sinar dan pentunjuk untuk aku mencari jalan kejayaan. Amin. La tahzan.

Allah....makin Allah syg..mkin dihulurkn ujian..moga tabah

Sunday 9 February 2014

New image! yeke?



Alhamdulillah! Yeeehoooo! spec baru you!
Tapi bukan den yang punyalah tapi
encik tunang punya :D

P/S : Banyak benda yang aku nak update tapi tak ada masa la. Nantilah! Assalammualaikum :)
Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)