Sunday 11 May 2014

kebahagiaan mereka. kebahagiaan aku :)



Assalammualaikum semua. Alhamdulillah. YES bagi kredit free boleh la aku update blog ni. |hahaha| Dekat sebulan dah aku kat rumah. Still belum puas okey goyang kaki. |huhuhu| Minggu lepas.. Cuti kan? Abah bawak kita orang p pantai merdeka. Bawak naik bot lagi |jakun!| -..-"

Btw memang dah lama aku tak pergi pantai merdeka tu. Eh, nampak sangat tipu. Bukan. Maksud aku macam ni, aku dah lama tak pergi pantai merdeka naik bot. Last naik bot pun time aku darjah berapa tah. Time tu still tak pindah kedah lagi. Lama dah kan? Family aku memang jarang pergi pantai merdeka. Kalau tanjung dawai tu.. Ha, memang favourite. P pekena ikan bakaq. Memang best.

Tapi tak pelah, cuti kali ni pergi pantai merdeka pun okey. Bawak pulak yang tersayang kan? |hahaha| Apa-apa pun terima kasih encik abah dan puan ibu. Dan tak lupa juga buat adik-adik kesayangan. Dan kepada encik kacak baju biru dan adik comel baju merah.. Thanks sudi datang negeri 3musim ni. |kedah ada musim bunga okey. Hahaha| Tak paham sudah -.-"

Okey la tu datang sini dapat pergi tanjung, laut, pantai dan sungai. Sawah padi je tak sempat nak ajak pergi sebab kering kontang. Kalau tak, dah lama ajak berkubang dalam bendang bersama kerbau-kerbau kesayangan. |hahaha| Ibu dan abah pun asyik bawak dorang berjalan. Aku pulak kena duduk rumah. Abah kata, tak muat kereta nak pergi ramai-ramai. Aku terus menjerit. Tak fair!. Tak fair! Okey fine, aku tipu.

" Abah nak pergi mana? " - aku
" Nak bawak khairil beli tiket. " - encik abah
" Nak pergi berapa ramai? " aku
" Kami p empat orang dah la. Nak p ramai-ramai buat apa. Bukan nak hantar orang p umrah sampai ramai-ramai nak p. " encik abah.

Aku tepuk dahi. Dah terkena dengan encik abah. Boleh pulak encik abah pekena aku. 

Okey. Terima kasih untuk semuanya. Sayang kamu semua ketat-ketat (^________-)

sakura malaysia!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)