Saturday 21 June 2014

selamat bertunang.


Assalammualaikum semua. Hari ni aku nak kongsi sikit tentang kegembiraan di dalam keluarga Encik Abdul Rani. Alhamdulillah. Syukur. Selamat sudah majlis pertunangan adik kesayangan bersama pasangannya. Anis Masturah bt Abdul Rani dan Khairul Azwan bin Abdul Wahab. Tahniah. Kat sini aku letak gambar masturah je la.. Okey? Gambar tunang dia, tunggu dorang kahwin ea? Hee

Sepanjang cuti semester hari tu, memang bertungkus lumus la siapkan persiapan pertunangan dia. Rasanya, aku lagi excited berbanding dia. Tapi tak pelah, kalau jodoh dia dah sampai dulu.. Aku sebagai manusia tak kan nak halang ketentuan Allah. Biarlah kan. Mungkin ada hadiah yang lebih indah dari Allah buat aku. Aku yakin :) alah. touching lebih pulak.

Apa-apa pun, aku gembira dengan apa yang Allah telah tulis buat adikku. Semoga bahagia adik dan pasangan. Tak payah nak lama-lama tunang tu. Takut kena hurung dengan semut api pulak. Wakakaka. Btw jaga hubungan yang baru dibina ini elok-elok. Matangkan hati. Matangkan fikiran dan matangkan akhlak. Tak lama lagi nak jadi isteri orang dah. Hoho



Hantaran yang atas daripada pihak lelaki dan yang bawah daripada pihak perempuan. Bagi pihak masturah, aku yang siapkan mengikut kekreatifan aku sendiri. Lantakla orang nak kata apa kan. Huhuhu. Btw aku dah buat yang terbaik untuk adik kesayangan. Berebut dorang nak bawak dulang yang berisi coklat. Okey. Aku nampak. Hahaha. Hantaran masturah simple je.. Just bagi sireh junjung, kek, coklat, gula pasir, bahulu, kueh kapal terbang dan buah-buahan.. Jumlahnya 7 dulang dan dibalas 5 dulang yang merupakan sireh junjung, kek, kueh cakar ayam, jelly dan buah-buahan. 

Alhamdulillah. Selesai sudah semuanya. Sekarang hanya menunggu detik-detik untuk disatukan pula. Dengar-dengar cerita hujung tahun ni? Hahaha. Apa-apa pun tunggu okey ;) InsyaAllah. Okey la, sampai kat sini je la karangan kali ini.. Nanti aku update lagi ea? InsyaAllah. Jaga solat. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga hubungan dengan ibu abah. Jaga hubungan dengan pensyarah dan jaga hubungan dengan kawan-kawan. Tak lupa juga dengan orang sekeliling. Maka tenang dan senanglah kehidupan kita semua. InsyaAllah. Assalammualaikum :)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)