Friday 23 October 2015

which one. seri iskandar or shah alam?

keputusan. semoga dipermudahkan. amin
Assalammualaikum semua. Mudah mudahan anda semua okey. InsyaAllah :) Sedikit masa lagi kita akan berjumpa dengan hujung tahun 2015. Sekejap je kan masa? |huhuhu| Tahun depan dah nak kat 24 tahun dah aku nih. Apa aku nak buat lepas ni? InsyaAllah.. Aku akan sambung belajar lagi. Dah memang cita cita dan niat aku sejak dari Inspen dulu lagi.. Aku janji, aku akan genggam jugak segulung ijazah. InsyaAllah. Walau aku tengok ramai kawan kawan dah kerja, government lagi. Ramai kawan kawan dah tunang, kahwin, dan ada anak.. Tu semua tak mematahkan semangat aku. Uhmmm mungkin ada sikit tapi, move on je anis. Allah ada dan Dia adalah perancang yang terbaik.Akan tiba masanya jugak untuk aku lalui semua tu. InsyaAllah (-.*)


Okey, alam praktikal dah tamat pun sebulan yang lepas tapi aku still stay kat rahim & co alor setar ni, alhamdulillah la kan. Rezeki. InsyaAllah, hujung bulan ni aku akan kembali ke sungai petani dan jadi penganggur terhormat kat rumah. |hahaha| seronok dan beronok ronok la kan. Cuti. Siapa la tak suka cuti lagi lagi student macam aku nih. Tapi sesetengah student lain lagi suka bekerja sebab dapat income tapi kalau aku, aku suka duduk rumah. macam macam perangai pulak -.-"

Berkenan tajuk di atas. Which one? Allahu. Ntah. Runsing. Maka istikharah lah! Okey, kembali kepada Allah. Perancang segala kebaikan. Dan kata hati tak pernah salah. Percayalah. Setelah dikaji dan fikir pron and cons, aku memilih seri iskandar. Atas sebab apa? Ibu. Ya, sebab ibu dan jugak abah ;) tak lupa jugak sebab ain. InsyaAllah, aku akan bersama dia sampai bila bila. Terus bersama dia susah dan senang. Apa perangai dia sekali pun, aku akan telan sebab aku tahu dia ikhlas berkawan dan bersih hatinya untuk menyayangi aku sebagai seorang kakak. Alhamdulillah. Dengan keputusan ini, aku berserah kepadamu Ya Allah :')


Ya. Memang ramai dan boleh dikatakan semua kawan kawan aku sambung study kat shah alam, so buat apa aku kat seri iskandar.. Tak kan nak krikk krikk krikkk je. Tak apa anis, Allah ada :) Tak apa la, dulu ibu dah pesan, seri iskandar je.. Senang nak balik. Lagipun dua tahun je. Lepastu kalau study kat shah alam pun, memang boleh pergi kluang, tapi KA bukan ada kat kluang.. Lagipun malas nak ganggu dia kerja. So seri iskandar je. Usaha sungguh sungguh. Kekalkan prestasi macam diploma, malahan kena tingkatkan lagi dan insyaAllah berjaya. Amin (*.*)

Okey lah.. Sat g nak lunch dah. |heee| Jaga Solat. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga hubungan dengan ibu abah dan jaga hubungan dengan orang sekeliling. InsyaAllah, Akan tenang hidup anda semua. Mudah mudahan. Amin. Assalammualaikum.

p/s : Lupa nak bagitahu, adik aku.. Anis masturah dah nikah tau. 21/8/2015. InsyaAllah. Nanti ada masa, aku update tentang perkahwinan mereka [Anis Masturah & Khairul Azwan] <3
Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)