Tuesday 24 November 2015

He Call Me PRINCESS (^_____-)



Atas dasar hubungan kekeluargaan, kita berdua kembali rapat. Kau pernah kata, kita rapat macam belangkas. Lantas, kau bagi aku gambar dua ekor belangkas. Aku tersengih. Dalam hati, melampau betul.

Aku pun tak sedar bila hubungan tu semakin rapat. Kau sedar? Aku pasti kau pun tak sedar. Dalam masa yang sama, kau la bodyguard aku. Jadi mata, kaki, tangan aku senang cerita. Kadang orang tengah mark aku, aku tak nampak. kau nampak. Tu istimewanya kau!

Kau pernah berjanji nak kahwin lepas aku kahwin. Serius je dia ni.

Bila keserasian itu ada, kita mula keluar. Kau bawak aku pusing pusing satu negeri tu. Aku terharu dengan pengorbanan kau untuk aku. Aku rasa kau dah korbankan satu hari cuti kau buat aku. Terima kasih.

Kau bawak aku pergi tiga tempat. Tempat satu. Tempat dua dan Tempat tiga. Aku ingat kau nak bawak aku pergi tempat dekat dekat je sebab dalam perjanjian, jalan dalam negeri yang sama. Bila aku tanya nak ke mana? Kau kata, kita jalan je. Sampai aku terkejut nampak signboard negeri sempadan. Gila!

Dalam perjalanan, kau cerita kau. Aku cerita aku. Kita semakin mengenali. Banyak mulut kau ek. Aku terhibur. Lepastu, kita makan, kita solat dan sambung lagi perjalanan. Jalan mencari ketenangan. Tenang melihat ciptaan Allah.

Terima kasih untuk semua memori

Kau bawak aku lalu depan kolej kau. Galak betul mata aku tengok kolej kau sebab aku minat gila dengan pekerjaan kau sekarang. Aku bangga dengan kau. Kau suka tengok helicopter kan? Now helicopter depan mata kau. Selamat berkhidmat. Kau bayang je aku tengah tabik hormat kat kau.

Serius. Aku sayang dengan hubungan yang kita ada sekarang. Aku tak nak ia terputus lagi tapi andai kau relakan, aku terpaksa. Biar darah yang mengalir dalam tubuh kau menjadi bukti hubungan kekeluargaan yang kita ada. Darah yang mengalir dah sama tapi aku tak pasti kau rasa atau tak apa yang aku rasa.

Aku tak jamin macam mana pengakhiran hubungan ni. Terputus macam tu je atau ada la khabar berita. Aku tunggu.

Tapi kau macam dah berubah. Aku tak kesah kalau kau nak jaga perasaan dia berbanding darah daging kau sendiri. Tapi jangan buat aku macam batu bersurat. Pertanyaan aku, kau tiup macam angin dekat kuala perlis. Kau ingat aku tak ada perasaan.

Bila aku mintak untuk menoktahkan semuanya, kau kata aku merapu. Kau nak macam mana sebenarnya? Kau nak jaga perasaan aku kan. Aku rasa better kau jaga perasaan dia.

Aku pernah buat keputusan untuk terus senyap tapi apakah daya aku, kau hargai aku. Kau banyak bantu aku. Tak kan aku nak terus tinggal macam tu.

Aku hargai kau
Aku sayang kau
Aku tak kan lupakan kau
Aku janji

Dan tolong rendahkan ego kau untuk ucap kata maaf. Dah lama aku tunggu. Tak kan aku je mintak maaf ~ no problem princess

Suatu hati nanti kalau aku pergi, bermakna aku nak kau bahagia tanpa fikirkan aku lagi. Hadirnya aku hanya seketika cuma untuk menduga. Mungkin. 

Kita satu keluarga, pasti kita akan berjumpa lagi dan bila kita jumpa ketika itu, pasti kita akan tersenyum sama sama apabila teringat kisah ini.

* idea dari langit maka terhasil lah nukilan ini. HAHAHA. Boleh buat novel ni. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)