Sunday 6 March 2016

Wani & Wadi [2016]

moga moga bahagia sehingga ke syurga Allah :)

Assalammualaikum dan haiii uolls :) Hari ni cuti lagi dan tak ada kelas! Yeayyy! Bestnyeeee! So harini nak update entry yang dah berlapuk sebulan yang lepas. Bukan apa, malas nak taip panjang panjang. sebab tu asyik peram je entry nih. Disebabkan harini cuti lagi, mai aku update sikit tentang majlis perkahwinan bff aku nih [wani & wadi] yang berlangsung pada bulan februari haritu. Raya cina. Meriah beb! Seriously dan pengantin comel! Btw selamat pengantin baru buat wani dan wadi. Alahai, macam pelik pulak panggil wani. Selalu aku panggil ainis. Aku tahu apa dalam kepala otak korang? Ye. Nama aku dengan ainis ni lebih kurang je. I'm anis and she is ainis (^_______^)


Alhamdulillah. Majlis berjalan dengan selancarnya. Syukur. Demi bff nih, aku dengan intan sanggup datang ke kelantan untuk jadi bridemaids ainis. Cewahhh |hahahaha| Rasanya tak ada la bridemaids sangat pun. Saja suka suka, Lagipun kat kelantan ni pun ramai kawan kawan tinggal dekat sini. Eha pun duduk sini. Syafa, suhaila, suhaniza dan ain. Tapi sayangnya aku tak dapat jumpa ain dan suhaila. Nak buat macam mana, rezeki tak menyebelahi kan :( Sebab ramai kawan kawan dekat sini, nak jalan jalan kat sini senangla |hahaha| btw thanks kepada semua kawan kawan yang sangat caring time bercuti di kelantan haritu. Sayang dan rindu korang! InsyaAllah. Nanti kita jumpa lagi. Actually rindu dengan anak syafa yang comel + bijak tu! Geram!! (^_______*)


Berbalik kembali kepada majlis ainis haritu, aku bertolak dari sungai petani ke kota bharu hari ahad pagi tu dan majlis hari selasa. So sampai maghrib tu, eha dan suami tercinta mai amik aku dan intan kat stesen bus. Bila eha sebut dekat tesco ke? Aku macam blur blur, padahal sebelum ni aku dah pernah pergi kot |hahaha| Nasibla nakk dapat kawan macam nih! Last last eha suruh amik gambar sekeliling. Lepas eha amik tu, terus ke tesco, kan tesco dah dekat, eha beli barang sikit. Sampai rumah, eha masak mee goreng. Alhamdulillah. Kenyang dan sedap! Malam tu eha ajak ke wakaf che yeh. Bolehla cuci mata. Serius, memang aku cuci mata je, tak beli apa pun. Intan ada jugak beli baju untuk fifi. Aku? Tak ada apa pun untuk encik tunang. Sorry. Tak rasa tertarik pun kat tshirt tu |hohoho| 


Keesokkan harinya breakfast nasi goreng best dari faiz's wife aka eha la tu, my bff. Lepas breakfast tu, sue datang amik untuk ke rumah ainis di kok lanas. Kebetulan dia nak ke majlis perkahwinan, so satu jalan je la. Sesampai je rumah ainis, bukan main berborak, tak ingat dunia. Aishhh. Macam macam cerita uolls. Biasala lama tak jumpa. Rindu semuanya. Petang tu, settle gubah hantaran ainis dan ainis sibuk dengan berinai. So aku dan intan la bertungkus lumus gubah hantaran. Rasanya time tu la nak bermanja dan nak mengenakan intan sebab intan sambung degree di shah alam. Sedihh :( Intan dan alia try pujuk untuk sambung di shah alam. Bukan sekali tapi berkali kali tapi aku berdegil. Aku tak nak hati yang semakin sembuh ni luka kembali. Itu je. Aku tak nak bila aku ke sana, satu persatu kenangan dulu terungkai kembali dan mungkin ia akan menggangu aku. So biarkan aku di sini, terus melangkah tanpa dibayangi kenangan dulu. Kalau la kan, aku diberi peluang untuk kembali pada masa dulu, aku tak nak kembali pun sebab aku tak nak sakit lagi :')


Hari yang dinantikan, majlis ainis dan suami tercinta. Aku tengok pelamin dorang, rare gila. Nanti korang scroll gambar kat bawah ni okey. Aku rasa, ni baru first time aku tengok pelamin macam nih |hahaha| Tak tahu kalau korang pernah tengok pelamin lagi rare dari ni. Lauk pun best, orang kelantan pun okey, tak sombong lagi lagi family ainis :) umi dan papa serta adik adiknya. Umi siap bekalkan makanan lagi balik tu, best! Time majlis, tak dapat jumpa umi dengan papa lama pun sebab ikut pengantin p outdoor dekat tasik dan ktm gua musang. Ohhh yeay! Gambar aku dan intan bersama pengantin.. Mesti akan buat ainis ingat kita orang sampai bila bila sebab gambar kita orang ada jugak menyelit dalam album pengantin |hehehe| Kalau ainis bagi gambar tu, nanti aku share ye dalam ni. InsyaAllah (^________^)


Lepas outdoor, aku balik ke kota bharu dan stay rumah syafa. Alhamdulillah. Malam tu, borak panjang jugak dengan syafa. Macam macam cerita. Bestnyeeeee. Aku kenal syafa dua semester je tapi rasa macam dah lama kenal. Mungkin sebab dia caring sangat kot dan sifat tak kesah tapi jangan amik  kesempatan okey dengan kebaikan dia. Kau pijak kepala dia, dia henyak kepala kau balik |hahahaha| Esok paginya ready untuk balik ke sungai petani kembali. Alhamdulillah. Allah permudahkan segalanya. Last tu, dapat jumpa sue, peluk cium semua sebelum dia gerak ke bandar kota bharu. Alhamdulillah. Syukur semoga ukhuwah yang terjalin ini kekal sampai bila bila. InsyaAllah <3


zoom kerusi raja sehari, rare tak? haha



time ni outdoor di ktm gua musang



siap makeup pengantin



dari kiri : intan. eha. ainis. anis



pengantin malu kot. huu



kami. bridemaids! yeayy!



tengok suhu? Rasanya macam malas je nak mandi pagi tu. Time ni cuaca kat kelantan memang sejuk. Tak payah p cameron :P


Kata kata akhir, selamat berhujung minggu semua. Jaga diri. Jaga solat. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga hubungan dengan encik abah dan puan ibu. Dan jangan pernah lupa jaga hubungan dengan orang sekeliling okey. Bereh. Assalammualaikum. Jumpa lagi di entry seterusnya :)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)