Friday 29 April 2016

Journey #9 - Bad day!

Janji untuk pegang tangan saya saat saya bangun dan  jatuh :')


Assalammualaikum dan hai reader semua. Malam ni, sempat lagi update satu entry. Last di uitm untuk minggu ni sebab esok nak balik. Alhamdulillah. Ketenangan abadi dan hakiki di rumah. Best kan bila dapat balik rumah, padahal assignment bersepah tak siapkan lagi. Ntahlaa. Aku malas fikir sebab serabut. Kang lagi fikir, lagi serabut. Masalah itu. Masalah ini. Biar ku pendam sehingga nafas yang terakhir.


Harini, test property management. Apa benda aku merapu meraban pun aku tak tahu. Terus jadi stress sebab tak cukup masa menjawab. Mati kutu makk ni. Nak kata aku karang banyak sangat tak pun. Nak kata aku fikir lama sangat, rasanya tak. Masa tamat test 4.20.. Kat pukul 4, aku still soalan no 1. Kau rasa sempat ke tak aku jawab soalan no 2 dan no 3? Soalan no 2 aku sendiri tak tahu jawapan apa. Tapi aku amik risiko untuk jawab soalan tu. Time pukul 4 tu aku rasa macam baru aku jawab tau, tengok tengok dah nak habis masa. Mencabar betul life degree ni.


Lepas habis jawab test, turn aku dan ain kena present tutorial pulak. Nasib tergerak hati nak siapkan slide. Mana tahu kena turn untuk present ke. Firasat hati yang Allah beri tak pernah salah. Sah kena turn aku. Serius. Disebabkan mood dah down time test tu, terbawa bawa sampai present. Aku tak tahu aku terang apa kat kawan kawan. Aku rasa mereka semua tak faham pun apa aku terang. Tengok muka masing masing pun aku dah tahu. Blur. Maaf kawan kawan dan maaf jugak buat dr lecturer. Mereka semua kecewa dengan aku, aku lagi kecewa dengan diri aku sendiri. Serius.


Last present, kena buat conclusion. Yang ni lawak, dalam otak aku kosong. Aku tak tahu nak conclude apa. Ain asyik suruh aku conclude. Aku cakap separuh jalan. Tak tahu nak tambah apa apa dan ain pun cakap separuh jalan. Ntahlah, kenapa tah blur tahap sampai macam tu sekali. Aku dah berkerut kerut dah memikir nak conclude apa tapi tak jumpa jawapan sampai kawan kawan tanya kenapa stress sangat sampai nak marah ain? Padahal memang muka aku serius macam tu. Dorang tak pernah tengok aku marah. Bila dorang tengok aku berkerut macam tu, mungkin dorang ingat aku marah kat ain. Padahal tak pun.


So aku isytiharkan today is bad day for me. Harap tak berlaku lagi lepasni. InsyaAllah. Bila malam, masalah lain pulak muncul. Allahhu. Tak tahu bahu ni sanggup memikul atau tidak. Kepada Allah sahaja aku berserah. Baik untuk Dia, baik jugak untuk aku. Kenapa Allah uji? Sebab kekhilafan kita sendiri jugak kan? So kenapa kita persoalkan? Lepasni, redha dan pasrahkan hati untuk terima semua apa yang berlaku. InsyaAllah.


Kalau lepasni aku busy dan tak sempat jengah blog ni, korang semua rajin rajinla jenguk ye. Maklumla tuan blog pun busy. Sebulan lebih lagi nak final. Serius tak ready pun lagi. Rasa macam zaman diploma lagi. Zaman masih nak main main. Stress kalau perangai terus macam ni. Okeyla. Jaga solat. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga hubungan dengan ayahanda dan bonda serta orang sekelililng. Assalammualaikum.



kita senyum tapi tak ada siapa pun yang tahu dalam hati kita macam mana;


Sayang jaga jiwa dan ragamu walau dirimu tak lagi bersamaku, cukup aku yang kamu sakiti dalam hidupmu.
.
.
.
layan malam malam. terlalu syahdu. wakakaka

4 comments:

  1. Amboi macam terlalu stress je kak. All the best for you chaiyokkkkkk

    ReplyDelete
  2. sabar kak, it's just a bad day not a bad life hehehehe at least dapat balik rumah, fieyqa tak dapat balik huwaaaaaaaaaa T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Kan. yela tu tak balik. Tengok tengok sampai rumah dah. Haha

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)