Saturday 13 August 2016

First Giveaway by Anis Khalilah - AKHIR! 13 OGOS 2016



Assalammualaikum dan haii semua :) Alhamdulillah.. First giveaway anis bakal tamat pada pukul12 tengah malam 13 Ogos 2016. InsyaAllah. So siapa yang belum join.. Jemput join tau. Mana tahu terselit rezeki yang tak di duga dan tak di jangka kan. Kepada yang dah join, anis ucapan berbanyak banyak terima kasih. Maklum la first guveaway, nervous tu memang ada.. Takut tak ada yang nak join |hahaha| Okay, para peserta bertungkus lumus menceritakan tentang ibu mereka.. Macam macam cerita dan ia nya sangat sangat seronok dan terhibur. So tak fair la kalau anis tak cerita serba sedikit tentang ibu anis kan :)


Nama penuh puan ibu ialah Kalsom bt Din. Beliau dilahirkan pada 10 Jun 1964 .. Takut tertukar tahun dengan encik abah je |hee| Puan ibu belajar sehingga tingkatan lima dan selepas itu beliau mengambil keputusan untuk bekerja. Dulu puan ibu kerja kilang sahaja sehingga la berkahwin dengan encik abah. Tapi time pregnant kan anis, ibu still kerja sehingga anis dilahirkan. Then terus ikut encik abah dan menetap di Kluang, Johor. Encik abah seorang tentera... Sebab tu jauh beliau membawa puan ibu merantau. Puan ibu telah melahirkan tiga orang puteri dan seorang putera. Alhamdulillah. Comel comel belaka |hahahaha|


Puan ibu cakap, setiap orang anaknya.. Beliau tahu perangainaya macam mana. Perangai anis? |hahaha| Puan ibu cakap, anis ni diam diam ubi berisi.. Bahaya. Anis tergelak. Ye ke aku maacam tu? Lepastu puan ibu cakap lagi.. Yang buat anis betul betul heaven adalah.. Time baby dulu.. Anis paling putih diantara adik beradik tapi  disebabkan kena kuning.. Anis kena jemur.. So dah kelabu asap la den sampai ke besar |hohoho| Tak apalah, janji puan ibu dan encik abah sayang kan ;)


Sebenarnya, tak terkira betapa banyak kenangan manis bersama puan ibu tapi satu yang paling anis ingat adalah menghadiahkan sebuah kejayaan. Sebab anis tahu, anis tak mampu nak balas jasa puan ibu tapi kejayaan tu la yang buat puan ibu gembira dan senang hati. Alhamdulillah. Tapi result yang baru keluar ni.. Tettt..Jatuh ler dari zaman diploma dulu tapi tak apa, Allah siap siap dah beri satu perasaan yang dinamakan redha. So harini.. Hari anis Allah sibukkan dengan itu ini.. Result anis, anis jadi lupa. Allahhu. Sayangnya Allah kepada hambanya yang selalu berbuat dosa ke atasNya :')


Puan ibu selalu bagi semangat. Bagi nasihat. Nak tunang ke, nak kahwin ke.. Nak apa ke.. Syurga di bawah telapak kaki ibu, sebagai anak.. Den wajib ikut. Lagipun.. Apa puan ibu cakap, semua betul. Anis tak menafikan semua tu. Lagi satu pengalaman manis dengan puan ibu adalah puan ibu akan masak apa yang anis teringin nak makan. Alhamdulillah la kan. Sekarang ni puan ibu meniaga, beliau meniaga nasi lemak dan kuih muih. Sarapan tu, anis tak payah dah nak fikir makan apa sebab puan ibu dah tinggalkan sarapan. Serius. Memang best. Puan ibu dah lama meniaga.. Sejak pregnant adik yang bongsu. Betapa kuatnya la puan ibu. Tak tahu anis macam mana pulak nnt :|


Kenangan pahit tu bila tengok puan ibu sedih dan risau. Puan ibu pernah menjalani satu pembedahan ketumbuhan. Alhamdulillah.. Pembedahan tersebut berjaya tapi sedihnya, Anis tak dapat pun nak jaga puan ibu kat hospital sebab anis tengah exam. Sedihkan. Alhamdulillah. Anis ada dua orang lagi adik perempuan.. So mereka la yang menjaga puan ibu. Thanks uolls :D Siapa tak takut dengan ketumbuhan, walaupun puan ibu tersenyum tapi dalam hati.. Siapa tahu yang beliau tengah berperang dengan perasaan takut, risau, cemas dan sebagainya. Bila tahu je puan ibu kena masuk hospital.. Dah berdebar debar dah jantung kitee nih T.T


Serius. Tak pernah tak sayang ibu. 

Sayang abah jugak.

Mereka syurga anis.


Love,
aniskhalilah


*** Untuk join First Giveaway by Anis Khalilah.. Klik SINI atau Klik BANNER kucing yang comel kat atas tu

*** Good luck

*** Tamat - 13 Ogos 2016 [12 tengah malam]

*** Pengumuman pemenang 15 Ogos 2016 atau awal dari tarikh ini, InsyaAllah

1 comment:

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)