Amazin' Ramadan Special - Celebrate heriatge flavours with a modern & healthy twist!

Wednesday, 24 August 2016

Pencarian Bilik Sewa Mudah - hidup.my




Assalammualaikum dan haiii semua :)  Hari ini Anis nak review sikit tentang bilik sewa di hidup.my Sesiapa yang mahu mencari housemates boleh klik banner di atas. InsyaAllah. Ia akan memudahkan urusan anda. Sebelum ini, Anis juga tidak mengetahui kewujudan laman web hidup.my sehingga dijemput untuk review. Alhamdulillah.. Lepas ini moga mudah jugaklah Anis guna untuk mencari housemates suatu hari nanti. InsyaAllah


Okay, hidup.my telah dilancarkan pada bulan Oktober 2015 dan tujuan utama laman web ini ditubuhkan adalah untuk memudahkan kita sebagai pelajar dan eksekutif muda yang baru memulakan pekerjaan dan gaji masih tahap suam suam kuku untuk mencari bilik sewa yang selesa. InsyaAllah hidup.my boleh membantu anda. Trend kini, pengguna lebih menyukai mencari bilik sewa di laman sosial seperti faceboook dan Mudah.my. Walau bagaimanapun ia nya bukan laman web khusus seperti tujuan utama iaitu mencari bilik sewa kerana maklumat di dalam media sosial bercampur aduk berbanding anda membuat pencarian bilik sewa di hidup.my -  http://hidup.my/search-people/


Laman web pencarian bilik sewa mendapat galakan daripada pengguna kerana di sini terdapat :

 Map Function -
Anda mahu cari bilik sewa di mana? Lembah Klang dan sekitarnya? Kedah, Johor, Selangor dan sebagainya. Cuma taip di kotak yang disediakan dan search sahaja. Kemudian, ia akan keluar bilik sewa kosong yang mencari housemates. Mudah bukan?

 Price Range -
Range paling tinggi atau maksimum adalah sebanyak RM2000. Ini adalah sewaan paling mahal tapi still okay jika hidup di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Jika mahu hidup selesa, tidak salah jika kita keluarkan duit lebih. Betul tak? Memandagkan kita semakin pantas mengorak langkah ke tahun 2017, kos sara hidup semakin tinggi. Oleh itu, menyewa bilik adalah satu inisiatif untuk menyimbangi kewangan dalam hidup. Tapi serius, hidup.my amat membantu anda yang berada di tahap 'middle income' dan 'low income'. Di price range ini, anda boleh taip harga bilik yang anda mampu di ruang disediakan. Dan ia akan keluar keputusannya. Mudah.

 Find a housemates - Contact User
Jika anda beminat dengan bilik tersebut, anda disarankan untuk menghubungi tuan rumah tersebut. Contact number terletak di sebelah kiri gambar bilik yang mahu disewa.


Di sini juga, hidup.my mempunyai Dua Option bagi memudahkan anda semua iaitu :

 People looking for a room -
Yang ini, Anis sudah terangkan macam di atas.. Anda yang masih tercari cari bilik sewa yang kosong.

 People looking for a tenant -
Yang ni pula adalah anda sebagai tuan rumah yang ingin mencari penyewa bilik di rumah. 

Ia amat memudahkan bagi dua golongan ini iaitu kepada penyewa dan tuan rumah. Berminat? Anda boleh sign in di SINI  Di sini, pelbagai maklumat boleh disertakan jika ingin menyewa bilik kepada potential tenant seperti binatang kesayangan dibolehkan tinggal di rumah tersebut atau tidak, bangsa, jantina dan sebagainya. Maksudnya macam rules la untuk tinggal bersama di dalam sebuah rumah. Cewahh. Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh rujuk di laman web tersebut.



hidup.my mudah digunakan kerana tidak perlu memuat turun aplikasi tersebut. Ia juga mobile friendly kerana tidak menyusahkan pengguna. Just klik pautan http://hidup.my/search-people/ anda sudah boleh mencari bilik yang sesuai dan juga boleh mencari penyewa baru bagi rumah anda. Sekali lagi, sangat sangat mudah. Kini maklumat hanya berada di hujung jari anda sahaja memandangkan warga Malaysia kini kesemuaannya celik IT. Alhamdulillah.


Besarlah harapan, semoga review ini dapat memudahkan anda anda dan anda yang ingin mencari bilik sewa. InsyaAllah. Tidak lupa juga, yang ingin mencari penyewa bilik di teratak anda. Boleh juga guna laman web ini. Jangan segan segan dan jangan malu malu ye ;) Sekali lagi, hidup.my boleh bantu anda. InsyaAllah. Assalammualaikum.

1 comment:

  1. Best ni.. Banyak yang boleh dicari kat sini. Easy to search senang citer. huhu

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)
 
 photo an15_zps6q1sivad.png