Thursday 26 January 2017

GIVEAWAY: JOM BACA BUKU - NOVEL PERCUMA!!!

UNTUK JOIN, KLIK BANNER


Assalammualaikum dan haiii semua :) Semoga kamu semua sentiasa berada dalam lindungan rahmat Allah. InsyaAllah. Giveaway kali ini berkaitan dengan novel yang pernah dibaca. Bagi Anis, sepanjang membaca ni, banyak jugakla novel yang menyentuh hati dan perasaan tapi novel yang bertajuk Konspirasi Suami, hasil karya Maya Iris ni.. Lain sikit. Untuk novel ni, Anis bagi lima bintang. Tahu sebab apa? Sebab jalan cerita dia banyak suspen membuatkan pembaca tak sabar sabar ingin mengetahui cerita selanjutnya. So, memang mengadap novel tu sehari suntukla jawabnya (^_____^)

Dia terlupa cintanya, yang dalam fikirannya cuma si kekasih lama, dan sang suami yang lebih berhak hanya mampu memendam rasa. Dia juga lupa suaminya seorang pejuang pejuang yang akan mendapatkan kembali cintanya :)

Okay, mari dekat dekat.. Anis ceritakan serba sedikit tentang novel Konspirasi Suami.. Kalau nak tahu cerita full.. Boleh dapatkan di kedai buku yang berhampiran ye. Bookcafe yang menjual buku secara online pun ada jual tau.. Sekarang tengah less 60%. So dari harga RM25.. Dah jadi RM10. Rebutlah berpeluang selagi ia masih ada. Actually, Konspirasi Suami ini adalah novel sambungan Mahar Cinta Cinderella ^^

Bagi Anis, tengok sahaja tajuk.. Novel cinta bukan yang biasa biasa yang selalu kita baca tu tapi dia lain sikit.. Ditambah pula dengan kulit muka buku yang menarik. Tengok kulit buku pun sudah menarik, apatah lagi yang isi dalam tu kan. Ceritera pada mulanya ingatkan berkisah cinta tetapi bila ada suspen membuatkan tekaan Anis menjadi sedikit menyimpang.

Dalam novel ini mempunyai 3plot yang berlainan.. Pertama, antara Dr Ehsan dan Nur Sayang, mereka adalah suami dan isteri yang sedang bercinta. Keduanya, antara Sang pencipta bersama konconya, kisah ni adalah kisah akhir zaman yang ada diceritakan di dalam Al Quran. Ketiganya, antara Kamil dan Amanda, mereka adalah adik beradik angkat yang ingin disatukan oleh ibu dan ayah. Walaupun 3plot ini berbeza tetapi ia bergerak seiringan sehingga ke helaian terakhir. Isi di dalam ni mempunyai fakta dan bukan hanya hidangan kosong dari penulis buat pembaca. Chaiyaaa lah!! :D

Dr Ehsan, seorang bangsa cina yang dibukakan pintu hatinya untuk memeluk agama islam, alhamdulillah. Dia merupakan seorang doktor perubatan yang bercinta dengan jururawatnya sendiri iaitu Nur Sayang. Akhirnya mereka berkahwin dan kisah bermula apabila Nur Sayang separa hilang ingatan dan dia lupa siapa Dr Ehsan. Yang sentiasa dimulutnya adalah Kamil, bekas teman lelakinya. Cemburu sang suami diketepikan dan terpaksa dipenuhi apabila Nur Sayang pinta untuk pulang ke Malaysia untuk bertemu Kamil. Tetapi dalam masa yang sama Kamil dipaksa untuk berkahwin dengan adik angkatnya sendiri, Amanda.

Selepas hantar Nur Sayang pulang ke Malaysia, Dr Ehsan terpaksa pulang ke Mesir dan dia telah diculik. Dr. John Stein sangat berminat dengan kajian Dr Ehsan yang berkenan dengan pertumbuhan stem sel. Buat pengetahuan semua, Dr Ehsan tidak mempunyai satu kaki kerana telah menjadi mangsa zionis ketika ke Gaza. So dia ada buat kajian tentang pertumbuhan stem sel yang mengguna zikir. Serius, memang menarik.

Siapa sebenarnya Dr John Stein? Dr John Stein ini adalah Yahudi yang betul betul berminat dengan perubatan tersebut atau ada tujuan lain? Siapa pula sang pencipta yang disebut sebut sehingga mencari calon calon untuk menyamar sebagai Imam Al Mahdi dan mahu menyesatkan umat islam? Setiap calon yang gagal dalam meyamaran ini dan mahu lari akan dibunuh dengan kejam T.T

Akhirnya, Nur Sayang juga turut pulang ke Mesir untuk berjumpa dengan suaminya tetapi dia juga telah diculik. Dekat sini pun ada suspen jugak, bagaimana Dr Ehsan dan Nur Sayang diseksa dan bagaimana tipu helah yang dilakukan oleh mereka berdua untuk melepaskan diri :)

Bagaimana pula kisah antara Kamil dan Amanda? Mereka berdua tidak mahu disatukan dan cuba untuk mencari bukti yang kukuh supaya mereka tidak disatukan. Salasilah keluarga dan keturunan dicari dan  dirungkai kembali. Siapa sangka di dalam novel ini mempunyai kisah Yahudi, Zionis, Sang Perancang/Pencipta, Teori Konspirasi, Al mahdi dan Dajjal. Aku pun tak jangka kot. Tapi ilmu memang banyak diselitkan disini. Pembacaan dari novel ni membuatkan supaya kita tidak lupa tentang akhirat dan makin nampak apa yang belaku sekitar kita bahawa kita sudah berada di akhir zaman.

Penamat novel ini, of course la happy ending kan. Nak tahu penamatnya? Nur Sayang dan Dr Ehsan selamat mendarat di bumi Malaysia. Sang Perancang dan konconya, tak akan pernah berjaya untuk melawan kuasa Allah. Sesungguhnya Allah lebih Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui. Kamil dan Amanda tak jadi kahwin tak silap Anis |hahahaha| So untuk pastikan betul atau tidak, try baca novel ni. Anda tak kan berasa rugi punya.

*** Konspirasi Yahudi dan Dajjal tidak akan berakhir sehingga Imam Al Mahdi menewaskan Dajjal dan dibantu oleh Nabi Isa a.s .. Islam akan memperoleh kemenangan.

*** Hati hati dengan fitnah Dajjal.


Tamat pada 28 Februari 2017
Good luck!^^

4 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)