Amazin' Ramadan Special - Celebrate heriatge flavours with a modern & healthy twist!

Sunday, 19 February 2017

Wedding cake inspiration by Abuyat Sakoora



Assalammualaikum dan haiii haiii semua! ^^ Harini nak update tentang apa ek? KEK?! Actually dah lama dah nak review homemade cakes by Abuyat Sakoora ni. Siapa Abuyat Sakoora? Hah! Mai chek perkenalkan siapa beliau? Okay Abuyat Sakoora ni adalah homemake baker yang bagi Anis, fuhhh meletop! Kek yang dihasilkan oleh Abuyat Sakoora memang terbaikkk! Sebab apa Anis puji? Sebabnyeee Anis dah cuba dah haritu. Masturah order kek tersebut sempena birthday Anis dan Zulaikha. Memang puas hati :D

Selain itu, bagi Anis.. Sis ni buat kek memang puas hati la. Kau nak macam mana? Nak letak cartoon? Gambar sendiri? Bunga banyak banyak? Haa, Sis nih boleh buat. Selain kreatif, Anis geram je tengok kek yang dihasilkan beliau sebab cantik sangat especially kek kahwen! |hohoho| Uhmmm, macam dah ada perancangan je nak tempah kat sini untuk wedding dan hantaran. Okay okay, jom Anis belanja gambar kek birthday dulu hasil jari jemari Abuyat Sakoora (^______^)
































Macam mana? Cantik dan nampak menyelerakan tak? So kepada orang Kedah terutamanya area Sungai Petani, lembah bujang boleh la usha usha Abuyat Sakoora kat facebook ye ;) Kek pilihan Masturah haritu adalah yang no 6. Bila balik dari ambil kek tu Anis saja nak tengok kek tersebut, Alangkah terkejutnya terus rasa terharu sebab kek memang cantik dan tinggi |hahaha| So jakun sekejap :p Selalunya dapat kek macam biasa je kat kedai tu. Btw thanks Anis Masturah. I love you so much!!! Malam tu, bila suap je kek ke dalam mulut, serius kek ni lembut. Lupa bagitahu, masturah order kek perisa strawberry, tu pun request by me |huhuhu| :P

Actually sis ni  boleh je nak buat kek berinci inci yang uolls request |hahaha| Okay okay, gurau je. Ada ukuran dia okay. Sekejap lagi Anis bagitahu. Dan Anis akan beritahu kek apa yang boleh request sebab yang Masturah order ni fresh cream cake. Sekarang ni tengah teruja tengok kek kek yang cantik. So uolls dah ready ke untuk tengok kek wedding yang bertingkat tingkat pulak? Iolls dah tak sabar nak payung uolls ni |hahaha| :D









































Mesti teruja kan sesiapa yang tengah survey kek untuk majlis perkahwinan, pertunangan, anniversary mahupun harijadi. So sesiapa yang berada dalam negeri Kedah boleh la try order dengan sis ni. Bila anda rasa kek beliau, anda tak akan menyesal dan akan repeat order. Sebab ramai yang repeat order dan Abuyat Sakoora sendiri mempunyai pelanggan tetap kerana kesedapan kek yang dihasilkan oleh beliau. Anda bila lagi untuk mencubanya?! ^^

Tajuk entry kami saja bagi gempak wedding cake bagai, padahal sis ni boleh ja buat kek untuk apa apa majlis pun. Nak makan saja saja pun boleh. Order ja. Nak order? Boleh usha detail kat bawah nih okay :)

 Facebook : Abuyat Sakoora

 Instagram : abuyatsakoora

 Whatsapp : 013 - 4823464 

Okay, kek span untuk chocolate, vanilla dan strawberry yang berukuran 6 inci, 8 inci, 10 inci dan 12 inci starting harga RM38 sehingga RM110. Lepastu ada lagi premium kek (Chocolate indulgence) dan ukuran dia macam tadi dari 6 inci sehingga 12 inci. harga starting RM78 sehingga RM245. Then, harga ni untuk deco yang biasa biasa  fresh cream je tau. Harga akan ditambah bergantung pada deco. Kalau berminat dan nak tahu lebih detail, whatsapp je sis ni okay... Dan kalau nak tengok lagi kek yang cantik cantik, boleh usha facebook atau instagram beliau. Ni pun, Anis just ambil sebahagian je gambar kek dari facebook beliau (^_____-)

Okay la, sekian sahaja review kali ini |hahaha| Jaga solat, jaga hubungan dengan Allah.. Jaga hubungan dengan encik abah dan puan ibu serta jaga hubungan dengan orang sekeliling. Sebelum terlupa, tahniah diucapkan kepada semua student degree uitm, result baru keluar semalam kan? Alhamdulillah. Selamat malam. Assalammualaikum ^^

 Sumber diambil daripada facebook Abuyat Sakoora

10 comments:

  1. Nampak menyelerakan smua kek ni. Paling menarik yg ade kon aiskrim tu.

    😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa.. kan cik renex? Memang terbaikk kek kek ni ^^

      Delete
  2. Saya da cuba n repeat kek dr abuyat sakoora, mmg puas hati,sedap pon sedap, orgnya pon sgt friendly...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa kan? Alhamdulillah. Rezeki beliau dalam bidang ni. Kek by abuyat sakoora memang terbaikkk! ^^

      Delete
  3. semua nampak comel kek tu, tapi ada 1 design yg paling sy berkenan 😍 teringat pula kwn yg meniaga kek time study dulu ğŸŽ‚ğŸ°

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau xpe kak. ^^ Design mana tu? Bagusnya time study siap meniaga kek lagi...

      Delete
  4. cantik2 design kek tu,,, akak pantang tgk kek suka....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kak, kite pun pantang tengok kek.. haha

      Delete
  5. Rasa sayang nak makan tengok kek2 ni. cantiknyaaaa rasa nak buat hiasan je hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Rela tengok kek tu jadi hiasan...

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)
 
 photo an15_zps6q1sivad.png