Amazin' Ramadan Special - Celebrate heriatge flavours with a modern & healthy twist!

Friday, 3 March 2017

Suka Duka Februari 2017



Assalammualaikum dan haiii semua ^^ Alhamdulillah, curi masa sekejap untuk update blog, lepas ni tak tahu la bila pulak boleh update. Cepat betul masa berlalu. Januari, Februari.. Kejap je habis satu bulan dan satu bulan. Apa tah aku buat kat rumah. March, semester baru bakal menjelma.. Uhhh. Cepat betul masa berlalu. Aku kena balik semula ke gurun sahara tu. Walau rasa pahit, kaki ku tetap kena melangkah. InsyaAllah.. Hujung tahun ni, awal tahun 2018 sikit, habisla degree aku nih. Allah. Permudahkan segalanya urusan ku bersama kawan kawan ini. InsyaAllah :')


Februari? Apa yang istimewa Februari? Februari ini mengungkap segala galanya dalam hidup aku. Rupanya dalam Februari banyak jugakla coretan dan cebisan kenangan yang akan ku ingat sampai bila bila. Banyak yang berlaku dalam Februari ini cuma aku je la antara ingat atau tidak. Andai aku ingat tu, ia memberi kesan la tu dalam hidup aku. Korang pun pernah rasa kan? ^^


Antara aku paling ingat dalam Februari ni adalah, aku kehilangan seorang lagi sepupu dan sampai sekarang aku pun tak tahu ia still bermain main lagi dalam ingatan. Semoga roh beliau berada dalam kalangan orang yang beriman.. InsyaAllah. Bangun pagi tu, aku dapat berita tapi perasaan aku, aku tak tahu nak cerita macam mana. Mungkin aku masih terkejut. Memang aku akui, sebelum kejadian, aku mimpi pelik pelik tapi aku buat tak tahu je sebab malas nak fikir. Aku cuma cerita pada masturah je. Bila dah berlaku kejadian tersebut, masturah ingatkan aku kembali pada mimpi tersebut. Aku pun.. Mungkin itu petanda T.T


Februari jugak mengajar aku bersyukur. Sebab apa? Sebab selama ni aku tak pernah bersyukur sebab dapat contact khairil hari hari, bila Allah uji tak dapat contact, hambikk kau. Empat nak masuk lima hari jugak tak dapat contact. Kalau rumah kat sebelah, aku kelui ja nama dia. Ni sorang kat selatan, sorang kat utara. Macam mana? Doa je la banyak banyak. Moga moga selamat la hendaknya. Tapi aku ni suka betul fikir negatif lepastu melalut lalut la fikir. Bukan apa, risau. Padahal khairil dah besar panjang dah.. Pandai pandai la dia bawak diri. Keesokkan hari, serius tak boleh fikir dah nak buat macam mana memandangkan aku call dia, memang tak dapat.. Langkah terakhir, aku tetap kena bagitahu ibu dia. Hati ibu kan, semua jadi mudah. Khairil dapat dihubungi melalui handphone makciknya.. Kebetulan ketika ibu call makcik khairil, khairil ada bersama makciknya. Bila aku dapat tahu je.. Fuhhh, rasa diri ni ringan je. Segala serabut otak dan beban di bahu semua jatuh. Syukur sangat :)

Dalam bulan Februari jugak, result semester empat aku keluar. Syukur ^^ sebab Allah bantu untuk aku kecapi apa yang aku nak. Alhamdulillah. Usaha bukan setakat itu saja, kena lagi kuat untuk dapat yang lagi baik di samping doa. InsyaAllah. Alhamdulillah, sepanjang cuti semester, rezeki tak pernah putus walaupun hujung semester haritu duit dah paras paras hidung |hahaha| Time cuti biasa la, nak makan itu ini, topup lagi.. Duit kan tu kena keluar? Tapi alhamdulillah.. Aku berasa cukup apa yang aku ada. Terima kasih kepada semua. Syukur. menang contest, menang giveaway.. February boleh dikatakan murah betul rezeki. Mungkin kerana aku apply konsep rezeki semuanya bukan milik aku tetapi sebahagian rezeki adalah milik orang lain. Korang pun, boleh try konsep nih |hihihi| ;)

Proposal untuk fyp jugak banyak aku pulun dalam bulan Februari. First tu aku hantar tajuk lain, second aku hantar tajuk lain sebab tajuk pertama aku tak berapa faham sangat |hahaha| Alhamdulillah, tajuk kedua, tempat tu aku buat di tapak pembinaan. Mohon sado la hati ni ^^ Buat kerja mana ada senang, stress jugak memikir sebab berkali jugak hantar sebab salah.. Banyak betul sebabnya kan :D Tapi memang salah aku pun sebab aku tak faham konsep. Alhamdulillah Allah permudahkan semuanya akhirnya. Cuma kena rajin usaha dan berdoa je ^^

Harapan untuk bulan bulan akan datang, moga Allah permudahkan perjalanan hidup aku, andai aku jatuh.. Moga Allah kuatkan untuk aku bangun dan berjalan semula. Jauhkan aku dari berputus asa. InsyaAllah. Mohon doa kalian juga buat aku, semoga dipermudahkan semester baru aku ni. Terima kasih buat semua. Okay la, cukup dulu sampai di sini. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga solat. Jaga hubungan dengan encik abah dan puan ibu serta jaga hubungan dengan orang sekeliling. Assalammualaikum dan selamat malam ^^


*** Boleh balik perak dengan senang hati dah kot sebab semua kemahuan hati encik abah dan puan ibu dah turutkan... Especially mee rebus tulang, famous sampai masuk facebook, dah banyak kali aku makan mee rebus ni tapi tak pernah puas. Sedap sangat. Terima kasih encik abah dan puan ibu. Alhmdulillah. Lepastu dah balik perak, nak lagi makan something.. Beginilah manusia bernama anis khalilah ni |hahaha|


lebih kurang macam ni la - sumber encik google ^^

6 comments:

  1. Al fatihah utk arwah badrun. . 😭
    Semoga arwah tenang disana..
    Kak ida pun mimpi bukan2 gak 2,3 tu.. Dgn mlm kejadian tuu..😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Yeke k ida?? Petanda jugak la tu... T.T

      Delete
  2. semoga ALLAH permudahkan segala-galanya

    ReplyDelete
  3. terliur tgok gbr,,besaq nya tulang rebus tuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan3. Memamng terbaikk mee rebus nih ^^

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)
 
 photo an15_zps6q1sivad.png