Monday 12 June 2017

Giveaway Duit Raya RM100 By Elsaalicious & Sponsors

KLIK SINI


Assalammualaikum dan haiii semua. 17 Ramadhan dah harini kan? Sekejap je masa berlalu. Kurang separuh bulan dah untuk berhari raya. Baju raya dah beli ke? Jangan lambat beli, kang habis pulak saiz tu |hahaha| Sukacita untuk berpesan sikit... "Bersederhanalah dalam membuat persediaan berhari raya tu.. Ada duit lebih, sedekah pada orang yang lebih memerlukan. Jangan membazir." Pesanan ikhlas daripada Anis Khalilah ^^


Nampak banner kat atas beserta tajuk yang begitu menarik hati serta sanubari sekali? So petang ni, Anis nak join dan support Blogger Shaidatul Aireen untuk giveaway beliau kali ni. Hadiah duit rayaaaa!! Best :D So tunggu apa lagi, jom ramai ramai join, 10 Pemenang dicari!  Giveaway ni akan tamat pada 25 Jun 2017.

Ada lagi syarat yang perlu dipenuhi. " Ceritakan secara ringkas pengalaman seronok dan nakal anda masa zaman kumpul duit raya dulu."


Sebenarnya, nak kata kecik kecik dulu nakal time kutip duit raya.. Tak la sangat, sebab nakal bukan sebab duit raya tapi nakal sebab benda lagi. pengalaman seronok time kutip duit raya tu, tak ada la sangat sebab jarang kutip duit raya. Dulu raya, tiap tiap tahun balik kampung. Sepupu pulak, raya kedua ketiga baru balik rumah tok.. So feel nak kutip duit raya dah ke laut. Kesian tak ada kawan kan? Tapi kalau nak kutip duit raya jugak, cara kedua.. Kan family pergi raya rumah saudara mara.. So wajib ikut. Yang best nya raya rumah saudara mara nih, yang berusia sikit mesti dapat duit raya lebih |hahaha| Yang ni seronok bila bab kutip duit raya :D Boleh la tunjuk berlagak sikit kat adik adik. Yelah, kita dapat duit raya lebih ^______^


Bab nakal, tak ada la sangat time hari raya tapi malam raya, ada satu cerita ni. Nak tahu? Sebab terlebih nakal la, tak pasal pasal atas kelopak mata adik Anis bertanda. Yelah, happy esok nak raya :D Malam itu, puan ibu sibuk buat ketupat palas.. Kami time tu dua beradik sibukla tolong.. Tolong apa? Tolong menyibukk. Ketupat palas, bila nak rebus tu kena gunting hujung dia.. So Anis tukang gunting dan adik tukang pegang. Adik ni memang dia angkat ketupat tu tinggi, paras dahi dia la ketinggian ketupat tu.. So Anis nak gunting, Serius, Anis angkat gunting betul betul paras mata dia. Then gunting hujung ketupat. Bukan gunting hujung ketupat je dengan kelopak mata adik Anis gunting. Ya Allah, suka sangat la tu, tu macam macam jadi. Terus adik menjerit! Anis lepas terus gunting tu sebab terkejut. Nasibla, Anis tergunting sikit je tapi still ada tanda sampai ke hari ni |hahaha| Bila tengok dia, tengok tanda kat atas kelopak mata tu.. Gerenti teringat kejadian di malam raya... Tahun...  Anis dah lupa tapi umur Anis baru 4 atau 5 tahun, macam tu la.


Hiraukan saja tanda atas kelopak mata. Takut tak laku? Tak apa. Adik Anis dah kahwin dan dah ada anak pun. Alhamdulillah, laku. |Hahahaa| Kalau tak, mesti Anis menyesal sebab terbuat tanda kat atas kelopak mata dia |hohoho| Alhamdulillah juga sebab Allah sebaik baik penyelamat. Nasib tergunting atas kelopak mata.. Cuba kalau tergunting kat mata. Serius, menyesal seumur hidup. Anis memang nakal dulu. Bukan Anis sorang je nakal, adik pun nakal sebab kalau sorang nakal... Tak kan jadi apa apa kan? Orang kata, nakal time budak budak best sebab lebih adventure ~ ke nak sedapkan hati je. Lepas tergunting tu, terus encik abah bawak ke klinik dan esoknya... Hari raya macam biasa. Anis pun mintak maaf kat encik abah dan puan ibu serta kat adik. Janji tak nakal lagi. Lepas mintakk maaf... Nakal balikkk! |hahahha| Lumrah seorang anak kecil. 


Jom kongsikan cerita raya anda pula. kami nak masak untuk berbuka ni.. Daaaaa. Selamat berbuka dan selamat bergiveaway! Good luck! ^^


Instagram: anis_khalilah

Facebook: Anis Khalilah

Email: annyss_annyssa@yahoo.com

4 comments:

  1. hahaha aduh bahayanya. nasib baiklah tergunting sikit je. uishhh gerun bila dengar huhu

    terima kasih join. elsa dah update dalam list. goodluck!

    ReplyDelete
  2. goodluck anis ☺️

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum,
    singgah blogwalking dari GA yang sama

    https://lovelysunshine93.blogspot.my/2017/05/giveaway-duit-raya-rm100-by.html

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)