Tuesday 22 August 2017

GIVEAWAY BLOG BYCIKRENEX

KLIK UTK JOIN

Jom join ramai ramai. Kite support cikrenex kite ni. Tamat pada 24 September 2017. Good luck buat cikrenex dengan business beliau dan kepada mereka yang join ni. Daaa

Friday 18 August 2017

Merdeka Giveaway By penselduabee.blogspot.com

Klik untuk join

Jom ramai ramai join. Tamat pada 31 Ogos 2017. Good luck!

Tuesday 8 August 2017

Drugstore's Product

Sumber - Facebook Sembang produk kecantikan & kesihatan (MALAYSIA)
Assalammualaikum dan haiii semua. Alhamdulillah. Dah okay untuk harini. Dah tak stress dan sakit kepala dah |hahaha| Bila main dengan sakit kepala ni, tidur je la ubat dia tapi ada sesetengah orang, bila sakit kepala terlampau, terus tak tak boleh tidur itu. Tu lagi parah tu T.T

Malam ni, berteman lagu Aisyah dari projector band.. Jom kita share sikit tentang drugstore's product yang sangat baik untuk kulit. Actually, terima kasih kepada Nur Ain aka partner yang selalu ada bila senang atau susah kecuali dia merajukkk atau marahhh. |hahaha| Tapi dia marah atau merajuk tak lama pun. Thanks Ain sebab tak pernah tak ada untuk Kak Anis ^.- Dia la yang memperkenalkan drugstore's product dan invite masuk dalam group Sembang produk kecantikan & kesihatan (MALAYSIA) kat facebook ni. So di sini dapatla aku belajar dan mengenal product yang sedia ada kat drugstore macam kat watsons, guardian... Now no skincare rebranding repacking!

Scroll dan scroll dan aku terjumpa satu kisah yang boleh dijadikan tips untuk diri aku dan kawan kawan lain yang muka rosak disebabkan skincare tak bertauliah nih. Bahaya tau skincare timbang kilo ni. Haishhh. Mula pkai memang gebu gebas, putih berseri.. Cuba tinggal skincare tu, tengok apa jadi? Hurmm. Aku dulu zaman sekolah, memang pakai drugstore's product macam safi, fair and lovely. Masuk uni, pandai dah dengan skincare. Try skincare jenama x. Bila muka jadi burn dan naik jerawat. Pandai pulak cari ubat dengan guna product yang natural. Then pakai lagi skincare y, tapi jenama lain pulak.. Naik lagi jerawat kecik kecik kat dahi.. Then tukar lagi skincare lain, jenama z. 

Haaa, yang ni okay.. Sampai la aku terfikir, benda ni akan effect kat aku bila tua nanti dan ia jugak akan mempengaruhi hormon. So dengan nekad, aku berhenti dan aku just guna product berunsur natural kembali. Yang ni, tak payah cakap laa.. tak ada la gebu gebas, flawless, putih sampai boleh nampak urat cuma kulit semakin sihat. Itu je la aku janji ^^

Terthrowback pulak dah, malam ni aku cuma nak kongsi tentang seorang kakak ni, beliau juga merupakan mangsa skincare rebranding repacking dan menyebabkan muka jadi blackout. Enam bulan lepas beliau guna satu local product ni, memang cantikla kan tapi empat bulan lepas tu beliau berhenti dan menyebabkan muka jadi kusam, berjerawat, berminyak, hitam legam, merah terbakar, blackhead, whitehead, pori terbuka sebesar kawah. Disebabkan ini self confident pun of course la menurun kan. Beliau cuba menggoogle untuk dapatkan tips bagi mengatasi masalah beliau dan akhirnya masalah beliau dapat diatasi dengan join group sembang kecantikan dan kesihatan di facebook hasil suggestion seseorang. Alhamdulillah (^____^)

Kata beliau lagi, kesemua product dibeli di Watsons. Guardian dan Sephora. Product yang dimaksudkan adalah gambar di atas ye :) Product tersebut tip top dan beliau bagi lima bintang serta will repurchase again! wow! Menarik bukan? Antara review tentang product yang digunakan oleh beliau ....

1. Garnier Cleansing Water : 3-4 kali sehari. Sebelum tidur dan selepas bangun tidur.
    Effect - Jerawat kurang dan pori mengecil

2. Sabamed Teenage Cleansing Liquid : 2-3 kali sehari. Guna selepas garnier.
    Effect - Jerawat cepat kecut dan sesuai untuk oily skin!

3. Simple Toner : 2-3 kali sehari. Toner sangat best. Free alcohol macam tak rasa apa apa bila pakai ni. 
     Effect - Malahan cepat serap dan tak oily.

4. Clinelle Whiten Up Serum : Guna 2-3 kali sehari selepas toner.
    Effect - Kulit semakin hari semakin cerah

5. Biore UV Perfect Face Milk : Guna 2 kali sehari dan malam dah tak guna. First guna rasa panas dan lepastu dah okay.
     Effect - Muka less oily sebab matte finish

6. Dr Morita Snail Watery Cream : Guna 2-3 kali sehari selepas serum. First guna rasa gatal dan lepastu dah okay. Teruskan pakai sebab beli mahal kan? Okay, beliau bagi lima bintang!
     Effect : Parut jerawat baru mudah hilang dan parut jerawat lama semakin pudar. Hoyehhh!

7. St Ives Oatmeal Scrub + Mask : Best scrub ever dan tak harsh dengan skin. memang best

8. Freeman Cucumber Peel Off Gel Mask : Wangi dan best.
    Effect - Tak oily. Lepas pakai muka jadi bright dan smooth je.

9. Maybelline Baby Skin Pore Eraser : Apply sebelum sunblock dan foundation
    Effect - Pori semakin mengecil

10. Nars Sheer Glow : Yang ni beliau kata lima bintang! So memang terbaikk la kan :D

11. Silky Girl Shine Free Loose Powder : Best!

12. Oxycover : Warna cream sama macam foundation dan dapat cover warna merah jerawat
      Effect - Jerawat semakin cepat mengecut

So ini adalah review daripada beliau. Haaa. Terbaikkk kan? Aku pun banyak ikut jugakla product beliau guna ni macam garnier cleansing water. Amik sama warna botol biru tu sebab muka aku jenis oily dan berjerawat. Kalau yang botol warna pink untuk kulit normal. Kalau sesiapa yang mempunyai masalah penyalahan guna skincare rebranding repacking ni, boleh try product macam kakak nih. InsyaAllah, mana tahu dapat membantu.

Sekarang ni aku pun dah beralih kepada drugstore's product sebab product honey bee yang aku guna sedia ada tu mahai sangat wehh. Just pakai pencuci muka, moisturizer dengan serum, tapi harga mencecah RM2++. Tak termasuk postage lagi tu. Tapi product tu pun terbaikk sebab berasaskan madu kan. Haritu pergi watsons, ingat nak beli sunblock tapi aunty kat watsons tu ada suggest untuk guna Nano white, lagipun tengah promosi. Dia kata sesuai untuk kulit macam aku. Moisturizer, sunblock dia semua jenis kering.. So elok untuk kulit oily dan berjerawat. Pencuci dia pun best sebab rasa sejuk je. So memang terbaikk la. Tak apa, insyaAllah, nanti aku review tentang nano white tu okay.

Disebabkan honey bee tu ada lagi, aku guna double cleansing.. Malam je aku guna pencuci, serum dan moisturizer honey bee. So tak membazir kan ^^ Disebabkan ada benda lagi yang tak cukup untuk kecantikan dan kesihatan wajah ni, terpaksalah aku buat list untuk beli kelak. Antaranya;

i. Serum - Tak tahu lagi nak beli serum apa tapi Clinelle Whiten Up Serum macam okay je.

ii. Toner - Simple Toner

iii. Krim time malam - Mungkin Nano white kot sebab aunty tu kata bagus cuma aku tak grab haritu sebab rasa macam banyak sangat dah shopping. Dengan aku p beli foundation tapi tak rugi beli la Fit Me Matte+  Poreless Foundation, serius memang terbaikkk! Nanti ada masa boleh review. InsyaAllah.

iv. St Ives Oatmeal Scrub + Mask

Ohh ye, kakak ni ada kongsi gambar muka, actually separuh muka sebelum dan selepas guna drugstore's product. Jom tengok.. Memang menakjubkan uolls. Tahniah la kak sebab berjaya menjadikan kulit sihat macam dulu dulu. Alhamdulillah. Keyakinan diri semakin hari semakin meningkat kan :)

Sebelum


Selepas

Nampak tak? Product dekat drugstore je iolls. Terbaikkk. Beralihla ke product macamni. Barula kulit semakin sihat. So cukupla kot review sebab dah panjang berjela jela dah ni |hihihi| Okay la, jaga solat. Jaga hubungan dengan Allah, jaga hubungan dengan encik abah dan puan ibu dan jaga hubungan dengan orang sekeliling. Assalammualaikum. Selamat malam. Daaaa (^_____^)

Kredit to : Lucy Kuzan. 

Monday 7 August 2017

SULAMAN COMEL MERDEKA CONTEST

Klik untuk join! ^^

Sempena bulan kemerdekaan ni Sulaman Comel Kak Noor bersama Sis Hawa ada buat contest tau. Jom ramai ramai join, syarat sangat mudah. Tamat pada 31 Ogos 2017. Good luck! ^^

Sleep.



Assalammualaikum dan haiii semua. Baru siap email conceptual framework yang kurang lengkap dan kurang kepuasan hatian dr lecturer aka supervisor fyp aku nih haa. Huwaaaa. Stress sebab pening. Mengadap dan fokus sangat kat screen laptop T.T 

Niat di hati nak share sikit tentang produk kesihatan dan kecantikan yang sangat berkesan dan yang penting beli kat drugstore je tapi.. Tak mampu dah nak mengadap screen laptop. Lain kali la ye? Tak pun, kalau esok tak ada apa apa, aku update ye? InsyAllah.

Okay la, sekian.Nak tidur. Daaaaa ^^ 

Saturday 5 August 2017

Semester Break 5/2017



Assalammualaikum dan haiiii semua ^^ Lama betul tak menaip dan update entry kat blog kesayangan ni. Hurm. Masa dihabiskan untuk benda lain T.T Tipulah kalau kata tak rindu kan. RINDU. Cuma bila bukak, tak tahu nak update apa. Last last tutup macam tu je. Aku ada tengok giveaway dan segmen blogger lain anjurkan tapi entahlah, tak rasa nak join. Ape ke malas sangat anis ni?! Okay okay, insyaAllah, iolls akan support uolls okay ^.-

Actually, aku habis exam 22 julai haritu. Lepastu balik rumah.. Aku bantai tidoq ja. Yelah, student's life mana cukup tidur lagi lagi aku ni jenis study last minutes walaupun dah study seminggu.. Kira last minute jugak la tu kan. Tak rajin sangat menelaah setiap malam lepas balik kelas. Selalu buat exercise je, tu pun kalau ada |hahaha|

Semester break ni, tak ada apa yang menarik cuma tengah siapkan questionnaire untuk collect data dan betulkan literature review yang tak berapa nak cantikk dan lengkap lagi. InsyaAllah, cuti ni jugak kena distributes questionnaire tu. Kalau tak, masak aku naik semester enam nanti, insyaAllah.. Harap lepas dan lulus semua la batch aku nih. Amin. Satu semester je lagi, lepastu dah boleh grad. Siapa nak sambung master tu.. Pikiaq pikiaq la ^^

Aku? supervisor fyp aka lecturer aku sendiri ada jugak suruh aku sambung master sebab.. Tak tahulah. Tapi ia berkenaan jugakla dengan tajuk fyp aku ni. Mungkin nak tahu jugak apa kesudahan dan kesimpulan yang akan dapat tu. Beliau kata lagi, tajuk fyp aku boleh je kalau nak sambung untuk master nanti. Apa reaksi aku? Aku hanya tersenyum. Niat nak sambung master tu ada cuma bukan masa sekarang kot. Tengoklah setahun dua tiga lagi. InsyaAllah. Terima kasih Dr sebab percayakan kemampuan diri saya ^_____^

InsyaAllah, nanti kalau ada masa lepas settle fyp aku, bolehlah aku cerita sikit tentang tajuk dan isi kandungan fyp aku tu. Dia macam rumit sikit sebab respondents aku orang kat construction sites. Adoiss! Tu la kan, percaya tak percaya, mampu ke tak mampu.. Kena buat jugakla kan walaupun perempuan. Tak pe, Allah ada :) Doakan ye?

Apa lagi yang aku buat time cuti? |hahaha| Of course la makan dan terus makan. Senang je bab makan kat rumah ni sebab nak apa, ada orang beli. Kalau dekat uni, kena berkira kira nak keluar duit.. Mana lagi penting? Fikir dua tiga kali jugak. Siapa pernah jadi student, dia tahu rasa macam mana |hihihi| lainlah yang jenis senang dapat duit ;)

Dah nak masuk tiga minggu kat rumah ni, aku sentiasa sibuk dengan sufyan, anak buah kesayangan satu satunya dalam family. Dia tidur pun aku still sibuk dengan dia. Kalau dia boleh bercakap, mesti dia  cakap aku menyibukkk |hahaha| Actually tengah belajar belajar mandikan dia. Punyalah lasak. Allahhu. Takut terlepas je sebab dia paling excited main air. Bukan apa, takut dia tercium tile bilik air je |huhuhu|

Tolong encik abah dan puan ibu perkara biasa. Itu je la kot aku nak share. InsyaAllah. Nanti aku support ye giveaway dan segmen uolls semua. Doakan semangat kerajinan aku datang semula. Semoga awak awak semua happy dan ceria. Sampai sini saja warkah kali ini. Ceh ceh ceh. Jaga diri. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga hubungan dengan encik abah dan puan ibu. Jaga hubungan dengan orang sekeliling. Hah. Lupa.. Jaga solat. InsyaAllah... Hidup itu jadi mudah je. Assalammualaikum. Selamat berhujung minggu ^______^
Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)