Wednesday 18 October 2017

APA? Peranakan kucing terkeluar bersama anak.

Assalammualaikum dan haiii semua ^^ Ada sihat ke? Lama sungguhla tak jenguk blog ni. Serius, tak ada mood nak bukak blog. Tak tahu kenapa? Mungkin kena tukar design blog kot |huhuhu| Baru bersemangat. Nak bertegur sapa antara blogger pun luar dari blog, contoh macam kat faceebook ke.. Whatsapp. Gitu la sekarang nih 0.0

So cuti mid term ni, gagahkan jugakla update sepatah dua. Dan ada jugak cerita yang aku fikir menarik untuk dikongsi. So, cerita apa? Okay, macam ni, isnin pagi tu.. Lepas solat subuh semua.. Aku ke sangakar kucing. Kat belakang rumah... Sekali tengok, acikk, kira dia la kucing paling tua dan paling lama dengan family.. Dah beranak!! Tak sangka pulak sebab macam cepat je. Nasibla encik abah memang letak bakul dalam sangkar untuk kucing tidur dan siap kain batik lagi. Tengok tengok acik bersama tiga ekor anaknya dalam bakul tu. Bau hanyir darah memang tak payah cerita la kan. Sebelum bukak pintu sangkar tu aku dah nampak tompok tompok darah tapi aku fikir mungkin kaki kucing luka ke kan rupanya acik beranak.

Cepat cepat aku amik kotak yang puan ibu memang dah sedia dari dulu. Then acikk terus melangkah masuk kotak TAPI aku nampak macam ada benda pelik yang keluar dari tempat beranak dia. Actually bukan bontot dia tau. Ada dua bijik macam darah beku. Aku fikir macam dia keguguran kot. Mungkin lepasni benda tu akan tanggal. So biar je laaa. Aku pun bagi dia minum dan makan tapi dia tak nak makan just minum je. Tak apa la.. Janji ada benda jugak masuk dalam perut dia kan.

Tengah hari tu, aku pergi jenguk lagi aciikk dan anaknya dalam kotak tapi benda tu still ada lagi, maksud aku benda dua bijik tu la. Nampak macam bergayut gayut je. Serius, hanyir gila! Sampai aku tak selera nak makan. Tapi pergi umah tokwan.. Tokwan suruh habiskan bihun sup dan aku sapu habis! |hahaha| Untuk maklumat semua, acikk beranak ada empat ekor tapi sekor dah jatuh ke tanah dan kepala dah tak ada.. Tak tahu siapa makan. Aku tengok tengok, bangkai anak kucing tu dah bersemut. Tak panjang umur dia nak hidup kan T.T

Lepas zohor, aku jenguk la acikk sebab risau kan. Dia pun asyik tidur je. Darah pun dia tak jilat sangat. Hati makin risau ni dan aku tak boleh fikir... Aku cuma teringat blogger yang bela kucing dan pakar dengan kucing ni.. Kalau kawan kawan, mungkin tak ada lagi kot berlaku macam ni. Teringat mai.. message la beliau. Beliau respon suruh bawa acikk ke klinik. Sebab takut jadi apa apa kat acikk. Teringat seorang blogger ni tapi tak tahu nak contact macam mana, nasibla Allah tergerakkan hati untuk whatsapp kak sha. Whatsapp kak sha mintak no telefon ke.. Facebook ke blogger cik en. Alhamdulillah, kedua dua mereka respon. Walaupun busy dengan tanggunjawab masing masing, ada jugak ruang untuk respon. Terima kasih buat kalian semua. Terima kasih. Respon kalian menyelamatkan nyawa haiwan comel ini. Alhamdulillah. 

Untuk sesiapa yang ada ibu kucing dan baru lepas melahirkan anak dan korang rasa macam pelik je yang keluar tu, cepat cepatla bawak ibu kucing ke klinik haiwan yang berdekatan. Haritu aku bawa acikk ke Klinik Haiwan Ecovet SP Consultancy di Lot 88. Alhamdulillah, orang tak ramai dan kucing pun tak banyak |hahaha| Peranakan acikk ni keluar dua bijik, so Dr kena masukkan balik dan perlu gunting dan jahit ler tempat beranak dia tu. Aishhh, dengar pun seriau tau. Kos RM124 termasuk ubat (Antibiotik, ubat bengkak), e cone ~ aku tak reti eja tapi e cone ni letak kat leher acikk sebab tak bagi dia jilat tempat jahitan. Dua minggu lepasni.. Dr mintak datang semula ke klinik. Tak tahu la tu encik abah nak bawak p ke tak? |hahaha|

Sebenarnya, lepas acikk beranak tu.. Aku ada bagitahu puan ibu dan encik abah.. Puan ibu memang tak nak tengok.. Beliau kata kesian dan geli. Encik abah pun tak nak tengok. So memang dalam hati dan perut gua bertambah tambah serabut laaa. Aduyai. Dah besar kan. Pandai pandai.. Aku la yang menggoogle cari klinik haiwan dan mintak masturah hantarkan acikk ke klinik. Nasibla sufyan tak buat hal. Cool je dia. Good boy! ^^

Untuk bagi mereka yang sedang menghadapi situasi macam ni.. Relax. Jangan gabra okay. Doalah mudah mudahan Allah panjangkan umur kucing korang. Aku nak tunjuk gambar jugak ni tapi yang tengah makan tu, mohon pejam mata tak pun scroll cepat cepat |hahaha| Sebab aku tak jamin ye, mana tahu nanti korang tak makan seminggu.. Kurus pulak |hikhikhik|

Sebelum

Selepas

Alhamdulillah, harini acikk makin okay dan siap panjat panjat lagi. Aduyai! Semalam dia dah berjalan sakan dah. Tak tahu nak control macam mana. Kucing jenis aktif. Actually Dr bagitahu peranakan dia boleh terkeluar sebab anak dia besar dan dia push terlalu kuat. Macam macam la hal acikk ni. Aku ada tanya kemungkinan akan berlaku lagi ke kalau dia beranak lagi? Dr kata YA! So lepasni, acikk kena kasi la ye. Cukup cukupla tu.. Dah empat kali dah beranak. Anak pun dah banyak |huhuhu|

Okay la kot perkongsian hari ini. Nanti aku update lagi ye. InsyaAllah. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga solat. Jaga hubungan dengan encik abah dan puan ibu. Jaga hubungan dengan orang sekeliling. Daaa.. Assalammualaikum! ^^
Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)